Monday 30 January 2012

Awan Nano Juara AJL 26


Assalamualaikum....selamat kembali bekerja setelah 2 ari cuti sakan. huhu...semalam mesti ramai yang melekat kat depan tv kan tengok AJL 26. Cik Tulip pon antara ribuan penonton AJL 26. rata2 persembahan artis malam tadi owkey la bagi Cik Tulip. lagu Awan Nano telah dinobatkan sebagai juara AJL 26. di samping tu Hafiz juga telah merangkul hadiah untuk vokal terbaik. tak dinafikan vokal hafiz memang mantap. apepon karya M.Nasir memang tak pernah mengecewakan. jom layan jap lagu Awan Nano...

haa...sempoi habis la hafiz nyer persembahan. pakai seluar track ngan t-shirt round neck jek. owh tempat kedua plak dinobatkan kepada 3 Suara Beribu Sesalan.
dan tempat ketiga plak dinobatkan kepada Faizal Tahir Karma.
 
so overall lagu2 yang bertanding ni best2 belaka. just Cik Tulip agak terkilan dengan lagu Sedetik Lebih nyanyian Jac. lagu tu Cik Tulip rasa lebih sesuai dinyanyikan oleh Anuar Zain sendiri sebab vokal Anuar memang best dan mendayu2. tak mustahil lagu Sedetik Lebih tu boleh menang anugerah vokal terbaik. siapa tahu kan....owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~


Cik Tulip Menulis: dah lama tak tengok final AJL....

Friday 27 January 2012

Karnival Karangkraft 2012

....klik pada gambar untuk 'tumbesaran' imej.kehkeh...
Assalamualaikum....salam Jumaat buat sumer. ape plan korang weekend ni?ha...pada yang takde plan menarik, apa kata korang pegi Karnival Karangkraf 2012 bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. boleh la cuci2 mata usha novel2 terbaru Alaf 21. bukan novel aje yang korang sume boleh dapat kat karnival ni ada jugak aktiviti2 menarik seperti demo masakan, pemakaian tudung, penanaman orkid, penanaman cendawan dan macam2 lagi la.Cik Tulip malas nak citer panjang jom kita pakat ramai2 pergi sekyen 15 Shah Alam jom...

Cik Tulip Menulis: alkisahnye duit dalam bank belom meningkat lagi. tu tandanye gaji belom masok. ouh cemana nak beli novel nieh....

Thursday 26 January 2012

Rajuk Si Hati


terkadang dirasakan sukar untuk memuaskan hati setiap insan. 
tatkala masalah kian buruk, berdiam diri dirasakan adalah jalan yang terbaik.
runsing jikalau tersalah kata bakal mengeruhkan keadaan
terlajak perahu boleh diundur semula, terlajak kata buruk padahnya
saat itu pengorbanan hadir tanpa dipaksa
jauh di lubuk hati berkata 'sampai bilakah daku harus berkorban'
demi sebuah kebahagian, ego diri diketepikan
rajuk di hati dipujuk sendiri
kata-kata maaf diluahkan
semoga yang hadir ialah sinar kebahagiaan

Wednesday 25 January 2012

Songs & Lyrics


Cik Tulip Menulis: Music expresses that which cannot be put into words and cannot remain silent

Friday 20 January 2012

Pulau Sibu

Assalamualaikum...entri pilihan untuk destinasi kali ini ialah Pulau Sibu, Mersing, Johor (mesti ramai yang ingat Pulau Sibu ni kat Sarawak kan) ekceli Cik Tulip pegi Pulau Sibu mase family day 2010 dengan sumer rakan2 sekerja-se'opis'-sekepala dan yang sama waktu dengannyer. fully sponsored by big boss (i loike). hehe...tengkiu bos.

Pulau Sibu ni memang cantik. kitorang ke pulau ni melalui Jeti Tanjung Leman. ape yang best kat pulau ni?? sume pon best bagi Cik Tulip. sesampai jek ke Sibu Island Resort ni korang akan disambut dengan welcome song yang sedap didengar dek telinga. rooms dorang pon selesa. erm yang best ade macam2 aktiviti yang korang2 sumer boleh join. Cik Tulip join archery, flying fox & snorkeling (hakikatnye saya tak pandai berenang so join kanak2 mandi di kawasan berkedalaman paras pinggang jek...ahaks) selain tu ada macam2 lagi aktiviti la. pihak resort ade sediakan schedule untuk setiap aktiviti mereka.

