Thursday 31 January 2013

Rahsia Victoria

Assalamualaikum....semalam dapat call dari si Victoria ni..dia nak share rahasia kecantikan dirinya pada anda2 sekalian....errkkk sape plak si Victoria ni?? Victoria Beckam a.k.a Posh ke?? hehe


Ape istimewanya Victoria's Secret ni?? erm bagi Cik Tulip ni dah macam gedung beli-belah wanita..(eh gedung ke nak panggil ek...ahh gasak...ade ku kesah)...dari fashion terkini seperti lingerie,t-shirt,beg etc sehinggalah ke barang kosmetik, perfume, body mist barang2 penjagaan kecantikan wanita.....kerlass ko jah...

Kat entri ni sebenarnya Cik Tulip nak share siket kat korang pasal VS product yang menjadi kesukaan & pojaan hati Cik Tulip iaitu body mist nye...kebanyakan bau-bauan VS ni berbau fruity2 sikit....bau fruity ni macam bau sweet2 ala2 berry..ha camtu lah lebih kurang penerangan bau fruity tuh...ekeke...malangnya insan seperti saya akan mudah menjadi pening lalat apabila terhidu bau sweet2 berry ni...sebab tu la pilihan Cik Tulip adalah Sheer Love...

Sheer Love ni bau floral...lembuttt jek...

but now Cik Tulip pakai Sheer Love Forbidden plak...yang ni...

Sheer Love Forbidden ni bau dia Cik Tulip kategorikan sebagai unik...mixed fruity + floral...tak terlalu strong  tapi fresh...haa acane tuh...

Cik Tulip jugak dah pernah try Love Spell (isi kandungannya dijamin selamat dari sebarang jampi serapah mahupun minyak dagu..harap maklum..hehe)...Cik Tulip selalu beli online jek...harga sebotol body mist dia memang kalo tengok boleh tercekik tulang ikan..dalam range RM50-RM60 sebotol taaapiiiii sebotol 250ml tu boleh bertahan sampai plus minus 6 bulan juga bergantung kepada penggunanya....sangat jimat hokkey

Since Cik Tulip dah guna hampir 2 tahun (2 tahun = 3 botol jek..jimat tak jimat ler) product VS Body Mist ni & dah pon beli dari beberapa penjual tapi Cik Tulip rasa Lurve Victoria's Secret antara penjual online yang menawarkan harga termurah + barangan yang pelbagai untuk korang sume cuci mata & seterusnya memilih mana yang berkenan...klik jek link kat bawah ni untuk terjah FB Miss Lydia ni


Owkey tu jek Cik Tulip nak share arini...daa~

Cik Tulip Menulis: rajin ler si Victoria tu nak call haku...bajet aku ni retis huh...

Sunday 13 January 2013

Andai Itu Takdir

Andai itu takdirnya
Ku pasrah 
Ku akur
Ku turuti
Walau hati merintih 
Walau jiwa memberontak
Ku akur dengan ketentuan-Nya

Ku kuatkan hati
Teguhkan iman
Tenangkan jiwa meniti titian kehidupan

Akan ku bangun dengan harapan
Ku ukir senyuman
Mengharapkan hari esok yang indah
Biar hatiku terluka demi melihat insan itu gembira

Walau sejerih manapun dugaan buatku
Ku yakin DIA sentiasa ada di sampingku
Dalam jagaku
Dalam lenaku

Ya ALLAH...
Teguhkanlah iman hambamu yang lemah ini
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan
Sebelum aku kembali kepada-Mu 

Cik Tulip Menulis: dugaan mematangkan setiap insan

Saturday 5 January 2013

Big Bad Wolf Aftermath Sale

Assalamualaikum....Cik Tulip dengan berbesar hati nak share dengan kalian semua satu berita sensasi dari Big Bad Wolf Book...sebelum tu jom kelik-melik banner kat bawah ni...comment & share sekali pon dah cukup bagus...


Siapa yang belom berkesempatan nak pergi BBW Book sales aritu ce angkat tangan??...sayer!!!...ye Cik Tulip pon tak sempat pergi aritu..haish...mentabahkan diri jek Cik Tulip ni tengok memasing dok post kat FB dan blog memasing gambar2 mereka memborong buku....ketabahan tahap maksimum diterapkan dalam diri gara2 takut kegagalan diri mengawal tahap cemburu meluap-luap...adess...

Ha ni BBW nak jual lagi buku...kali ini dengan harga yang lebih murah dari yang sebelumnya...jom ler kite vote & share pic kat atas nuh dengan kengkawan kiter tanda sokongan untuk diadakan aftermath sales khasnya untuk golongan senasib dengan Cik Tulip yang tak berkesempatan meloloskan diri ke MIECC yang lalu....owkey, tu jek Cik Tulip nak share...daa~

Cik Tulip Menulis: berkali-kali menekan button backspace dek kerana tahap kelajuan menaip dengan ejaan yang salah diterapkan di sini...macam dah seploh tahun jek tak menaip kamu ni...haishhh...

Tuesday 1 January 2013

Bloglist Januari 2013

Assalamualaikum....arini Cik Tulip rajin terlebih...hehe...sedang jenjalan dan blogwalking, tetibe Cik Tulip ternampak segmen Bloglist Januari 2013 oleh Aida Omar - Diari Si Froggie...segmen ni terbuka kepada blogger2 yang belom ada dalam bloglist Aida ni....ape lagi...jom kite join...

Syarat-syarat penyertaan senang jek.....
.....pertamanya tinggalkan link blog korang dalam kotak komen.....
.....keduanya korang follow blog Diari Si Froggie ni......
.....last sekali korang like page Diari Si Froggie (tuan blog cakap ni tiada paksaan..tapi ape salahnya klik sekali kan...tak susah pon)...
SIAP

Cik Tulip Menulis: sesekali join segmen apa salahnya kan??

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum kamu2 sekalian....Setia Hujung Nyawa adalah drama terbaru yang mengisi slot Akasia setiap jam 7.00 hingga 8.00 malam di TV3....cerita ini dibintangi oleh dua pelakon muda Amar Ashraf dan Nelydia Senrose...


Cerita ini adalah antara drama2 terbitan TV3 yang diadaptasi daripada novel terbitan Alaf 21 yang ditulis oleh Fatin Nabila...



Drama ni berkisar tentang Ersalina lakonan Nelydia Senrose yang dipaksa berkahwin dengan Zain Hakimi lakonan Amar Ashraf atas desakan ibunya, Puan Haliza lakonan Raja Ema untuk membantu keluarga Datin Adibah (Zila Bakarin) iaitu ibu kepada Zain demi menutup malu gara-gara tunangan Zain, Sofea yang melarikan diri sewaktu majlis perkahwinan mereka hanya tinggal seminggu lagi...



Pada mulanya mereka enggan disatukan tetapi demi menjaga hati kedua orang tua, mereka redha...pada mulanya Zain dan Ersalina sukar mencapai persefahaman. pelbagai perselisihan timbul antara mereka...tetapi setelah dua bulan hidup bersama cinta mereka mula berputik...belum sempat mereka menikmati kebahagiaan berumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar...konflik mula melanda keluarga mereka...apakah yang akan berlaku seterusnya? Nantikan kesudahan cerita ini....

Cik Tulip Menulis: Nelydia dan Amar nampak serasi melakonkan watak hero dan heroin cerita ini...nampak sweet gittew...