Wednesday 29 February 2012

Life is a Gift Love is a Miracle





 
Cik Tulip Menulis: sayangilah & bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang

Tuesday 28 February 2012

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD


Assalamualaikum..ni first time Cik Tulip join segmen yang dikendalikan oleh blogger. nak tawu camne nak join...ha korang2 sumer just KLIK SINI & jangan lupa baca syarat2 penyertaan yang mudah lagi menyenangkan tu owkey. jutaan ribu dan riban terima kasih kat Pari Pari Putih yang gojes sebab bagitawu pasal segmen ni kat Cik Tulip.

Ha ape tunggu lagi, jom follow blog dorang2 yang ohsem lagi gojes ni...mari2...


Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Monday 27 February 2012

Mentaliti Realiti Masakini

Assalamualaikum...salam ceria di pagi Isnin (pagi??ah gasak...time Cik Tulip start tulis entry tadi pagi lagi...) tengok tajuk entri Cik Tulip arini kemain lagi kan..ha..ni nak cite pasal realiti manusia masakini yang rasanye punya pengetahuan tinggi tapi mentalitinya tak berapa nak tinggi sangat.
Sepanjang misi pencarian bilik untuk disewa sekitar seksyen 7 Shah Alam, macam2 ragam manusia Cik Tulip jumpa. ada yang baik sangat tapi condition umah yang tak mengizinkan plak. ada plak yang macam bajet good2 jek.

Alkisahnye Cik Tulip pada asalnya dah berkenan dengan satu bilik ni. kira dah deal baik dengan penyewa umah tu. tup..tup..last minit dia cancel. nasib la tergerak hati nak call dulu sebelum melakukan aktiviti punggah-memunggah barang. deposit belum dibayar sebab kata empunya umah sewa tu bayar masa nak masuk nanti. hasilnye...fuhh...memang bengang jugak la kan sebab dalam masa seminggu kena usaha mati-matian cari umah lain.

Kisah umah kedua plak. dah decide da nak duduk situ tapi tak bawak enough cash money la untuk bayar deposit (bahaya kot bawak duit bebanyak ni). bila call tanya perihal pembayaran deposit dia boleh cakap camni...sorry la tak tahu pula yang housemate sorang lagi tu dah booked kan untuk kawan dia....alahai kamu, takkan la kamu tak discuss dulu dengan housemate2 kamu nak cari penyewa baru...

Kisah seterusnya lagi best. berkenan dah dengan 1 bilik ni tapi bila cakap nak duduk sorang jek dalam bilik tu taknak share mulalah teragak-agak nak cakap sewa dan depositnye. ayat paling best dia cakap...awak mampu ker nak bayar sewa bilik yang mahal tu??...perghh..terbaik sungguh kan cakap camtu plak kat penyewa2 baru...once someone tu dah decide nak move in kat situ means dia dah calculate everything. sebab dia mampu lah dia nak sewa situ dik non...

Melihatkan perihal manusia yang macam2 ni terlintas di fikiran Cik Tulip kenapalah wujudnye SEGELINTIR manusia yang punya ilmu yang tinggi tapi punya mentaliti yang sangat rendah. owkey , tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: don't judge a book by its cover

Friday 24 February 2012

Nepenthes Si Periuk Kera

Assalamualaikum...sehatkah korang sumer arini? dalam ENTRI NI Cik Tulip ada citer pasal periuk kera kesayangan Cik Tulip kan. arini Cik Tulip nak share koleksi gambar2 periuk kera plak. layans...
1. Nepenthes alba
2. Nepenthes albomarginata
3. Nepenthes ampullaria 
4. Nepenthes benstonei
 5. Nepenthes macfarlanei
 6. Nepenthes macrophylla
7. Nepenthes rafflesiana
8. Nepenthes burbidgeae
 9. Nepenthes campanulata
10. Nepenthes bicalcarata
11. Nepenthes boschiana
12. Nepenthes villosa
13. Nepenthes veitchii
pic2  kat atas ni antara species2 yang terdapat di semenanjung Malaysia dan di Borneo. banyak lagi pic2 periuk kera yang unik dan cantik2 dari negara2 jiran seperti Indonesia, Philipina dan Thailand. kang lembab plak nak loading gara2 sume pic Cik Tulip nak sumbat...hehe..owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: teringin mempunyai koleksi pelbagai species periuk kera yang bakal ditempatkan di kawasan sekitar halaman rumah   