Makanan dia plak memang best la kan. haruslah makan seafood. kalo dah pegi pulau setakat nak makan nasi lauk ayam jek baik tak payah kan. huhu...makanan dihidangkan secara buffet so melantak lah selagi korang2 rase mampu disumbat ke dalam ruangan perut. dari appetizer sampai lah main course sume nye sedap.

Pulau Sibu sangat sesuai untuk holiday bersama family, kawan2 mahupon destinasi honeymoon. pulau tu sangat bersih plus korang akan rase macam environment friendly sebab kat sane haiwan seperti rusa dan burung merak dilepaskan tanpa dikurung di dalam sangkar pon. macam berada di safari pon yer jugak...hehe. apepon jom tengok pic2 kat Pulau Sibu yang cantik ni dulu...layans
 jeti Tanjung Leman
 gotcha....
 aktiviti berkayak juga korang2 sumer boleh try kat sini 
 cantik kan...
 aktiviti snorkeling....
 suke pic ni...tenang dan mendamaikan
 saya bangga jadi anak Johor :)
 ni time dinner kat sebelah pool
 peacock ni pon nak tumpang sekaki join kitorang makan2
 
ape tengok2??...

gambar ihsan dari incik yahoo & koleksi peribadi

Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: antara kenangan termanis sepanjang bergelar sebahagian daripada warga kerja syarikat 

Thursday 19 January 2012

Sherlock Holmes: A Game of Shadows


Assalamualaikum....korang2 sumer sehat tak arini? ni nak cite pasal muvie Sherlock Holmes: A Game of Shadows yang Cik Tulip tengok kat panggung hari ape tah lupe plaks. filem ni diarahkan oleh Guy Ritchie dan dilakonkan oleh pelakon2 hebat seperti Robert Downey Jr. sebagai Sherlock Holmes dan Jude Law sebagai Dr. John Watson. citer ni best sebab berkisarkan kisah penyiasatan & Sherlock Holmes ni ialah seorang detective yang sangat terkenal.

Overall cite ni memang best. tak rugi beratur panjang kat panggung semata-mata mau tengok cite ni sebab banyak aksi2 yang  menarik untuk ditonton. lakonan Robert Downey Jr. memang tak mengecewakan. rasa lucu pulak bila ingat balik scene Holmes menyamar dalam keretapi jadi pompuan...hakhak...and satu lagi scene yang Cik Tulip suke masa dia menyamar pakai baju yang sama coraknyer dengan sofa tu. huhu terbaik la penyamaran dia...

Apepon Cik Tulip bagi 4.5/5 untuk cite ni.owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: masa zaman kanak2 dulu suke sangat bace buku2 penyiasatan. buku febret Cik Tulip ialah Siri Hadi ;)

Wednesday 18 January 2012

Mesti Tengok

Assalamualaikum....bersempena Chinese New Year yang jatuh pada hari Isnin, 23 January 2012 ni, TV3 ade menyiarkan cite2 best yang mana Cik Tulip tak nak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan2 best yang bakal disajikan nanti (macam sajian makanan plak)

Antaranya ialah citer IP Man 2 yang akan bersiaran pada 22-01-2012 jam 10.00 malam. Cik Tulip tawu cite ni dah lama dah. tapi tetap nak tengok lagi jugak...ahh tak kira...nak tengok jugak. IP Man 2 ni diterajui 2 pelakon martial arts yang hebat iaitu Donnie Yen dan Sammo Hung.

Selain cite IP Man 2 ni, cite Storm Warriors plak akan ditayangkan kat TV3 jam 10.00 malam hari berikutnya 23-01-2012. cite ni pon dah lama jugak. tapi lom lapok dek zaman lagi. lakonan dua hero yang Cik Tulip suke iaitu Ekin Cheng dan Aaron Kwok. dulu mase zaman persekolahan femes ngan cite Storm Rider the series. setiap hari mesti tak pernah missed tengok cite tu. ulang banyak kali pon tak pernah jemu...sekali-sekala giler kuase conquer tv ape salahnye kan. hahaha...


Owkey tu jek yang Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: agak2 kalo request kat tv3 tayang semula Storm Riders the series tu akan mendapat sambutan hangat tak ek...

