Tuesday 17 September 2013

Very The Mystic One Lah...

Assalamualaikum.....tak tau nak mula cite dari mana....Cik Tulip sendiri menghadapi masalah berbangkit ini....ceritanya bermula begini....Cik Tulip bukanlah student yang gaya2 excel gitu...so haruslah study gaya2 macam esok adalah final exam....kedudukan meja study adalah sangat strategik iaitu duduk letaknya di sebelah tingkap....hoyeah2....saya 'suka' sangattt hokkey

Boleh dikatakan dah 3 hari berturut-turut tingkap cermin sebelah Cik Tulip ni macam diketuk orang...hagak2 korang la...time korang dok khusyuk buat sesuatu especially study dengan tahap ke'focus'an yang maximum, ape agaknye reaksi korang bila 'bunyi' kuat tersebut 'menyapa' korang beberapa inci jek dari cuping telinga korang???ha...acer komen sikit....

Mula2 assume jek tingkap tu 'tersepit' beberapa ketika...ekeke....tapi bila dah kena lebih dari 3 kali hatiku yang 'berani' ni mula terguris sedikit...hadei....semalam insiden yang sama berulang lagi sekitar area sebelas lebey (malam hokkey....)Cik Tulip tanpa berpikir panjang terus menerpa ke arah rumet yang sedang enak diulit mimpi...terkezut tahap maximum...degup jantung haruslah laju gilos...seluruh badan menggigil..selalu cakap kat rumet alah...bunyi angin jek tu....tapi malam semalam.....ouh gagal mendefinisikan dan mengkategorikan bunyi itu.....

Dah malas cite panjang....(yang sebenornye bulu roma dah berdiri dah ni....pandai jugak yek dia berdiri walopun ketua darjah tak suro bangun)...hakikatnye 'terpaksa' memberanikan diri sebab tahap ketakukan rumet adalah tidak dapat dibendung lagi....alahai....sori rumet...tade niat nak takutkan n perli kamu...i lap u lah....ya Allah,lindungilah hamba2mu ini.....owkey, daa~

Cik Tulip Menulis: korang ada pape ayat yang sesuai diamalkan tak?meh share siket....jasa baik korang hanya Allah saja yang mampu membalasnya....

Sunday 15 September 2013

Kematian Tragis Dalam Kes Tembak-menembak

Assalamualaikum wahai pembaca2 entri blog Cik Tulip....harini Cik Tulip nak share berita sedih yang berlaku semalam....ni Cik Tulip sertakan sedikit petikan berita yang dilaporkan...

LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang. 
Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang. 

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.
Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.


Kejadian tembak-menembak ini meragut nyawa rakan sekolah Cik Tulip sendiri....arwah bukan sahaja rakan malah saudara Cik Tulip sendiri....bapa arwah sangat dikenali di sini dengan nama Adam Daging.orangnya bukan sahaja baik malah peramah..pantang nampak saudara mahupun orang yang dikenali, pasti arwah ringan mulut untuk menyapa

Menurut keluarga suspek ni cemburu orangnya....setelah suspek memukul isterinya,dia kemudiannya menembak isterinya dibahagian perut lalu mengunci isterinya di kediaman mereka di Felda Cempelak.suspek kemudiannya membawa anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun lalu memandu ke rumah bapa mertua suspek...Setibanya di rumah mertuanya,suspek terus mencari ibu mertuanya tetapi dia gagal menemuinya.suspek dikatakan berbual-bual bersama bapa mertuanya yang kebetulan ingin keluar ke surau untuk menunaikan solat maghrib...


Menurut jiran mereka terdengar bunyi letupan yang sebenarnya tembakan yang dilepaskan oleh suspek...suspek menembak kepala bapa mertuanya sebelum menembak dirinya di bahagian kepala juga...suspek meninggal di tempat kejadian.....Bapa mertua mangsa yang masih bernyawa ketika itu dikejarkan ke hospital....Malangnya Allah lebih sayangkan arwah.apabila ditanya kepada anak mangsa dimanakah ibunya...anak mangsa yang berusia tiga tahun hanya menjawab...ibu...beng2....Polis terus ke rumah mangsa dan menjumpai mayat mangsa di belakang pintu rumahnya.....