Thursday 23 February 2012

Ghost Rider Spirit of Vengeance

Assalamualaikum....aritu Cik Tulip pegi tengok citer ni ngan si peneman setia. lama betul rasanye tak tengok muvee. hasrat di hati nak tengok citer Safe House. sekali terbeli tiket Ghost Rider daa....hikhik (tipu jek tu...padahal memang nak tengok citer ni pon)

Sebenarnye Cik Tulip tak pernah tengok pon cite Ghost Rider ni....caye tak??time cite tu tayang berkali-kali kat TV3 mesti Cik Tulip tak tengok...huhu...tataw la nape. overall cite ni best. tak rugi bayar tiket mahal tengok cite2 lakonan Nicolas Cage. scene paling Cik Tulip suke time dia nak tukar jadi ghost tu. half man and half ghost. huhu....Cik Tulip bagi 4/5 bintang. owkey, tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: gigih update blog walhal di kala ini hati tak tenang kerana masih lagi mencari bilik untuk disewa sekitar shah alam gara2 last minit bilik yang dah confirm nak masuk di'cancel'kan oleh tuan rumah.

Tuesday 21 February 2012

Kesayangan

Assalamualaikum....morning uols sumer..arini Cik Tulip nak citer tentang kesayangan Cik Tulip. nak tawu apekah kesayangan Cik Tulip, jom tengok pic2 kat bawah ni.
pokok ni cam ala2 pokok duit2...huhu...ni Cik Tulip beli nak letak kat umah sebab senang dijaga

  pic atas dan bawah ni adalah dari species bunga cina. warnanya yang merah menyala sangat menggoda setiap mata yang memandang...


 ni species periuk kera yang macam buah epal tu. serious saya sangat suka periuk kera...
 

 orkid hutan ni pilihan ibunda terchenta. species orkid hutan memang cantik sebab jarang ditemui..

yer inilah dia kesayangan2 Cik Tulip. Cik Tulip memang sukakan pokok2 bunga. hobi ni diwarisi daripada ibunda terchenta sebab mak Cik Tulip punya hobi ialah menanam segala macam species orkid, bunga cina dan bunga ros. menanam bunga bukan lah kepakaran Cik Tulip...huhu...setakat menjaga bunga supaya tak mati boleh la...hehe...

Cik Tulip memang suka sangat pokok periuk kera. sebelum ni kat umah Cik Tulip ada 3 species periuk kera. tapi sekarang tinggal 1 jek. yang lain dah mati...hukhuk...sedey2. periuk kera ni rumit sikit nak jaga. manja sangat kot. (sebab tu lah tugas menjaga periuk kera diserahkan kepada ibunda terchenta yang memang expert bab jaga-menjaga segala species periuk kera...hehe)....

Cik Tulip prefer jaga pokok2 species cactus ni. senang nak jaga. tak payah siram selalu pon takpe. almaklumlah bila dah penat balik kije terus jek masok tidor. pokok pon tak terjaga lah gamaknyer. ni baru first version kesayangan Cik Tulip yer. version yang seterusnyer bakal menyusul di kemudian hari. owkey, daa~

Cik Tulip Menulis: jikalau korang2 sumer stess, pandanglah pada tumbuhan2an yang menghijau kat luar sane sebab ianya boleh menghilangkan stress.

