Thursday, 23 October 2014
Sabo Jek...
Entri hari ini ditaip tatkala mood Cik Tulip agak goyah (ceewaaahhhh...goyah la sangatttt kan...) hahahaha....sangat tak seswai ayat goyah tu tapi ade aku kesah...entri ringkas ni hanyalah untuk membicarakan perihal segelintir manusia yang wujud di muka bumi ini...mungkin ada yg pernah mengalami situasi yg sama dengan Cik Tulip ni kan....
Alkisahnya di suatu pagi yg indah tatkala anda perlukan sedikit pertolongan dari insan sekeliling lalu bertanyalah anda kepada si polan tentang sesuatu yg dicari almaklumlah anda budak baru belajar...pernah tak pertanyaan anda-anda semua dibalas dengan nada yg tak sedap didengar dek telinga sambil memerhatikan mimik muka si polan yg pada ketika itu macam nak kena makan pelempang jek? haaa ape reaksi korang semua? meh share sikit kat comment box kat bawah tuh..
Reaksi Cik Tulip biasanya terus letak tangan di dada dan berbisik " sabar...sabar...Allah sedang uji kesabaran kita" tak pon bahasa kasar sikit "sabo...sabo...sabo...haisshhhhh"...haaa camtulah lebih kurangnya....
kenapa Cik Tulip buat macam tu?? sebab bagi Cik Tulip aura positive tu perlu sangat-sangat ada dalam setiap hari-hari Cik Tulip...kalo dah pepagi orang sebarkan aura negative, Cik Tulip pasti the whole day pon korang akan rasa terkesan dek kuasa aura negative tu...ye dok? pikir-pikir kan lah..daa~
Cik Tulip Menulis: jangan tunjukkan emosi buruk/negative anda pada insan tak berdosa kerana sekali dia terasa mungkin bukan mudah baginya utk melupakan dan memaafkan kesalahan anda
Wednesday, 1 October 2014
Tuesday, 30 September 2014
Searching......
Mencari sesuatu yang tak pasti
Dalam doa aku memohon
Semoga Allah tunjukkan aku jalan
Mencari erti iman,
Erti sabar, tabah, redha dan taqwa
Semoga ada insan yang sudi
Menghulurkan tangan
Memimpin insan ini
Menuju redha Ilahi......
Cik Tulip Menulis: terkadang meluahkan ape yang dirasa mampu mengurangkan bebanan yang dirasa
Wednesday, 25 June 2014
Start of Something Good
Cik Tulip Menulis: melting......
Tuesday, 24 June 2014
Movie Review: X-Men Days of Future Past
Sunday, 20 April 2014
Kala Hujan Turun
Saturday, 19 April 2014
Past vs Future
Friday, 18 April 2014
BBW @MITC Melaka
Untuk yang berada di Melaka apa kata anda isi masa hujung minggu anda dengan berkunjung ke MITC Melaka kerana kat sana bakal berlangsungnya jualan buku terbesar, termurah dan tentunye termuntah dengan lambakan buku yang ter'tak'disengajakan bakal termerambangkan mata anda....ape korang ingat shopping kat Sogo jek ke buat orang rambang mata....shopping buku kat BBW Booksales pon mampu buat korang2 yang hantu novel rambang mata taw...haaaa...jaga2 ada yang meghati....
Dah malas nak cite panjang...biar gambar berbicara...ahaks...ko hado???.....(terserlah sifat kemalasan berganda dalam diri...aaauuuuuuuwwwwww).....daa~
Cik Tulip Menulis: kegilaaan berganda pasti menyerang anda....nantikannnnn....
Monday, 14 April 2014
Pengalaman Semalam di "Rumah Sakit"
Cik Tulip si insan terpilih ni telah dipaksa doctor bermalam di dalam wad....pengalaman bermalam semalam di wad memang takde langsung dalam pemikiran Cik Tulip... honestly, duduk sepital bakal membuatkan pesakit bertambah sakit mana taknya tide adalah sangat terganggu dek suara misi yang dok pok pek pok pek tak sesudah.....makanya hanya mampu tido nyenyak sejam sahaja...ye sejam sahaja... seronok sangat kan....kan....sudahnye balik jek umah terus qada' tido tak hengat......Malas cite banyak...sesi qada' tido tak abes lagi....kbai.....daa~
Cik Tulip Menulis: semoga Allah ampunkan segala dosa-dosaku.....
Friday, 11 April 2014
Insan Bernama Perempuan
Apabila hatinya hancur berderai
Tanpa mampu dicantumkan semula
Dia berusaha untuk bangun kembali
Berdiri teguh
Menjalani kehidupan yang penuh ranjau
Dengan senyuman yang indah
Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat
Tetapi untuk memujuk hatinya yang lara
Bahawa keyakinannya,
Kepercayaannya dan takdir hidupnya
Semuanya dalam genggaman
Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang
Tuesday, 8 April 2014
Acer Iconia W4
- reka bentuk yang kecil dengan screen selebar 8"
- ringan (beratnya hanya 415g sahaja)
- mudah dibawa ke mana2 (especially ladies just sumbat dalam handbag jek)
- nipis (of course la tak senipis tissue kan)
- ianya menggunakan windows 8.1 operating system (dah windows 8 mestilah touch screen kan)
- free Microsoft® Office Home and Student 2013 Edition (ms words, excel, ppt)
- ada HDMI port
- boleh jugak sumbat sim kad 3G & micro SD
- warranty 3 tahun from Acer
- ade back & front camera jugaks
- paling best dapat free crunch cover....ngeee~
Thursday, 3 April 2014
Hidup
Ada ketikanya Kita berada di atas
Ada ketikanya Kita berada di bawah
Tak siapa yang tahu dimanakah kedudukan mereka
Hidup ini kadang kala terasa adil
Adakalanya ketidak adilan datang menjengah
Ia datang tanpa dipinta
Ia datang tanpa diduga
Hidup ibarat racun
Hidup juga ibarat madu
Yang indah dikenang
Yang pahit dibuang jauh
Hidup juga mengajar Kita erti sabar
Erti sebuah ketabahan
Erti sebuah kekuatan
Mengharungi liku-liku kehidupan
Cik Tulip Menulis: Nikmati setiap nikmat kehidupan yang dipinjamkan sementara buat Kita...entah esok entah lusa Kita pasti kembali pada Sang Pencipta
Tuesday, 11 March 2014
Sometimes Dreams Do Come True
Cik Tulip Menulis: sangat kreatif....bukan senang nak melukis menggunakan pasir..apatah lagi nak lukis pic orang...setakat lukis orang lidi Cik Tulip expert la...lol
Sunday, 9 March 2014
Pray4MH370: Biar Gambar Berbicara
Friday, 7 March 2014
Ke'jakun'an Si Penerima BB1M versi Cik Tulip
Ok meh kite citer benda lain plak.....setelah sekian lama meninggalkan alam pembelajaran haruslah otak karat tak hengat..ni species kalo sental gune berus periuk pon masih ada saki baki yang tinggal...kena plak belajar semuanya tang ada perkataan "advanced" kat depan...cuaksss..
Baru2 ni ada PC Fair & Book Fair kat uni tempat Cik Tulip belajar...kebetulan pula mendapat emel mengatakan Baucer Buku 1Malaysia dah boleh kami ambil dari opis...(serius jakun kejap bila dapat baucer buku nieh...maklumlah masa dolu2 belajar menatang ni sume takde)...so berdezzup pegi opis & redeeem hak kami...niat di hati nak beli cartridge ink printer Canon....
Dari satu booth ke satu booth Cik Tulip terjah malangnye tak ade satu pon booth yang jual cartridge ink Canon...semua dok jual power bank la, mp3 la...bla...bla..bla....kejadahnye tak jual...baru nak semangat nak guna baucer yang didapati sebentar tadi (merujuk kepada hari semalam punya semalam)....hasilnyer Cik Tulip beli buku motivasi + english novel sebab dah janji pada diri sendiri nak rewardkan diri sebuah buku tapi terbeli 3 plak....ter...ye...ter...
Monday, 9 December 2013
I Walk Alone
Saturday, 7 December 2013
Soal Hati Tak Siapa Yang Tahu
perjalanan hidup tak semudah yang dibayangkanadakalanya terasa kaki seolah-olah berat untuk melangkah
adakalanya terasa seperti hilang arah tujuan
melangkah sendiri dan terus menyendiri
bila ditanya pada hati apa yang diingini?
tiada jawapan yang pasti
hari demi hari mencari jawapan yang tak pasti
selalu berpesan pada diri untuk terus bersabar
bersabar menghadapi ujian mendatang
bersabar dengan kerenah manusia
manusia yang kadang-kadang lupa
lupa akan matlamat hidup mereka
lupa akan sahabat baik mereka
lupa menjaga hati dan perasaan orang lain
mereka lalai dengan rasa cinta
cinta yang dikatakan buta
salahkah cinta sehingga kita labelkannya sebagai buta?
cintailah seseorang berpada-pada
dikhuatiri kelak hati merana
merana dek si cinta hati
cinta hati yang hatinya bukan untuk kita
yang mana hatinya kuat menggengam misi
misi hidup mengejar duniawi
sibuk mencari harta menggunung tinggi
mengejar pangkat, nama dan populariti
hakikatnya tak boleh bawa mati
Cik Tulip Menulis: tak kira time susah atau senang percaya pada Allah yang satu...semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi hari-hari mendatang...
Tuesday, 17 September 2013
Very The Mystic One Lah...
Assalamualaikum.....tak tau nak mula cite dari mana....Cik Tulip sendiri menghadapi masalah berbangkit ini....ceritanya bermula begini....Cik Tulip bukanlah student yang gaya2 excel gitu...so haruslah study gaya2 macam esok adalah final exam....kedudukan meja study adalah sangat strategik iaitu duduk letaknya di sebelah tingkap....hoyeah2....saya 'suka' sangattt hokkey
Boleh dikatakan dah 3 hari berturut-turut tingkap cermin sebelah Cik Tulip ni macam diketuk orang...hagak2 korang la...time korang dok khusyuk buat sesuatu especially study dengan tahap ke'focus'an yang maximum, ape agaknye reaksi korang bila 'bunyi' kuat tersebut 'menyapa' korang beberapa inci jek dari cuping telinga korang???ha...acer komen sikit....
Mula2 assume jek tingkap tu 'tersepit' beberapa ketika...ekeke....tapi bila dah kena lebih dari 3 kali hatiku yang 'berani' ni mula terguris sedikit...hadei....semalam insiden yang sama berulang lagi sekitar area sebelas lebey (malam hokkey....)Cik Tulip tanpa berpikir panjang terus menerpa ke arah rumet yang sedang enak diulit mimpi...terkezut tahap maximum...degup jantung haruslah laju gilos...seluruh badan menggigil..selalu cakap kat rumet alah...bunyi angin jek tu....tapi malam semalam.....ouh gagal mendefinisikan dan mengkategorikan bunyi itu.....
Dah malas cite panjang....(yang sebenornye bulu roma dah berdiri dah ni....pandai jugak yek dia berdiri walopun ketua darjah tak suro bangun)...hakikatnye 'terpaksa' memberanikan diri sebab tahap ketakukan rumet adalah tidak dapat dibendung lagi....alahai....sori rumet...tade niat nak takutkan n perli kamu...i lap u lah....ya Allah,lindungilah hamba2mu ini.....owkey, daa~
Cik Tulip Menulis: korang ada pape ayat yang sesuai diamalkan tak?meh share siket....jasa baik korang hanya Allah saja yang mampu membalasnya....
Sunday, 15 September 2013
Kematian Tragis Dalam Kes Tembak-menembak
Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.
Kejadian tembak-menembak ini meragut nyawa rakan sekolah Cik Tulip sendiri....arwah bukan sahaja rakan malah saudara Cik Tulip sendiri....bapa arwah sangat dikenali di sini dengan nama Adam Daging.orangnya bukan sahaja baik malah peramah..pantang nampak saudara mahupun orang yang dikenali, pasti arwah ringan mulut untuk menyapa
Menurut keluarga suspek ni cemburu orangnya....setelah suspek memukul isterinya,dia kemudiannya menembak isterinya dibahagian perut lalu mengunci isterinya di kediaman mereka di Felda Cempelak.suspek kemudiannya membawa anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun lalu memandu ke rumah bapa mertua suspek...Setibanya di rumah mertuanya,suspek terus mencari ibu mertuanya tetapi dia gagal menemuinya.suspek dikatakan berbual-bual bersama bapa mertuanya yang kebetulan ingin keluar ke surau untuk menunaikan solat maghrib...
Begitulah berakhirnya kisah sedih yang sangat meruntun hati keluarga dan sahabat2 yang mengenali kedua2 mangsa....semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa
Cik Tulip Menulis: tak mampu menahan air mata melihat keadaan keluarga arwah terutama pabila terkenangkan nasib si anak yang berstatus yatim piatu...tiada lagi sapaan dari bapa arwah setiap kali kami berkunjung ke pasar mahupun pasar tani....Ya Allah tabahkan hati keluarga mangsa dalam menghadapi dugaan dari-Mu
Nota Kaki Cik Tulip: sedih bila terbaca dalam FB apabila isu ini dipolitikkan..sebagai seorang sahabat dan saudara terdekat mangsa isu ini tidak perlu dipolitikkan...jagalah hati ahli keluarga yang meratapi pemergian insan tersayang...hormatilah mereka..kita kan saudara seislam
Wednesday, 11 September 2013
Campus Life: Volume 2 - Management Punya Hal Outdated Version Part 1
Berbalik kepada cerita management di hari pendaftaran...kami disuruh mendaftar jam 3.00 petang pada 28 Ogos yang lalu....nak dijadikan cerita, alkisahnya Cik Tulip si anak jati kelahiran Johor ni memang tak pernah menjejakkan kaki pon kat UTM ni....(pengakuan berani lagi tulus dan mulus dari hati ke hati)....so haruslah bergerak seawal mungkin ditemani rakan seperjuangan yang akan sama2 meredah zaman campus baru kami kat UTM nanti...(nanti lah sebab time tu belom pegi lagi walopon tatkala entri ini ditaip Cik Tulip dah menetap kat UTM dah)....
