Monday 9 December 2013

I Walk Alone



I walk a lonely road
The only one that I have ever known
Don't know where it goes

But it's home to me and I walk alone


My shadow's the only one that walks beside me
My shallow hearts the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
'Til then I walk alone


Cik Tulip Menulis: never depends on others too much because someday you will have to walk alone


Saturday 7 December 2013

Soal Hati Tak Siapa Yang Tahu

perjalanan hidup tak semudah yang dibayangkan
adakalanya terasa kaki seolah-olah berat untuk melangkah
adakalanya terasa seperti hilang arah tujuan
melangkah sendiri dan terus menyendiri
bila ditanya pada hati apa yang diingini?
tiada jawapan yang pasti



hari demi hari mencari jawapan yang tak pasti
selalu berpesan pada diri untuk terus bersabar
bersabar menghadapi ujian mendatang
bersabar dengan kerenah manusia
manusia yang kadang-kadang lupa
lupa akan matlamat hidup mereka
lupa akan sahabat baik mereka
lupa menjaga hati dan perasaan orang lain
mereka lalai dengan rasa cinta
cinta yang dikatakan buta

salahkah cinta sehingga kita labelkannya sebagai buta?
cintailah seseorang berpada-pada
dikhuatiri kelak hati merana
merana dek si cinta hati
cinta hati yang hatinya bukan untuk kita
yang mana hatinya kuat menggengam misi
misi hidup mengejar duniawi
sibuk mencari harta menggunung tinggi
mengejar pangkat, nama dan populariti
hakikatnya tak boleh bawa mati


Cik Tulip Menulis: tak kira time susah atau senang percaya pada Allah yang satu...semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi hari-hari mendatang...

Tuesday 17 September 2013

Very The Mystic One Lah...

Assalamualaikum.....tak tau nak mula cite dari mana....Cik Tulip sendiri menghadapi masalah berbangkit ini....ceritanya bermula begini....Cik Tulip bukanlah student yang gaya2 excel gitu...so haruslah study gaya2 macam esok adalah final exam....kedudukan meja study adalah sangat strategik iaitu duduk letaknya di sebelah tingkap....hoyeah2....saya 'suka' sangattt hokkey

Boleh dikatakan dah 3 hari berturut-turut tingkap cermin sebelah Cik Tulip ni macam diketuk orang...hagak2 korang la...time korang dok khusyuk buat sesuatu especially study dengan tahap ke'focus'an yang maximum, ape agaknye reaksi korang bila 'bunyi' kuat tersebut 'menyapa' korang beberapa inci jek dari cuping telinga korang???ha...acer komen sikit....

Mula2 assume jek tingkap tu 'tersepit' beberapa ketika...ekeke....tapi bila dah kena lebih dari 3 kali hatiku yang 'berani' ni mula terguris sedikit...hadei....semalam insiden yang sama berulang lagi sekitar area sebelas lebey (malam hokkey....)Cik Tulip tanpa berpikir panjang terus menerpa ke arah rumet yang sedang enak diulit mimpi...terkezut tahap maximum...degup jantung haruslah laju gilos...seluruh badan menggigil..selalu cakap kat rumet alah...bunyi angin jek tu....tapi malam semalam.....ouh gagal mendefinisikan dan mengkategorikan bunyi itu.....

Dah malas cite panjang....(yang sebenornye bulu roma dah berdiri dah ni....pandai jugak yek dia berdiri walopun ketua darjah tak suro bangun)...hakikatnye 'terpaksa' memberanikan diri sebab tahap ketakukan rumet adalah tidak dapat dibendung lagi....alahai....sori rumet...tade niat nak takutkan n perli kamu...i lap u lah....ya Allah,lindungilah hamba2mu ini.....owkey, daa~

Cik Tulip Menulis: korang ada pape ayat yang sesuai diamalkan tak?meh share siket....jasa baik korang hanya Allah saja yang mampu membalasnya....

Sunday 15 September 2013

Kematian Tragis Dalam Kes Tembak-menembak

Assalamualaikum wahai pembaca2 entri blog Cik Tulip....harini Cik Tulip nak share berita sedih yang berlaku semalam....ni Cik Tulip sertakan sedikit petikan berita yang dilaporkan...

LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang. 
Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang. 

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.
Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.


Kejadian tembak-menembak ini meragut nyawa rakan sekolah Cik Tulip sendiri....arwah bukan sahaja rakan malah saudara Cik Tulip sendiri....bapa arwah sangat dikenali di sini dengan nama Adam Daging.orangnya bukan sahaja baik malah peramah..pantang nampak saudara mahupun orang yang dikenali, pasti arwah ringan mulut untuk menyapa

Menurut keluarga suspek ni cemburu orangnya....setelah suspek memukul isterinya,dia kemudiannya menembak isterinya dibahagian perut lalu mengunci isterinya di kediaman mereka di Felda Cempelak.suspek kemudiannya membawa anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun lalu memandu ke rumah bapa mertua suspek...Setibanya di rumah mertuanya,suspek terus mencari ibu mertuanya tetapi dia gagal menemuinya.suspek dikatakan berbual-bual bersama bapa mertuanya yang kebetulan ingin keluar ke surau untuk menunaikan solat maghrib...


Menurut jiran mereka terdengar bunyi letupan yang sebenarnya tembakan yang dilepaskan oleh suspek...suspek menembak kepala bapa mertuanya sebelum menembak dirinya di bahagian kepala juga...suspek meninggal di tempat kejadian.....Bapa mertua mangsa yang masih bernyawa ketika itu dikejarkan ke hospital....Malangnya Allah lebih sayangkan arwah.apabila ditanya kepada anak mangsa dimanakah ibunya...anak mangsa yang berusia tiga tahun hanya menjawab...ibu...beng2....Polis terus ke rumah mangsa dan menjumpai mayat mangsa di belakang pintu rumahnya.....

Begitulah berakhirnya kisah sedih yang sangat meruntun hati keluarga dan sahabat2 yang mengenali kedua2 mangsa....semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa

Cik Tulip Menulis: tak mampu menahan air mata melihat keadaan keluarga arwah terutama pabila terkenangkan nasib si anak yang berstatus yatim piatu...tiada lagi sapaan dari bapa arwah setiap kali kami berkunjung ke pasar mahupun pasar tani....Ya Allah tabahkan hati keluarga mangsa dalam menghadapi dugaan dari-Mu

Nota Kaki Cik Tulip: sedih bila terbaca dalam FB apabila isu ini dipolitikkan..sebagai seorang sahabat dan saudara terdekat mangsa isu ini tidak perlu dipolitikkan...jagalah hati ahli keluarga yang meratapi pemergian insan tersayang...hormatilah mereka..kita kan saudara seislam

Wednesday 11 September 2013

Campus Life: Volume 2 - Management Punya Hal Outdated Version Part 1

Assalamualaikum readers kesayamngan sekahlian...sementelah meng'download' nota2 yang sudah tidak syak lagi sudah agak luput dari akal fikiran Cik Tulip dan2 tetibe teringatkan alkisah campus life Cik Tulip yang tergendala dan terkandas di tengah jalan ceritanya.....ni namanya sambil menyelam sambil sedut air...gulp...gulp...di kala ini mode tengah agak stress sebab terpaksa tunggu doploh dua jam per saat (memang takde unit ni dalam kamus matematik anda...so takyah sesusah nak carik) gara2 nak download notes dari e-leraning....tak tau la salah broadband ataupun server yang lembab2 ayam...



Berbalik kepada cerita management di hari pendaftaran...kami disuruh mendaftar jam 3.00 petang pada 28 Ogos yang lalu....nak dijadikan cerita, alkisahnya Cik Tulip si anak jati kelahiran Johor ni memang tak pernah menjejakkan kaki pon kat UTM ni....(pengakuan berani lagi tulus dan mulus dari hati ke hati)....so haruslah bergerak seawal mungkin ditemani rakan seperjuangan yang akan sama2 meredah zaman campus baru kami kat UTM nanti...(nanti lah sebab time tu belom pegi lagi walopon tatkala entri ini ditaip Cik Tulip dah menetap kat UTM dah)....