Don't Forget to Smile

Everytime you smile at someone,
it is an action of love,
a gift to that person,
a beautiful thing...

Cik Tulip Menulis: your smile is the greatest gift of all

Tuesday 17 January 2012

Ariana Mikhail

Assalamualaikum....Ariana Mikhail adalah drama terbaru yang mengisi slot Ratu di TV9 setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Ariana Mikhail dibintangi oleh pelakon2 yang best2 termasuklah heroin yang kiut+sweet orangya, Nora Danish dan hero nye plak adalah jejaka kacak Syed Hussein. drama ni turut dibintangi oleh Riezman Khuzaimi (lama dah rasenye dia ni tak berlakon), Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi la.  KLIK SINI untuk sinopsis cite Ariana Mikhail ihsan dari TV9

Cik Tulip suke tengok muka Nora Danish ni. sweet sangat...kan?? drama ni 15 episode jek. drama ni berlatar belakangkan negara yang terkenal dengan jolokan 'kota fesyen' terkemuka di dunia iaitu Paris. ha tengok kat pic kat atas ni pon da nampak Eiffel Tower tu. citer ni diarahkan oleh Syirin Hj. Khuzaimi iaitu kakak kepada salah seorang barisan pelakon citer Ariana Mikhail iaitu Riezman Khuzaimi. so jangan lupa saksikan citer Ariana Mikhail ni di slot Ratu TV9 yer. owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: nampak sweet jek Nora ngan Sein ni berlakon...hehe.

Monday 16 January 2012

Someone Like You

Assalamualaikum...cam dah lama jek Cik Tulip tak cite pasal hobi di kala kelapangan iaitu membaca...kan...kan...sekarang Cik Tulip tengah baca buku Someone Like You yang ditulis oleh Sarah Dessen. Average Goodreads rating untuk citer ni ialah 3.92/5. ni sinopsis cite ni ihsan dari Goodreads

Halley has always followed in the wake of her best friend, Scarlett. But when Scarlett learns that her boyfriend has been killed in a motorcycle accident, and that she's carrying his baby, she's devastated. For the first time ever, Scarlett really needs Halley. Their friendship may bend under the weight, but it'll never break--because a true friendship is a promise you keep forever.

Cik Tulip belom berjaya habiskan baca buku ni pon gara2 lampu di bilik yang mengade2 mintak diganti. adeh aritu masa ganti lampu kat hall tu tanak plak kamu merajuk kan. now Cik Tulip plak merajuk ngan cik lampu. tanak betulkan lampu bilik tu lagi...huh... upah orang betulkan pon mahal woo. nak betulkan sendirik takde tangga (ceh takde tangga konon padahal tak reti) kalo lampu kalimantang kan senang nak betulkan..adei sabo2. so kesimpulannye terpaksalah menangguhkan aktiviti baca-membaca nieh dulu.

Goodreads ni best sebab banyak info2 mengenai sinopsis buku2 best ada kat sini. boleh rate lagi buku tu sesudah 'khatam' buku yang dibaca tu. so cabaran membaca tahun 2012 ni target buku yang nak dibaca adalah 12 buah buku. sebulan bersamaan satu buku...hoyeah...(tahun lepas target melampau so tak tercapai hehe)...owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: membaca dalam suasana yang kurang terang bole merabunkan mata anda.

Sunday 15 January 2012

Ahad Punya Cerita

Sunday Graphic #24
Sunday | Forward this Picture
Assalamualaikum...hah korang sumer sehat tak? Cik Tulip tetibe jek selsema ni (bukan selsema burung hokkey) mesti arini ramai yang menghabiskan mase jenjalan ke destinasi pilihan korang2 sumer kan? Cik Tulip arini duduk umah dendiam jek. mode: malas nak men'drive'kan diri ke mana2 (kalaulah saya ada driver...)

Tetibe teragak nak tengok tv. buka jek tv comel kat ruang tamu tu kuar la siaran kat tv3. cite Maria Mariana. owkey tukar plak tv8.selalu time2 kol 3 camtu ade cite Jepun. Cik Tulip memang suke tengok cite Jepun dengan Korea sebab hero+heroin nye sumer handsome+kiut miut. tapi arini takde plak cite Jepun. yang ada cume dokumentari pasal Chinese New Year. buka plak tv7. cite ape tah. tak best pon. buka plak tv9,cite kartun (tak menepati ciri2 cerita pilihan hati langsung) tv2 plak cite tamil (hoho....citer ni lagi la saya tak layan) last2 kembali semula ke tv3.