Owkey sambung balik...kami sampai sekitar jam 11 setengah pagi terus ke Kolej sebab menurut kata seorang teman yang belajar di sini kami boleh daftar kolej/asrama dulu tapi kena bayar untuk sewa la...macam tu...ahh..tak kisahlah...janji dah ada tempat menginap...sesampai di pejabat kolej, mereka2 (merujuk kepada staff kolej) menyuruh kami mendaftar dahulu sebagai pelajar dan perlu mendapatkan sekeping slip mengatakan kami layak duduk di kolej baru mereka berani berikan kami sebuah bilik....owh..begitukah? kitorang sempat bertanya jika berlakunya kelewatan semasa proses mendaftar bagaimanakah....jawapan terbaik tahap A+++ dorang bagi berbunyi begini..."korang datanglah esok"...eh sedarkah korang umah kami mengambil masa 2jam setengah untuk sampai ke UTM (dah bagitau da kat dorang)..plus tol minyak bagai dah dekat RM50 sekali jalan....dek kerana malas nak bertekak kami pon teruslah mencari dewan untuk mendaftarkan diri...
Dalam UTM ni banyak jalannya one way sahaja...haaa...nak dijadikan cerita ni lebih magika lagi..Cik Tulip selaku driver pada har tersebut men'drive' dan terus men'drive' tetapi sebarang signboard mahupon papan tanda mengarahkan tempat tujuan gagal ditemui.....kurang lebey 3 kali jugaklah Cik Tulip dok pusing jalan yang sama...last2 ternampak signboard (cinonit jek hokkey) tunjuk PENDAFTARAN POSTGRADUATE...terbaik noks...3 kali pusing dah...nasib ler time tu minyak belum naik lagi...(ye tau memang tak ada kaitan tapi nak mention jugak...)
Owkey sampai sana kitorang park kete...pegi makan...pegi solat gitu gini lebih kurang pukul 2 lebey..tanpa rasa ragu2 lagi kami menapak dan terus menapak ke Dewan Sultan Iskandar...sesampai ke kaunter checklist kat pintu masuk terus buat muka ramah tamah tanya dah boleh mendaftar kah? nak tahu ape dorang cakap..."owh boleh daftar dari pagi sampai petang"....dari pagi tadi dah boleh daftar?? what the....apsal korang tak tulis siap2 sebelum ni kat surat tawaran waktu mendaftar 8.00 pagi hingga 5.00 petang...owkey..takpe2..sabo2....terus masuk dengan kelam kabut sebab plan nak balik umah petang tu jugak...(dalam hati dah mendidih jugak la sebab tadi dah sesat barat bagai)
Masuk dewan sejuk sikit hati dek kesejukan aircondnyer...terus amik nombor....tunggu la sampai nombor dipanggil....kat sini darah mendidih kembali bila pergi kat kaunter bursary hanya 3-4 orang jek yang bertugas...time tu student ramai dah berpusu-pusu masuk almaklumlah katanya daftar jam 3 petang. tepat jam 5 petang barulah kami selesai mendaftar dan terus dapat matrix card on the spot...masalah baru pulak timbul bila pejabat kolej dah tutup...wallaaaa....
Dengan berbekalkan zero knowledge tentang keadaan tempat2 di sekitar UTM kami kembali ke kereta dengan perasaan bingung lagi membingungkan.....dahla takde sedara mara mahupon kenalan sekitar Skudai..pikir punya pikir...google punya google, kami nekad redah jek keluar dari UTM cari hotel untuk menginap....ape jadi seterusnya??..korang nantikanlah sambungannya...penat dah taip...tak study lagi nieh...daaa~
Cik Tulip Menulis: Pengalaman mematangkan kita dan menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya....
Nota Di Kaki Entri: Harapnye kamu2 mentabahkan diri baca kisah ni...rasa macam nak bukukan pon ade jugak kisah menyayat hati ini...ade sesape tak rase2 macam nak beli???



.jpg)






.jpg)









