Sunday 15 September 2013

Kematian Tragis Dalam Kes Tembak-menembak

Assalamualaikum wahai pembaca2 entri blog Cik Tulip....harini Cik Tulip nak share berita sedih yang berlaku semalam....ni Cik Tulip sertakan sedikit petikan berita yang dilaporkan...

LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang. 
Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang. 

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.
Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.


Kejadian tembak-menembak ini meragut nyawa rakan sekolah Cik Tulip sendiri....arwah bukan sahaja rakan malah saudara Cik Tulip sendiri....bapa arwah sangat dikenali di sini dengan nama Adam Daging.orangnya bukan sahaja baik malah peramah..pantang nampak saudara mahupun orang yang dikenali, pasti arwah ringan mulut untuk menyapa

Menurut keluarga suspek ni cemburu orangnya....setelah suspek memukul isterinya,dia kemudiannya menembak isterinya dibahagian perut lalu mengunci isterinya di kediaman mereka di Felda Cempelak.suspek kemudiannya membawa anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun lalu memandu ke rumah bapa mertua suspek...Setibanya di rumah mertuanya,suspek terus mencari ibu mertuanya tetapi dia gagal menemuinya.suspek dikatakan berbual-bual bersama bapa mertuanya yang kebetulan ingin keluar ke surau untuk menunaikan solat maghrib...


Menurut jiran mereka terdengar bunyi letupan yang sebenarnya tembakan yang dilepaskan oleh suspek...suspek menembak kepala bapa mertuanya sebelum menembak dirinya di bahagian kepala juga...suspek meninggal di tempat kejadian.....Bapa mertua mangsa yang masih bernyawa ketika itu dikejarkan ke hospital....Malangnya Allah lebih sayangkan arwah.apabila ditanya kepada anak mangsa dimanakah ibunya...anak mangsa yang berusia tiga tahun hanya menjawab...ibu...beng2....Polis terus ke rumah mangsa dan menjumpai mayat mangsa di belakang pintu rumahnya.....

Begitulah berakhirnya kisah sedih yang sangat meruntun hati keluarga dan sahabat2 yang mengenali kedua2 mangsa....semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa

Cik Tulip Menulis: tak mampu menahan air mata melihat keadaan keluarga arwah terutama pabila terkenangkan nasib si anak yang berstatus yatim piatu...tiada lagi sapaan dari bapa arwah setiap kali kami berkunjung ke pasar mahupun pasar tani....Ya Allah tabahkan hati keluarga mangsa dalam menghadapi dugaan dari-Mu

Nota Kaki Cik Tulip: sedih bila terbaca dalam FB apabila isu ini dipolitikkan..sebagai seorang sahabat dan saudara terdekat mangsa isu ini tidak perlu dipolitikkan...jagalah hati ahli keluarga yang meratapi pemergian insan tersayang...hormatilah mereka..kita kan saudara seislam

No comments: