Showing posts with label Suka Suki. Show all posts
Showing posts with label Suka Suki. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

Big Bad Wolf @ MITC Melaka...Jom Terjah

Assalamualaikum....pada yang suka sangat mengumpul merangkap menjadikan membaca sebagai hobi dalam menjalani rutin seharian, ni ada berita baik untuk korang especially yang tinggal di area sekitar Melaka...Mr. Wolfie buat pertama kalinya turun ke Melaka atau lebih speceficnya di MITC Melaka....untuk "The Big Bad Wolf Book Sale"

Bermula jam sepuluh pagi esok korang sumer dah boleh pergi terjah MITC sehingga la sepuluh malam 13th May bersamaan hari Isnin....Mr. Wolfie dah siap sediakan checklist barang2 yang perlu dibawa nanti...nah korang tengok dulu ape yang patut ada sebelum ke sana

dah cek ape yang perlu?? ok good...

saje jek post pic ni jugak sebab teruja nampak buku Sophie Kinsella...hehehehe

Owkey tu jek Cik Tulip nak share...daa~

Cik Tulip Menulis: keterujaan setelah sekian lama tak pergi BBW book sale...

Tuesday, 1 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum kamu2 sekalian....Setia Hujung Nyawa adalah drama terbaru yang mengisi slot Akasia setiap jam 7.00 hingga 8.00 malam di TV3....cerita ini dibintangi oleh dua pelakon muda Amar Ashraf dan Nelydia Senrose...


Cerita ini adalah antara drama2 terbitan TV3 yang diadaptasi daripada novel terbitan Alaf 21 yang ditulis oleh Fatin Nabila...



Drama ni berkisar tentang Ersalina lakonan Nelydia Senrose yang dipaksa berkahwin dengan Zain Hakimi lakonan Amar Ashraf atas desakan ibunya, Puan Haliza lakonan Raja Ema untuk membantu keluarga Datin Adibah (Zila Bakarin) iaitu ibu kepada Zain demi menutup malu gara-gara tunangan Zain, Sofea yang melarikan diri sewaktu majlis perkahwinan mereka hanya tinggal seminggu lagi...



Pada mulanya mereka enggan disatukan tetapi demi menjaga hati kedua orang tua, mereka redha...pada mulanya Zain dan Ersalina sukar mencapai persefahaman. pelbagai perselisihan timbul antara mereka...tetapi setelah dua bulan hidup bersama cinta mereka mula berputik...belum sempat mereka menikmati kebahagiaan berumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar...konflik mula melanda keluarga mereka...apakah yang akan berlaku seterusnya? Nantikan kesudahan cerita ini....

Cik Tulip Menulis: Nelydia dan Amar nampak serasi melakonkan watak hero dan heroin cerita ini...nampak sweet gittew...

Sunday, 18 November 2012

Suatu Ketika Dahulu...

Assalamualaikum...first of all nak ucap bebanyak terima kasih pada follower2 tegar blog Cik Tulip termasuk lah para silent reader..(ehh..ada ker??)...ha tengok..tajuk kemain lagi kan tak hengat..haruslah...entri kali ni Cik Tulip nak ajak kamu2 kesayangan Cik Tulip mengimbau kembali zaman kanak2 kiter...era 80an hinggalah 90an...ape yang Cik Tulip cube sampaikan adalah........................................................
erm...sebelum tu ada santapan mata yang dah Cik Tulip sediakan untuk korang2 sumer...(sila pastikan mata korang2 melekat di entri ini tanpa menoleh ke kiri, ke kanan , ke depan mahupun jangan pandang belakang...)

my febret...haruslah mengungguli carta hati..ehh..carta pertama di hati. ngee~
(rasa kopok jagung ni dah berbeza dengan dahulunyer di(+) pula dengan saiznye yang semakin mengecil )

haw flakes kegemaran..weee...but now saiznye dah kecik & makin nipis

makan sambil tengok tv...nom..nom..

paling suka wafer apollo susu ni...coklat tak minat sangat

antara gula2 getah terfames di zaman dulu...hehehe

kalo mak pegi kedai mesti mintak mak belikan ni...mainan untuk adik manakala bola biskut bersalut coklat adalah untuk Cik Tulip...(ok fine...dah agak mesti korang tak caya kan... :P )

ni yang last...huhu

Haa...sape tak pena makan sumer tu sila angkat tangan?? jangan malu...jangan segan....sila mengaku...hehehehe....ehh, ada lagi ke Ding Dang, TORA ngan Jo Jo tu lagi yer sekarang???
Owkey, tu jek Cik Tulip nak share...daa~

Cik Tulip Menulis: mengimbau kenangan zaman kanak2....thanks a lot pada my best fren yang membawa ingatan Cik Tulip kembali ke zaman kanak2 dahulu kala...

