Thursday, 15 November 2012

Perjalanan Hidup


Dalam kita mengharungi sebuah kehidupan
Kita tidak pernah lari dari melalui pelabagai jalanan
Adakalanya jalan itu kelihatan lurus dan mudah dilalui
Ada ketikanya jalan yang dilalui penuh berliku-liku


Kaki akan terus menapak
Langkah demi langkah
Sehinggalah sampai di sebuah persimpangan
Tatkala itu kebuntuan melanda diri
Jalan manakah yang perlu ku ikuti?


Adakalanya kita tertanya-tanya pada diri sendiri
Kenapakah diri ini sering ditimpa kesusahan?
Kenapakah kita sentiasa diuji?


Teruskanlah langkahmu 
Walau sejerih manapun dugaan yang menanti
Kelak pasti ada sesuatu 
Yang menantimu di penghujungnya


Bergembiralah dan bersyukurlah wahai teman kerana
Syurga itu memang tersedia
Untuk mereka yang susah dan
Berjaya melepasi setiap ujian dari-Nya


Kerana Dia Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk hambanya

Cik Tulip Menulis: sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan...insyaAllah

Post a Comment