Owkey sambung balik...kami sampai sekitar jam 11 setengah pagi terus ke Kolej sebab menurut kata seorang teman yang belajar di sini kami boleh daftar kolej/asrama dulu tapi kena bayar untuk sewa la...macam tu...ahh..tak kisahlah...janji dah ada tempat menginap...sesampai di pejabat kolej, mereka2 (merujuk kepada staff kolej) menyuruh kami mendaftar dahulu sebagai pelajar dan perlu mendapatkan sekeping slip mengatakan kami layak duduk di kolej baru mereka berani berikan kami sebuah bilik....owh..begitukah? kitorang sempat bertanya jika berlakunya kelewatan semasa proses mendaftar bagaimanakah....jawapan terbaik tahap A+++ dorang bagi berbunyi begini..."korang datanglah esok"...eh sedarkah korang umah kami mengambil masa 2jam setengah untuk sampai ke UTM (dah bagitau da kat dorang)..plus tol minyak bagai dah dekat RM50 sekali jalan....dek kerana malas nak bertekak kami pon teruslah mencari dewan untuk mendaftarkan diri...

Dalam UTM ni banyak jalannya one way sahaja...haaa...nak dijadikan cerita ni lebih magika lagi..Cik Tulip selaku driver pada har tersebut men'drive' dan terus men'drive' tetapi sebarang signboard mahupon papan tanda mengarahkan tempat tujuan gagal ditemui.....kurang lebey 3 kali jugaklah Cik Tulip dok pusing jalan yang sama...last2 ternampak signboard (cinonit jek hokkey) tunjuk PENDAFTARAN POSTGRADUATE...terbaik noks...3 kali pusing dah...nasib ler time tu minyak belum naik lagi...(ye tau memang tak ada kaitan tapi nak mention jugak...)

Owkey sampai sana kitorang park kete...pegi makan...pegi solat gitu gini lebih kurang pukul 2 lebey..tanpa rasa ragu2 lagi kami menapak dan terus menapak ke Dewan Sultan Iskandar...sesampai ke kaunter checklist kat pintu masuk terus buat muka ramah tamah tanya dah boleh mendaftar kah? nak tahu ape dorang cakap..."owh boleh daftar dari pagi sampai petang"....dari pagi tadi dah boleh daftar?? what the....apsal korang tak tulis siap2 sebelum ni kat surat tawaran waktu mendaftar 8.00 pagi hingga 5.00 petang...owkey..takpe2..sabo2....terus masuk dengan kelam kabut sebab plan nak balik umah petang tu jugak...(dalam hati dah mendidih jugak la sebab tadi dah sesat barat bagai)



Masuk dewan sejuk sikit hati dek kesejukan aircondnyer...terus amik nombor....tunggu la sampai nombor dipanggil....kat sini darah mendidih kembali bila pergi kat kaunter bursary hanya 3-4 orang jek yang bertugas...time tu student ramai dah berpusu-pusu masuk almaklumlah katanya daftar jam 3 petang. tepat jam 5 petang barulah kami selesai mendaftar dan terus dapat matrix card on the spot...masalah baru pulak timbul bila pejabat kolej dah tutup...wallaaaa....

Dengan berbekalkan zero knowledge tentang keadaan tempat2 di sekitar UTM kami kembali ke kereta dengan perasaan bingung lagi membingungkan.....dahla takde sedara mara mahupon kenalan sekitar Skudai..pikir punya pikir...google punya google, kami nekad redah jek keluar dari UTM cari hotel untuk menginap....ape jadi seterusnya??..korang nantikanlah sambungannya...penat dah taip...tak study lagi nieh...daaa~

Cik Tulip Menulis: Pengalaman mematangkan kita dan menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya....

Nota Di Kaki Entri: Harapnye kamu2 mentabahkan diri baca kisah ni...rasa macam nak bukukan pon ade jugak kisah menyayat hati ini...ade sesape tak rase2 macam nak beli???


Somewhere I Belong


Cik Tulip Menulis: Syukur alhamdulillah di atas nikmat yang Engkau pinjamkan kepadaku......

Tuesday 10 September 2013

Campus Life: Volume 1 - Sesat Barat...Bukan Sesat Di Barat

Assalamualaikum buat bloggers2 dan readers2 blog A New Beginning....sehat kah korang??...dah berjaman rasanya Cik Tulip tak update blog...konflik dalan diri yang gagal mencapai jalan penyelesaian...hehe..bunyi macam dah kritikal sangat jek kan....