Begitulah berakhirnya kisah sedih yang sangat meruntun hati keluarga dan sahabat2 yang mengenali kedua2 mangsa....semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa

Cik Tulip Menulis: tak mampu menahan air mata melihat keadaan keluarga arwah terutama pabila terkenangkan nasib si anak yang berstatus yatim piatu...tiada lagi sapaan dari bapa arwah setiap kali kami berkunjung ke pasar mahupun pasar tani....Ya Allah tabahkan hati keluarga mangsa dalam menghadapi dugaan dari-Mu

Nota Kaki Cik Tulip: sedih bila terbaca dalam FB apabila isu ini dipolitikkan..sebagai seorang sahabat dan saudara terdekat mangsa isu ini tidak perlu dipolitikkan...jagalah hati ahli keluarga yang meratapi pemergian insan tersayang...hormatilah mereka..kita kan saudara seislam

Wednesday 11 September 2013

Campus Life: Volume 2 - Management Punya Hal Outdated Version Part 1

Assalamualaikum readers kesayamngan sekahlian...sementelah meng'download' nota2 yang sudah tidak syak lagi sudah agak luput dari akal fikiran Cik Tulip dan2 tetibe teringatkan alkisah campus life Cik Tulip yang tergendala dan terkandas di tengah jalan ceritanya.....ni namanya sambil menyelam sambil sedut air...gulp...gulp...di kala ini mode tengah agak stress sebab terpaksa tunggu doploh dua jam per saat (memang takde unit ni dalam kamus matematik anda...so takyah sesusah nak carik) gara2 nak download notes dari e-leraning....tak tau la salah broadband ataupun server yang lembab2 ayam...



Berbalik kepada cerita management di hari pendaftaran...kami disuruh mendaftar jam 3.00 petang pada 28 Ogos yang lalu....nak dijadikan cerita, alkisahnya Cik Tulip si anak jati kelahiran Johor ni memang tak pernah menjejakkan kaki pon kat UTM ni....(pengakuan berani lagi tulus dan mulus dari hati ke hati)....so haruslah bergerak seawal mungkin ditemani rakan seperjuangan yang akan sama2 meredah zaman campus baru kami kat UTM nanti...(nanti lah sebab time tu belom pegi lagi walopon tatkala entri ini ditaip Cik Tulip dah menetap kat UTM dah)....

Owkey sambung balik...kami sampai sekitar jam 11 setengah pagi terus ke Kolej sebab menurut kata seorang teman yang belajar di sini kami boleh daftar kolej/asrama dulu tapi kena bayar untuk sewa la...macam tu...ahh..tak kisahlah...janji dah ada tempat menginap...sesampai di pejabat kolej, mereka2 (merujuk kepada staff kolej) menyuruh kami mendaftar dahulu sebagai pelajar dan perlu mendapatkan sekeping slip mengatakan kami layak duduk di kolej baru mereka berani berikan kami sebuah bilik....owh..begitukah? kitorang sempat bertanya jika berlakunya kelewatan semasa proses mendaftar bagaimanakah....jawapan terbaik tahap A+++ dorang bagi berbunyi begini..."korang datanglah esok"...eh sedarkah korang umah kami mengambil masa 2jam setengah untuk sampai ke UTM (dah bagitau da kat dorang)..plus tol minyak bagai dah dekat RM50 sekali jalan....dek kerana malas nak bertekak kami pon teruslah mencari dewan untuk mendaftarkan diri...

Dalam UTM ni banyak jalannya one way sahaja...haaa...nak dijadikan cerita ni lebih magika lagi..Cik Tulip selaku driver pada har tersebut men'drive' dan terus men'drive' tetapi sebarang signboard mahupon papan tanda mengarahkan tempat tujuan gagal ditemui.....kurang lebey 3 kali jugaklah Cik Tulip dok pusing jalan yang sama...last2 ternampak signboard (cinonit jek hokkey) tunjuk PENDAFTARAN POSTGRADUATE...terbaik noks...3 kali pusing dah...nasib ler time tu minyak belum naik lagi...(ye tau memang tak ada kaitan tapi nak mention jugak...)

