Tuesday 27 November 2012

Gangnam Style vs Running Man

Assalamualaikum kamu2 kesayangan Cik Tulip...terlebih dahulu Cik Tulip nak mohon bebanyak maaf kerana kegagalan diri menghapdate sebarang entri dek kesibukan dan tahap kesihatan diri yang kurang memberangsangkan...dah lama tak demam sekali demam datang body temperature reading mencecah 39.5 deg C....tetibe teringat dulu lecturer Cik Tulip ada cakap enzyme akan musnah apabila suhu badan mencecah  40 deg C & above...

Ok tamat sudah mukadimah di atas..berbalik semula kepada tajuk entri di atas...wabak Gangnam Style ni bagi Cik Tulip saling tak tumpah macam wabak Para-para Sakura dahulu kala...masing2 sibuk membanggakan tarian dari luar..serius Cik Tulip cakap yang Cik Tulip tak pernah tengok lagi video dari Psy penyanyi dan penari yang tiba2 meningkat naik dek kerana tarian ala2 kuda nye itu....(ada orang kategorikan tarian itu sebagai lucah...terpulang pada individu untuk menilainya)


Lagi satu fenomena yang melanda masyarakat di kala ini ialah program televisyen yang famous di Korea iaitu Running Man...ni pon Cik Tulip tak pernah tengok sehinggakan anak didik Cik Tulip pernah menyuarakan soalan tentang program tv nieh...jom kita ikuti perbualan antara seorang murid berusia 7 tahun dengan seorang guru...

Zharif: Teacher..teacher pernah tak tengok Running Man?
Teacher: Running Man??
Zharif: Ha mesti teacher tak pernah tengok ler tuh..sebab tu teacher tak tau...ha...best taw teacher
Teacher: Erk...(anak sekecil 7 tahun pon dah pandai tengok Running Man...kemain lagi memasing dok citer pasal Running Man ni)....Ok...lets continue our lesson..please turn to page 4...(kalo tak cut off citer dorang ni mau sampai abis kelas pon tak habis2 lagi cite pasal Running Man tuh

Cik Tulip tak nafikan Cik Tulip jugak adalah penggemar cite2 Korea...tapi tu hanya sekadar hiburan di masa lapang...masa kat universiti dulu memang layan sangat citer Korea ni tapi tak lah sampai tak tidur beberapa hari...yer, jangan pelik ada juger individu yang sanggup tak tidur semata-mata nak habiskan kesemua episode cerita yang mereka tonton tu...owkey, tu jek Cik Tulip nak share...daa~

Cik Tulip Menulis: ape komen anda pula untuk tajuk entri kali ni?patutkah si kecil ini didedahkan dengan perkara sebegini?

4 comments:

Unknown said...

Waalaikummussalam :) PSY dengan tarian kudanya . . .

Unknown said...

cik tulip aku penggemar citer P.RAMLEE harap maklong ha h aha >..<

Apai said...

PSY xleh nyanyi live...menari je buat dia mengah..hahaha

Unknown said...

@PPP: haa yang tu tak dapat disangkal lagi...hahaha

@Apai: eh caner kamu tau plak?