Saturday, 20 April 2013

Psikometrik Test???

Assalamualaikum...setelah sekian lama tetibe jek Cik Tulip terpanggil nak menaip entri pasal " Psikometrik Test " ni...ujian mengenalpasti ciri-ciri seorang psikopath macam dalam siri Hannibal tu ke?? ujian minda yang saling tak tumpah macam filem lakonan Keanu Reeves dalam The Matrix ke?? atau ujian khas nak menguji tahap kecenderungan anda melakukan jenayah?? oooohhhh....sama sekali tak berkait rapat mahupun mempunyai hubungan sedara sepapat....

muke stress kakak ni macam nak mintak lempang bertubi-tubi jek...haha

dan muke confused si einstein jr yang mintak digigit-gigit

Apapon yang dinyatakan di perenggan pertama karangan tak berformat ini adalah tidak berkenaan.....seriously Cik Tulip pon tak pena tau & tak pena amik tau pasal test ni...alih2 diberitahu kena datang amik test ni kat MARA Japan Industrial Institute Beranang sane hujung bulan ni nanti...kawan Cik Tulip cakap ada kaitan dengan personaliti test dan ada pulak yang cakap soalan dia pasal general knowledge...mana satu Cik Tulip pon tak tau...harap dibantuin....

Plot cerita dimulakan dengan application nak further study di UK katenyer....... dengan bantuan si sahabat berhati murni lagi berkredibiliti tinggi yang sedang gigih menyambung pelajarannya ke peringkat PhD (hebatkan dia)....dengan rasa rendah diri Cik Tulip minta bantuan dia applykan tempat di sana...tup...tup dapat berita application diluluskan...ni baru 1st stage yer...ade banyak lagi yang bakal menanti kelak...ok sambung balik...bila application dah diluluskan so kena la pergi amik test psikometrik ni....(tatkala menaip entri ni mmode muke selenge diaktifkan)....

Secara jujurnya dalam fikiran ni masih kosong...kosong...kosong....tak tau lagi nak sambung course ape?? uni ape?? which part of UK?? hah sumer pon tak tau...adei apah tak hasil...sekian.....eh tu jek la Cik Tulip nak sampaikan tatkala mode blur menghantui diri ini...(tak tau la korang paham ke idok ape yang cube Cik Tulip sampaikan di sini....)


Cik Tulip Menulis: lecturer saya selalu pesan camni sebelum dia keluar dari kelas...." any questions, comments, ideas???" ....sila isikan di kotak komen Cik Tulip seperti tertera di bawah.....


Post a Comment