Alhamdulillah di saat entri ini ditaip Cik Tulip baru sahaja menempatkan diri di UTM alkisahnya membatalkan niat nak sambung ke Newcastle University, United Kingdom...alasannya...biarlah rahsia...ekekeke....(nanti2 la Cik Tulip story kisah disebaliknya..okies?)


UTM memang tak dinafikan sebuah universiti yang mempunyai keluasan yang sangatlah besar....mana Cik Tulip tau?ukurkah?sukatkah?...haruslah tidak...tak caya?? korang tengok la sendiri map bawah ni...

tak payah la susah payah gosok mata tuh...petanya memang cinonit jek....

walaupon dah seminggu bergelar postgrad student kat sini tapi Cik Tulip masih lagi sesat barat bak kata pepatah jauh perjalanan maka tersesatlah dikau....huahuahua....sesat di perjalanan ibarat aliran sungai yang sentiasa mengiringi perjalanan Cik Tulip...hahaha...tragis magis sungguh....

hanya satu yang mampu Cik Tulip ungkapkan...semoga Allah permudahkan urusan Cik Tulip di dunia dan di akhirat...demi mendapatkan segulung master...erk...macam pelik jek...ha..hader aku kesah...kang esok lusa di kala jiwa kacau melanda Cik Tulip citer lagi versi yang seterusnya...apakah???...daa~

Cik Tulip Menulis: adakalanya semangat juga dah pandai me'luntur'kan dirinya...hati pun dah pandai mengatakan 'aku hampir give up'....namun perjalananku baru sahaja bermula....di sini....

Sunday 23 June 2013

Everything Has Changed


"Everything Has Changed"
(Taylor Swift feat. Ed Sheeran)

I just wanna know you better, know you better, know you better now
I just wanna know you better, know you better, know you better now

'Cause all I know is we said, "Hello."
And your eyes look like coming home
All I know is a simple name
Everything has changed
All I know is you held the door
You'll be mine and I'll be yours
All I know since yesterday is everything has changed


Cik Tulip Menulis: that was my fav. part of the song....

Saturday 8 June 2013

Apabila Status Berubah

Assalamualaikum...salam sayang buat pembaca blog Cik Tulip....pertama sekali Cik Tulip nak ucapkan syukur di atas nikmat pemberian Allah yang tak ternilai ini...sungguh setiap dugaan yang diberi pasti ada ganjaran disebaliknya...apa yang diperlukan hanya perlu bersabar..dan terus bersabar

Last week on 31st May result psikometrik test MARA keluar...dan seperti biasa he's the one yang akan check dulu my result....hasilnya.....result nya adalah seperti berikut...

" Tahniah! Anda telah berjaya ditawarkan bantuan pinjaman pelajaran MARA bersyarat bagi Program Pasca Siswazah Luar Negara 2013. Maklumat pengajian anda sedang dikemaskini. Sila layari sistem ini pada 7 Jun 2013 untuk semakan surat tawaran dan dokumen berkaitan "

Agak2 nya mesti kalian semua dah boleh agak apa perasaan Cik Tulip kan...gumbira tak terkata....bersyukur dengan nikmat pemberian dari-Nya.....tup...tup semalam check semula web MARA dengan niat nak kemaskini tiba-tiba status berubah kepada.....

" Harap Maaf. Permohonan anda tidak dapat dipertimbangkan...."

tak memasal mamat ni menjadi mangsa keadaan...

APAKAH????? muke haruslah frustrated giler since 5 minutes before check email ada new email dari pihak universiti...Alhamdulillah dapat conditional offer from Newcastle Uni...tapiiiiii....

Ape yang bermain di fikiran sape plak nak tanggung aku belajar kat sana nanti kalo pinjaman MARA tak lulus? perlukah aku tolak mentah2 tawaran tu? rupa2 nya bukan Cik Tulip seorang jek yang hadapi masalah tu..ramai lagi senasib dengan Cik Tulip ..so...Monday morning haruslah call pihak MARA bertanyakan perihal tersebut kan.....ouhh....owkey tu jek Cik Tulip nak share buat masa ni...nanti Cik Tulip update lagi...doakan yang terbaik untuk Cik Tulip yer...daa~

Cik Tulip Menulis: tak mampu diolah dengan kata2 apa perasaan yang bermain di fikiran kala ini...