Monday 20 February 2012

Si Cilik Cute Harper Seven

Assalamualaikum...sedang Cik Tulip meng'google' sane sini tetibe terbaca satu blog ni. dia post pic anak perempuan kepada celebrity terkenal David dan Victoria Beckham yang diberi nama Harper Seven Beckham. ni pic2 yang Cik Tulip cholek dari google. layans...






















cute betul Harper Seven ni. putih gebu jek tengok baby ni. Cik Tulip suke tengok pic Harper yang kat atas ni. hahaha...cute sangat. owkey, tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: rasa terhibur bila tengok gelagat anak-anak kecil ni.....hehe

Friday 17 February 2012

Intai-intai Sane Sini

Assalamualaikum...salam Jumaat buat sumer reader. arini Cik Tulip tataw nak share pasal ape. tapi tangan ni nak jugak menaip sesuatu. di kala ini Cik Tulip masih lagi ter'intai2'...eh...eh...bukan intai anak teruna orang yer...tapi mengintai peluang pekerjaan. kira side income lah.
 
Cik Tulip ni minat gak meniaga ni tapi tak minat meniaga barang2 yang kena pergi dari satu rumah ke rumah yang lain mahupon dari 1 premis perniagaan ke premis2 yang seterusnye. serious tak reti nak menambahkan ketebalan inci muka yang dah sedia tebal sejak azali lagi. apepon Cik Tulip respek2 mereka2 yang berbuat demikian kerana anda memang punya keyakinan diri yang tinggi.

Owkey berbalik kepada citer side income tadi. agak2 kalo Cik Tulip menceburi bidang perniagaan secara online jual baju2 macam dress @ t-shirt @ cardigan dan yang sama seangkatan dengan mereka dan keluarga mereka owkey tak ek? erm.....belom cuba belom tahu kan.....tu jek Cik Tulip nak share. daa~










Cik Tulip Menulis: berusaha mencari rezeki yang halal di bumi Allah yang luas

Thursday 16 February 2012

Cute Cards

Assalamualaikum...tetibe arini Cik Tulip didatangi mood baik hati. so Cik Tulip nak post entri gambar2 hand-made cards yang direka khas dengan pelbagai bentuk. sangat unik....cute...dan yang penting mereka2 ni sumer memang creative. tak caye?? jom tengok....

Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: cari idea nak design hand-made card untuk someone...

Wednesday 15 February 2012

Baru Ku Tahu

 
Assalamualaikum...gambar sape plak ni Cik Tulip tepek kat entri Cik Tulip ni???ni lah Sammy Simorangkir iaitu penyanyi yang menyanyikan lagu Sedang Apa Dan Dimana OST citer Ariana Mikail. ha kepada reader2 yang layan citer ni mesti pernah dengar lagu ni kan. jom layan jap lagu ni...(kengkonon tengah feeling2 ade kat kota Paris)
 
Before ni pernah tanya kat cik osmet adakah beliau kenal dengan penyanyi ni. dia pon gagal merungkai persoalan yang Cik Tulip ajukan. Cik Tulip cakap la kat cik osmet yang sore penyanyi ni macam sore vokalis Kerispatih laaa....sekali Google...tuuu diaaa...Hendra Samuel Simorangkir atau lebih sering disapa Sammy ini adalah vokalis Kerispatih (ihsan dari Wikipedia) memang tak salah dan silap lagi sangkaan Cik Tulip. ramalanku benar belaka...haha...
 
Cik Tulip memang suke dengar lagu2 Kerispatih ni. cam best jek didengar dek halwa telinga (halwa telinga??ahh...gasak) nak kata Cik Tulip ni kipas-susah-mati atau bahasa omputihnye kite sebut die-hard fan Kerispatih ni tak jugak. huhu...just suke dengar melody lagu2 mereka...cewahh....owkey malas nak merepek dengan lebih lanjut lagi. daa~

Cik Tulip Menulis: Music expresses that which cannot be said and on which it is impossible to be silent.

Experience

 
Cik Tulip Menulis: pengalaman mematangkan setiap insan