Saturday, 7 December 2013

Soal Hati Tak Siapa Yang Tahu

perjalanan hidup tak semudah yang dibayangkan
adakalanya terasa kaki seolah-olah berat untuk melangkah
adakalanya terasa seperti hilang arah tujuan
melangkah sendiri dan terus menyendiri
bila ditanya pada hati apa yang diingini?
tiada jawapan yang pasti



hari demi hari mencari jawapan yang tak pasti
selalu berpesan pada diri untuk terus bersabar
bersabar menghadapi ujian mendatang
bersabar dengan kerenah manusia
manusia yang kadang-kadang lupa
lupa akan matlamat hidup mereka
lupa akan sahabat baik mereka
lupa menjaga hati dan perasaan orang lain
mereka lalai dengan rasa cinta
cinta yang dikatakan buta

salahkah cinta sehingga kita labelkannya sebagai buta?
cintailah seseorang berpada-pada
dikhuatiri kelak hati merana
merana dek si cinta hati
cinta hati yang hatinya bukan untuk kita
yang mana hatinya kuat menggengam misi
misi hidup mengejar duniawi
sibuk mencari harta menggunung tinggi
mengejar pangkat, nama dan populariti
hakikatnya tak boleh bawa mati


Cik Tulip Menulis: tak kira time susah atau senang percaya pada Allah yang satu...semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi hari-hari mendatang...

Post a Comment