Wednesday 22 May 2013

Like Pencil and Eraser





Cik Tulip Menulis: if only there is a "DELETE" button inside the brain....

Wednesday 8 May 2013

Big Bad Wolf @ MITC Melaka...Jom Terjah

Assalamualaikum....pada yang suka sangat mengumpul merangkap menjadikan membaca sebagai hobi dalam menjalani rutin seharian, ni ada berita baik untuk korang especially yang tinggal di area sekitar Melaka...Mr. Wolfie buat pertama kalinya turun ke Melaka atau lebih speceficnya di MITC Melaka....untuk "The Big Bad Wolf Book Sale"

Bermula jam sepuluh pagi esok korang sumer dah boleh pergi terjah MITC sehingga la sepuluh malam 13th May bersamaan hari Isnin....Mr. Wolfie dah siap sediakan checklist barang2 yang perlu dibawa nanti...nah korang tengok dulu ape yang patut ada sebelum ke sana

dah cek ape yang perlu?? ok good...

saje jek post pic ni jugak sebab teruja nampak buku Sophie Kinsella...hehehehe

Owkey tu jek Cik Tulip nak share...daa~

Cik Tulip Menulis: keterujaan setelah sekian lama tak pergi BBW book sale...

Tuesday 7 May 2013

Slim Bergaya Sehebat Namanya

Assalamualaikum...entri sebelum ni Cik Tulip asik dok pos pasal gadget yang tak mampu dimiliki ramai dek kerana harganya yang menjulingkan mata membuatkan tangan terketar-ketar membayar....tapi kali ni Cik Tulip nak tampilkan gadget yang mampu dimiliki dan tak kurang hebat jugak gayanya..

Masih lagi dengan Sony Xperia...Cik Tulip perkenalkan kepada kalian Sony Xperia E & Sony Xperia E Dual yang seli-melim penuh bergaya...tak caya...meh tengok ni...

Haa....betulkan?? 

Sony Xperia E Dual didatangkan dengan dua warna pilihan...black & gold



Sony Xperia E



Da puas tengok....ok...meh sini sambung balik citer...percaya atau tak harganya serendah RM499 sahaja untuk Sony Xperia E & RM559 untuk Sony Xperia E Dual ....(sila ambil perhatian harga & platform android Sony Xperia E dengan Sony Xperia E Dual adalah berbeza walaupun rupe parasnya adalah sama..)..mampu dimiliki kan??...so ape lagi pada yang dah lama menyimpan hasrat nak menukar henponnya boleh la spend sikit duit untuk memiliki Sony Xperia E ni...boleh klik link--> Sony Xperia E & Sony Xperia E Dual untuk mendapatkan info tentang phone spec dan sebagainya...owkey da...tu jek Cik Tulip nak share arini...daa~

Cik Tulip Menulis: tunggu elaun masuk baru nak terjah kedai untuk dapatkan Sony Xperia E...tak sabar...

Thursday 2 May 2013

Kisah Seorang Psikopat yang Berakhir Di Sini

Assalamualaikum sekalian umat manusia yang menghuni alam ini.....sehat kah? ape nak taip nieh??? itulah ayat yang selalu terngiang-ngiang di sebalik telinga kecil ini....menaip tanpa arah tuju dan haluan memang cenggini la rupe parasnya....di harapkan anda membaca dengan penuh sabar dan tabah setiap patah kata yang cuba disampaikan oleh penulis bernama Cik Tulip ini.....sudah...sudah...

Tajuk tak tentu hala idea yang nak disampaikan pon tak tentu hala lah nampak gayanya....meh sini duduk dendiam dengar ape Cik Tulip nak citer....alkisah Cik Tulip ke MJII (merujuk kepada MARA Japan Industrial Institute) Isnin lalu untuk mengambil psikometrik test....dengan berbekalkan ZERO...yer kosong ilmu tentang lokasi kejadian (duduk Bangi dekat 2 tahun tapi sumpah tak pernah sampai Beranang) Cik Tulip minta bantuan seorang hamba Allah ni...alhamdulillah dengan bantuannya Cik Tulip berjaya sampai dengan selamatnya ke destinasi tujuan...