Setelah 10 minit tengok cite Maria Mariana tu baru perasan. kalo tak silap Cik Tulip last month pon ade disiarkan cite Maria Mariana ni kat tv3 jam 3 petang di hari ahad. kalo tak siar citer Maria Mariana mesti siarkan cite Anak Mami. eh da takde cite laen lagi ker? rasenye banyak jek lagi citer2 retro yang best2. contohnya Azura, Isabella, citer2 lakonan Os, A.R Badul, citer Abang '92 ke dan banyak lagi la. bosan jugak asik dok siar citer yang sama jek setiap bulan kan.

Last2 Cik Tulip amik keputusan untuk tutup tv jek. hapdate blog lagi best. huhu....tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Thursday 12 January 2012

The Darkest Hour


Assalamualaikum....ouh arini cuaca mendung kelabu lagi. time2 cenggini best tido nieh. tapi apekan daya kerja lebih diutamakan. almaklumlah kite ni kuli jek. owkey arini nak review cite The Darkest Hour plak. jom layan dulu preview citer ni

Filem ni menceritakan tentang kedatangan (tak diundang) alien ke bumi Moscow. alien tu Cik Tulip tengok cam obor2 jek tapi ianya berwarna orange-kekuningan...ala senang cakap saling tak tumpah macam api la. motif utama kedatangan alien ni adalah untuk menyedut segala species mineral termasuklah tenaga2 seperti air, api, elektrik etc yang ada kat bumi. bumi kita kan kaya dengan pelbagai mineral. alien ni perlukan mineral ni untuk meneruskan kehidupan.

Bukan setakat mineral ngan tenaga jek dia sedut, motif laen dia jugak untuk musnahkan kehidupan kat bumi ni. habis sumer species hidupan (manusia & haiwan) mati menjadi abu. jumlah alien yang turun ke bumi umangaih tak terbilang dek jari apatah lagi dibilang oleh alat pembilang @ counter tu.

Alien ni susah nak dibunuh. mana taknye alien ni transparent. kita tak boleh nampak dia tapi dia bole detect kite taw melalui body heat (da macam citer predator la plak). lebih scary bila menjalankan misi menyelamatkan diri di siang hari. haaa...da nama pon transparent so mana la nampak dia kat depan mata kan. tetibe jek terlanggar menatang ni terus jadi abu. dalam cite ni adela geng2 otai yang kijenye membunuh alien ni.

Overall cite ni owkey la bagi Cik Tulip. tapi ade sikit yang kurang iaitu jumlah alien yang dibunuh dalam cite ni sikit bebenor. tak puas lagi tengok dorang lawan2 ngan alien ni da abes da citer. adei... apepon citer ni best la untuk ditonton di kala kelapangan. Cik Tulip bagi 3.5/5 untuk cite ni. owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: mase 1st alien ni turun ke bumi cantik sangat...

Kindness Keeps The World Afloat


Assalamualaikum...selamat pagi sumer. wah pepagi Cik Tulip da sumbat entri baru kan...huhu...ape pon jom layan video ni dulu


Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~ (malas nak taip panjang berjela-jela....the video tells everything)

Cik Tulip Menulis: buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas.....sila isi tempat kosong dengan perkataan yang korang2 sume rase sesuai

Wednesday 11 January 2012

Dubai Yang Ohsem

Assalamualaikum....petang2 cenggini mata pon mulalah mengantuk. ditambah pula dengan cuaca mendung kelabu kat luar sane tu. sesuai sangat la dengan mood t.i.d.u.r....ouh ape kate kite segarkan mata yang mengantuk ni dengan gambar2 menarik yang didatangkan khas dari Dubai...hehe...(mode:verangan)
01

02
03


04

05
06

07

08

09


10

Amacam?cantik kan?bangunan2 kat atas ni ada yang dah siap dibina, ada yang dalam pembinaan dan ada jugak yang bakal dibina. owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: pernah jejakkan kaki ke Dubai sekali jek mase tahun 2002. sekali jejakkan kaki ke sini pasti nak datang lagi

Love & Respect Your Friends



Cik Tulip Menulis: Friends 4eva :)
Posted by Picasa

Tuesday 10 January 2012

Mission Impossible 4 - Ghost Protocol

Assalamualaikum...arini Cik Tulip nak cite pasal muvee MI4-Ghost Protocol. cite ni dah lama ditayangkan kat pawagam tapi baru semalam Cik Tulip berkesempatan untuk tengok. manjang jek penuh panggung sebab sume orang serbu nak tengok cite ni.