Owkey sampai sana kitorang park kete...pegi makan...pegi solat gitu gini lebih kurang pukul 2 lebey..tanpa rasa ragu2 lagi kami menapak dan terus menapak ke Dewan Sultan Iskandar...sesampai ke kaunter checklist kat pintu masuk terus buat muka ramah tamah tanya dah boleh mendaftar kah? nak tahu ape dorang cakap..."owh boleh daftar dari pagi sampai petang"....dari pagi tadi dah boleh daftar?? what the....apsal korang tak tulis siap2 sebelum ni kat surat tawaran waktu mendaftar 8.00 pagi hingga 5.00 petang...owkey..takpe2..sabo2....terus masuk dengan kelam kabut sebab plan nak balik umah petang tu jugak...(dalam hati dah mendidih jugak la sebab tadi dah sesat barat bagai)



Masuk dewan sejuk sikit hati dek kesejukan aircondnyer...terus amik nombor....tunggu la sampai nombor dipanggil....kat sini darah mendidih kembali bila pergi kat kaunter bursary hanya 3-4 orang jek yang bertugas...time tu student ramai dah berpusu-pusu masuk almaklumlah katanya daftar jam 3 petang. tepat jam 5 petang barulah kami selesai mendaftar dan terus dapat matrix card on the spot...masalah baru pulak timbul bila pejabat kolej dah tutup...wallaaaa....

Dengan berbekalkan zero knowledge tentang keadaan tempat2 di sekitar UTM kami kembali ke kereta dengan perasaan bingung lagi membingungkan.....dahla takde sedara mara mahupon kenalan sekitar Skudai..pikir punya pikir...google punya google, kami nekad redah jek keluar dari UTM cari hotel untuk menginap....ape jadi seterusnya??..korang nantikanlah sambungannya...penat dah taip...tak study lagi nieh...daaa~

Cik Tulip Menulis: Pengalaman mematangkan kita dan menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya....

Nota Di Kaki Entri: Harapnye kamu2 mentabahkan diri baca kisah ni...rasa macam nak bukukan pon ade jugak kisah menyayat hati ini...ade sesape tak rase2 macam nak beli???


Somewhere I Belong


Cik Tulip Menulis: Syukur alhamdulillah di atas nikmat yang Engkau pinjamkan kepadaku......

Tuesday 10 September 2013

Campus Life: Volume 1 - Sesat Barat...Bukan Sesat Di Barat

Assalamualaikum buat bloggers2 dan readers2 blog A New Beginning....sehat kah korang??...dah berjaman rasanya Cik Tulip tak update blog...konflik dalan diri yang gagal mencapai jalan penyelesaian...hehe..bunyi macam dah kritikal sangat jek kan....

Alhamdulillah di saat entri ini ditaip Cik Tulip baru sahaja menempatkan diri di UTM alkisahnya membatalkan niat nak sambung ke Newcastle University, United Kingdom...alasannya...biarlah rahsia...ekekeke....(nanti2 la Cik Tulip story kisah disebaliknya..okies?)


UTM memang tak dinafikan sebuah universiti yang mempunyai keluasan yang sangatlah besar....mana Cik Tulip tau?ukurkah?sukatkah?...haruslah tidak...tak caya?? korang tengok la sendiri map bawah ni...

tak payah la susah payah gosok mata tuh...petanya memang cinonit jek....

walaupon dah seminggu bergelar postgrad student kat sini tapi Cik Tulip masih lagi sesat barat bak kata pepatah jauh perjalanan maka tersesatlah dikau....huahuahua....sesat di perjalanan ibarat aliran sungai yang sentiasa mengiringi perjalanan Cik Tulip...hahaha...tragis magis sungguh....

hanya satu yang mampu Cik Tulip ungkapkan...semoga Allah permudahkan urusan Cik Tulip di dunia dan di akhirat...demi mendapatkan segulung master...erk...macam pelik jek...ha..hader aku kesah...kang esok lusa di kala jiwa kacau melanda Cik Tulip citer lagi versi yang seterusnya...apakah???...daa~

Cik Tulip Menulis: adakalanya semangat juga dah pandai me'luntur'kan dirinya...hati pun dah pandai mengatakan 'aku hampir give up'....namun perjalananku baru sahaja bermula....di sini....