Manusia paling kalut lagi mengarut di situ tak lain tak bukan sayalah (menuding jari ke muka sendiri) dengan form yang tak complete dan idea tak seberapa tentang soalan yang bakal ditanya...tup...tup sampai tengok dah ramai manusia berbaris menghantar form mereka....tetiba timbul persoalan...layakkah aku di sini??? aahhhh lupakan persoalan itu

Setelah diberi keizinan masuk ke dewan, manusia di luar mula berpusu-pusu masuk saling tak tumpah macam kambing masuk kandang...masuk dewan exam dengan perasaan nebes tak hengat....masing2 sibuk mencari tempat duduk sesuai....semestinya dan seharusnyalah sebelah-menyebelah dengan rakan kan...Cik Tulip si "lone ranger" yang dah memang terbiasa ini hanya mengikut langkah kaki membawa hala tujunya...dah jumpa kerusi yang dihajati terus duduk tanpa menoleh ke belakang.....baca doa dan terus duduk dendiam dengar arahan pemeriksa.........

"Anda boleh mula menjawab sekarang"....tanpa berlengah lagi terus mula menjawab dengan membuka buku soalan muka pertama....tergamam seketika...erk....enterprenuership?? eh salah eja daa... entrepreneurship?? last tengok perkataan ni adalah 5 tahun yang lepas (setelah ditambah ditolak dihitung dan dikira mengikut formula Cik Tulip).....ape lagi jawab mengikut logik akal....maaf saya ni budak sains bila kena cite bab bisnes dan ekonomi otak terus jem dari berfikir..bak kata omputeh bumper-to-bumper....sejam kemudian hantar kertas jawapan dan kertas soalan....bertawakal kepada Allah semoga dimurahkan rezeki...keluar dewan dalam keadaan blur 7 saat terus meluru ke kereta dan berdezzzzuuppp pulang untuk menghadap muka anak murid yang bakal menjawab mid-year examnya....alkisah psikometrik test si bintang psikopat = Cik Tulip yang begitu psiko tamat di situ....

Cik Tulip Menulis: jauh di sudut hati mengharapkan sesuatu...sesuatu yang belum pasti dimiliki...

Saturday 20 April 2013

Psikometrik Test???

Assalamualaikum...setelah sekian lama tetibe jek Cik Tulip terpanggil nak menaip entri pasal " Psikometrik Test " ni...ujian mengenalpasti ciri-ciri seorang psikopath macam dalam siri Hannibal tu ke?? ujian minda yang saling tak tumpah macam filem lakonan Keanu Reeves dalam The Matrix ke?? atau ujian khas nak menguji tahap kecenderungan anda melakukan jenayah?? oooohhhh....sama sekali tak berkait rapat mahupun mempunyai hubungan sedara sepapat....

muke stress kakak ni macam nak mintak lempang bertubi-tubi jek...haha

dan muke confused si einstein jr yang mintak digigit-gigit

Apapon yang dinyatakan di perenggan pertama karangan tak berformat ini adalah tidak berkenaan.....seriously Cik Tulip pon tak pena tau & tak pena amik tau pasal test ni...alih2 diberitahu kena datang amik test ni kat MARA Japan Industrial Institute Beranang sane hujung bulan ni nanti...kawan Cik Tulip cakap ada kaitan dengan personaliti test dan ada pulak yang cakap soalan dia pasal general knowledge...mana satu Cik Tulip pon tak tau...harap dibantuin....

Plot cerita dimulakan dengan application nak further study di UK katenyer....... dengan bantuan si sahabat berhati murni lagi berkredibiliti tinggi yang sedang gigih menyambung pelajarannya ke peringkat PhD (hebatkan dia)....dengan rasa rendah diri Cik Tulip minta bantuan dia applykan tempat di sana...tup...tup dapat berita application diluluskan...ni baru 1st stage yer...ade banyak lagi yang bakal menanti kelak...ok sambung balik...bila application dah diluluskan so kena la pergi amik test psikometrik ni....(tatkala menaip entri ni mmode muke selenge diaktifkan)....