Cik Tulip malas nak citer sinopsis citer ni coz Cik Tulip rase korang2 sumer mesti dah tawu jalan citer ni kan. tah2 ade yang dah serbu panggung seawal ianya mula ditayangkan lagi...kan...kan...bagi Cik Tulip sumer cite MI ni tak pernah gagal untuk memberikan kepuasan kepada peminat2 filem ni dengan aksi2 yang mendebarkan lakonan jejaka kacak Tom Cruise. Filem ni best especially untuk peminat2 action movie (macam saya). scene yang Cik Tulip suke dalam Ghost Protocol ni adalah mase Ethan ni berada kat bangunan Burj Khalifa. ni ada Cik Tulip sisipkan sekali belakang tabir MI4-Ghost Protocol scene Ethan Hunt panjat bangunan tinggi lampai Burj Khalifa tu

Kesimpulannye cite ni memang best. berbaloi-baloi tengok filem ni kat wayang mahupon beli dvd buat koleksi peribadi. Cik Tulip bagi 4.5/5...hehe. owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: kagum dengan pembangunan pesat di Dubai so tak mustahil lah Dubai antara destinasi pelancongan bakal dilawati yang mendapat ranking tertinggi di hati Cik Tulip :)

Sunday 8 January 2012

German Deli Imbiss

Assalamualaikum...pekabar korang2 sume? Cik Tulip sehat2 sahaja. alhamdulillah. German Deli Imbiss??...apekebende nye tuh? hehe....semalam Cik Tulip berkesempatan pergi makan2 kat German Deli Imbiss. restoran ni terletak kat Ampang Jaya,Jerman (feeling2 berada di Jerman lah tu kengkononnyer)....kehkehkeh. lokasi restoran bersebelahan petronas Ampang Jaya atau landmark terdekat ialah belakang Ampang Puteri Specialist Hospital. ni rupe paras signboard empunya kedai
Western food yang disajikan memang best dan harganya pon sangat berpatutan dengan saiz menu hidangannye bak kate jiran sebelah makan kat sini kenyang 2 tahun (owkey tu tipu).
Salmon Fish & Chips ni Cik Tulip punya...yummeh..

Chicken Schnitzel ni plak di order oleh si peneman setia...hikhik

Chicken Schnitzel ni didatangkan dengan pilihan sauce seperti yang dinyatakan dalam menu (korang tengok sendirik kat menu yang Cik Tulip bagi link dia kat bawah). si peneman setia pilih Sarawak pepper sauce. kami jugak order mash potato ni.


Jus tembikai ni memang best...fresh dari ladang...

Nak tawu ape lagi menu menarik yang disajikan oleh restoran korang2 sumer boleh KLIK SINI
pada mereka2 yang tengah pikir menu ape nak dimakan malam nanti ha boleh la try makan kat sini. owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: pastikan perut korang sumer kosong sebelum makan2 kat sini. quantity sajian memang banyak. rugi kalo makan tak abis. membazir kan amalan syaitan

Friday 6 January 2012

Tips Membeli dan Membelah Secara Online

Assalamualaikum....salam Jumaat sumer. semalam tak berjaya nak menghapdate blog dek kerana kebizian yang melanda diri setelah kembali bertugas di tahun baru 2012. huhu....Cik Tulip cuti sakan.

Aktiviti cuti2 Malaysia bersempena tahun baru adalah shopping2 bersama ibunda terchenta. mak dengan anak kalo dah berjalan sambil shopping2 memang tak hengat dunia. i loike...hikhik. ape yang Cik Tulip beli sempena year end sale + new year sale nanti2 Cik Tulip share kat entri laen ea.