Secara jujurnya dalam fikiran ni masih kosong...kosong...kosong....tak tau lagi nak sambung course ape?? uni ape?? which part of UK?? hah sumer pon tak tau...adei apah tak hasil...sekian.....eh tu jek la Cik Tulip nak sampaikan tatkala mode blur menghantui diri ini...(tak tau la korang paham ke idok ape yang cube Cik Tulip sampaikan di sini....)


Cik Tulip Menulis: lecturer saya selalu pesan camni sebelum dia keluar dari kelas...." any questions, comments, ideas???" ....sila isikan di kotak komen Cik Tulip seperti tertera di bawah.....


Tuesday 12 March 2013

Si Rama-rama

Assalamualaikum....setelah sekian lama timbul seketul lagi entri tak dirancang...hehe....kisah Si Rama-rama....


ehhh...bukan rama-rama yang ni...tapi.....
























si HTC Butterfly yang ni...


putih suci yang smart...

merah tanda berani...

eh...eh...HTC J ni pon tak kalah bergaya kan...haish...

Apepon angan2 minah jenin dulu la yer Cik Tulip...almaklongler harga phone2 di atas mencecah RM2k...ohoooo......kopak + koyak berserta rabak poket purse Cik Tulip....haruslah menabung dahulu sebelum menjadikan salah satu sebagai hak milik kekal...tak gitew...ha...sila angguk tanda setuju...dah, tu jek Cik Tulip nak share arini....cuaca panas jadi tahap kemalasan untuk menaip dengan panjang berjela-jela adalah berada pada tahap maksimum....daa~

Cik Tulip Menulis: jauh di sudut hati kecil kedengaran suara menjerit2 yang berbunyi seperti ini..."udah2 ler tu verangan Cik Tulip...mouse kamu yang dah berkurun berabad pon kamu tak geganti lagi...inikan nak memiliki henpon seperti yang dinyatakan....verangan tak sudah....kau hado...."...ekekeke

Thursday 28 February 2013

Ehhh...Ada Lagi???

Assalamualaikum umat manusia sekelian alam......haa...jawab2...dose kang.....ehhh...ape yang ada lagi ni???


Haaa....ni dia...tang " ALL FICTION AT RM 5 PRICES LOWER THAN EVER BEFORE " tu macam teeerrrrsangatttt menarik perhatian ekor mata...ekekeke...untuk student2 yang ada voucher buku tu pon boleh gune kat sana....ada hadiah menarik bakal menanti...tak caya...ha cer tengok yang ni....

nampak gayenye tak berpeluang la Cik Tulip nak join contest ni almaklumler saya bukan student lagi...hehehe

Tempat, masa dan tarikh sumer dah ada tepek kat banner atas merangkap gambar pertama...so ape lagi....kiter SERANGGGG!!!

Cik Tulip Menulis: semoga hasrat murni kite nak ke sana kesampaian la kali ni....lama dah cakap nak pegi tapi asik ada kekangan jek...semoga dipermudahkan segala urusan


Wednesday 27 February 2013

Secebis Nota, Seikhlas Kata


Cik Tulip Menulis: masa untuk bangkit dari angan yang panjang, masa lalu yang makin jauh meninggalkan kita dan masa depan yang belum pasti....


Saturday 23 February 2013

Simply Gorgeous

Assalamualaikum...ha...entri kali ni dedicated khas buat insan2 gojes kat luar sana especially yang ade kat area Melaka...ehh napa Melaka jek Cik Tulip?? ni ade berita nak di khabarkan pada kamu2 semua si pengguna produk Simply Siti....Simply Siti team tengah buat promotion kat Mydin MITC Melaka...harga barang seperti Toner, BB Cream, Set Dermagics, Eye-Liner, Lipstick dan tak ketinggalan perfume diberi diskaun hingga 75%....yer 75% hokkey....nah Cik Tulip share sikit ape yang Cik Tulip beli kat sane

tadaaaa.......

ce teka ce teka berapa harga 4 barang ni??

2 toner + 2 lipstick

C Bright White Toner

Simply Gorgeous Lip Color

Offer ni sampai esok jek (24 Februari 2013)...so cepat2 serang Mydin MITC Melaka esok...daaa~

Cik Tulip Menulis: akibat terlalu eksaited membeli sampai lupe nak snap banner kiut dia...sorry....

Kau Yang Bernama Sahabat

Kaulah yang selalu
Setia menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku


Cik Tulip Menulis: entry versi malas menaip...ekekeke...sayang kamu

Saturday 16 February 2013

Bukan Kutu Sembarangan

Assalamualaikum....tengok tajuk dah macam info sihat pon ye jugak...macam scary movie pon ye jugak..ekekeke...tapi kutu ni bukan dari spesies haiwan yang mendiami rambut kite..mahupon tempat2 lain yang menjadi habitat semula jadi mereka....ni kutu yang mak2 kite suker main tu...ha....tetiap bulan bayar duit...pastu cabut undi untuk tentukan giliran kiter yang ke berapa....

Kali ni Cik Tulip pon join sekaki jugak..tapi kutu ni memberi Tupperware sebagai habuan menggantikan wang ringgit tunai...ni first time Cik Tulip join kutu sebegini sebagai tanda support kat member2....nak tau ape Cik Tulip dapat.....

10L Water Wonder All + tupperware besor kat atas kotak nuh....

sebagai bukti...tupperware brands

rupe paras 10L Water Wonder-All

Tupperware Brands ni bagus sebab tahan lasak & tahan lama....mak Cik Tulip pernah dapat beberapa set tupperware ni masa zaman kanak2 Cik Tulip dulu....sekarang dah hampir 20++ tahun dalam simpanan dan masih dalam keadaan baik lagi...bak kata pepatah alah membeli menang memakai...eh yeke pepatah tu?? ahh gasak...owkey, tu jek Cik Tulip nak shara...daa~

Cik Tulip Menulis: umur tupperware seiring dengan usia diri yang semakin meningkat hari demi hari....ahaiii...

Thursday 14 February 2013

Valentine's Day: Itu Bukan Cara Kita

Assalamualaikum...sedar tak sedar kita dah menghampiri pertengahan bulan Februari dan hampir 2 bulan lah kita di tahun 2013....tengok hengpong tetibe terperasan tarikh arini 14 Februari bersamaan Hari Kekasih ataupon lebih dikenali sebagai Valentine's Day...bagi Cik Tulip 14 Februari tu hanya tarikh2 biasa jek dalam hidup Cik Tulip sebab besday Cik Tulip mahupon rakan taulan sedara mara bukan jatuh pada tarikh yang di anggap istimewa oleh orang2 kafir laknatullah...so bersempena hari ni jom kita kempen reramai...SAY NO TO VALENTINE'S DAY....ianya HARAM disambut oleh orang Muslim...



Owkey, tu jek Cik Tulip nak share...daa~

Cik Tulip Menulis: dari menyibukkan diri sambut Valentine lebih baik kita buat sambutan Maulidur Rasul....

Wednesday 13 February 2013

Friends Forever

As we go on, we remember
All the time we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, Friends Forever




Cik Tulip Menulis: Rindu pada memori persekolahan dan di menara gading...tak lupe juge ucapan terima kasih buat kamu2 blogger ohsem yang selalu datang sini support Cik Tulip......



Tuesday 12 February 2013

Dunia Lego: Riang Ria Si Kanak-Kanak Ribeyna

Assalamualaikum wahai umat manusia sekelian alam....sempena cuti sekolah ni haruslah cerita pon berkisar keseronokan kanak-kanak dewasa menghabiskan cutinya membina Lego2 sekelian...bukan tak teringin nak ke Legoland sane...tapi bila dipikir pikioq entry fee nye yang mencecah ratusan ringgit terus keinginan ke sana ditangguhkan dahulu demi memberi laluan kepada diri menyimpan wang yang mencukupi..boley??sebelum tu...nah sajian mata buat korang dari kanak2 ribeyna ini...

upacara pembukaan plastik lego..tadaaa

hasil kerja tangan lego versi cinonit

lai2...pilih2 mana berkenan....pesanan penaja: bukan untuk dijual

hasil kerja di kala kelapangan masa

Owkey, tu jek Cik Tulip nak share naa...daa~

Cik Tulip Menulis: masih lagi menunggu ketibaan kereta2 yang lain yang diimport khas dari JB...ekekeke