Gegurl kat luar sane mesti suke kan kalo ade tulis sale. pantang nampak perkataan sale, sumer kedai nak di singgahnyer. dari satu kedai ke satu kedai yang laen dia masuk. kalo tak membeli, cuci mata pon jadiklah. tak gitu?

Now di zaman IT ni sumer da canggih. beli barang online jek. internet di hujung jari la katekan. kalo shopping online ni tak payah la nak bersesak-sesak especially yang naek public transport tu. dah la sesak, panas plak tu. berlengas badan pastu dengan bau yang macam harem. pergh...menosok ke hidong

Ni ada a few tips untuk yang suke shopping online tu. hope korang2 yang suke shopping online tak kira jantina gegurl ke boboi boy ke lebih bijak menilai sebelum membuat sebarang pembelian menerusi online ni yer. jom layan dulu video ni....

Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: hati2 semasa memilih barang yang hendak dibeli. ada sesetengah seller tu barangnya indah khabar dari rupe

Wednesday 4 January 2012

New Gadget for 2012

Assalamualaikum...lama dah tak meng'hapdate' blog ni gara2 mode cuti terlampau di kampung halaman...hikhik. rase macam tak nak kembali bertugas jek. ouh andai kata bos bagi cuti sebulan, pasti hatiku riang gumbira (banyak santek muka kamu Cik Tulip) tu angan2 Cik Tulip Jenin yang tak mungkin jadi kenyataan yer..harap maklum
Owh arini bukan nak cite pasal angan2 tapi nak cite pasal Gadget 2012 yang bakal menghangatkan pasaran di tahun 2012 ni. antaranya termasuklah :-

Ice Cream Sandwich Tablets

ni bukan species eskrem sandwich yang boleh di makan tu yer....

Asus Eee Pad ni antara contoh tablet yang menggunakan ICS (Ice Cream Sandwich a.k.a android 4.0). ICS ni adalah android versi terbaru. istimewanya ICS ni ialah ianya multitasking, screen lock yang unik, home screen folders yang memudahkan kita mengklasifikasikan aplikasi2 menarik dan macam2 lagi lah. nak tahu lebih lanjut tentang ICS ni boleh KLIK SINI

Windows 8 Tablet

Windows 8  tampak menarik kerana ianya menggunakan muka Metro UI versi baru yang kebanyakannya digunakan oleh Windows Phone. menu screennya disusun dalam susunan segi-empat-tepat dan segi-empat-sama seperti "Live Tiles". ianya boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian si pengguna.. Windows 8 sesuai digunakan kat desktop, notebook and ofkos tablet.. Samsung dan HP adalah antara pengeluar terawal yang menggunakan tablet Windows 8 ni.

Samsung Galaxy S III

camni kot rupe paras Galaxy S III tu nanti...
Rumors mengatakan Galaxy S III ialah henpon yang mempunyai ciri2 seperti screen 720p, quad-core processor, menggunakan android 4.0 (ICS) and ade 3D. bukan TV sahaja yang ada 3D yer, henpon pon da makin maju. dasyat2 gadget masa kini
OLED

nampak real kan gambar burung tu....
OLED = Organic Light Emitting Diode ni berasaskan diod pemancar cahaya organik. TV terbaru keluaran LG bersaiz paparan 55 inci ni 1000 kali lebih laju berbanding LED/LCD TV yang berada di pasaran sekarang. kalo kita tengok TV ni nampak lebih natural and kaler dia sangat accurate (terutama kaler merah, hijau, biru dan putih)

Ultrabooks

lebih kurang cenggini la bentuk ultrabooks tu....
Intel telah memperkenalkan Ultrabooks iaitu laptop yang di'design'kan mempunyai ciri2 seperti sangat nipis, ringan, jangka hayat bateri yang tahan lama dan mempunyai kelajuan yang lebih bagus dari laptop2 yang sedia ada. dijangka pada 2013 Ultrabooks ni akan menggantikan species2 laptop yang ada sekarang (ouh sangat jeles sebab di zaman saya menuntut di U dulu kena hangkut laptop besar gedabak+berat tak hengat)
 
Sebenarnya ada banyak lagi gadget2 baru yang bakal memasuki pasaran pada tahun 2012 ni mengikut angka giliran memasing. tapi cukup la 5 tu jek dulu ea. Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~
 
Cik Tulip Menulis: sangat teruja tengok gadget2 yang canggih manggih masa kini s-pecially henpon