Sunday, 20 May 2012

Kartun Febret Satu Ketika Dahulu

Assalamualaikum...korang sehat tak? sorry yer da beberapa hari tak hapdate blog gara2 penyakit ulser yang menyerang...huargghhh...saket woo....ok arini Cik Tulip nak share kat korang antara kartun2 febret Cik Tulip di zaman 1980-1990an dolu2....

The Flintstone

Scooby-Doo

Gummy Bear

Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT)

Thundercats

The Duck Tales

Voltron

Popeye The Sailorman

Robotech

The Chipmunks

Power Rangers

Ultraman

Cik Tulip Menulis: kartun zaman dulu2 macam lagi best dari kartun zaman sekarang....

Friday, 20 April 2012

Menunggu Sesuatu yang Tak Pasti

ujan oh ujan...bila la kamu nak turun nie....

mana la laki aku pegi ni...da seminggu tak balik2

da sejam doploh dua minit aku tunggu heli abang pilot aku...kata nak landing sinie....

bang, sampai bilo den nak pose cenggini?..kaki den dah longuh, tengkuk den pon dah saket ni...ajo lah

berapa lama lagi la aku nak tunggu kapal titanic datang jemput aku kat sini ni....

dah 5 jam aku tunggu...satu kelibat bas ngan teksi pon aku tak nampak....

bila la gegurl aku ni nak balas message....


Cik Tulip Menulis: menunggu sesuatu yang belum pasti ibarat menunggu bulan jatuh ke riba....

Friday, 17 February 2012

Intai-intai Sane Sini

Assalamualaikum...salam Jumaat buat sumer reader. arini Cik Tulip tataw nak share pasal ape. tapi tangan ni nak jugak menaip sesuatu. di kala ini Cik Tulip masih lagi ter'intai2'...eh...eh...bukan intai anak teruna orang yer...tapi mengintai peluang pekerjaan. kira side income lah.
 
Cik Tulip ni minat gak meniaga ni tapi tak minat meniaga barang2 yang kena pergi dari satu rumah ke rumah yang lain mahupon dari 1 premis perniagaan ke premis2 yang seterusnye. serious tak reti nak menambahkan ketebalan inci muka yang dah sedia tebal sejak azali lagi. apepon Cik Tulip respek2 mereka2 yang berbuat demikian kerana anda memang punya keyakinan diri yang tinggi.

Owkey berbalik kepada citer side income tadi. agak2 kalo Cik Tulip menceburi bidang perniagaan secara online jual baju2 macam dress @ t-shirt @ cardigan dan yang sama seangkatan dengan mereka dan keluarga mereka owkey tak ek? erm.....belom cuba belom tahu kan.....tu jek Cik Tulip nak share. daa~










Cik Tulip Menulis: berusaha mencari rezeki yang halal di bumi Allah yang luas

Thursday, 16 February 2012

Cute Cards

Assalamualaikum...tetibe arini Cik Tulip didatangi mood baik hati. so Cik Tulip nak post entri gambar2 hand-made cards yang direka khas dengan pelbagai bentuk. sangat unik....cute...dan yang penting mereka2 ni sumer memang creative. tak caye?? jom tengok....

Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: cari idea nak design hand-made card untuk someone...

Wednesday, 18 January 2012

Mesti Tengok

Assalamualaikum....bersempena Chinese New Year yang jatuh pada hari Isnin, 23 January 2012 ni, TV3 ade menyiarkan cite2 best yang mana Cik Tulip tak nak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan2 best yang bakal disajikan nanti (macam sajian makanan plak)

Antaranya ialah citer IP Man 2 yang akan bersiaran pada 22-01-2012 jam 10.00 malam. Cik Tulip tawu cite ni dah lama dah. tapi tetap nak tengok lagi jugak...ahh tak kira...nak tengok jugak. IP Man 2 ni diterajui 2 pelakon martial arts yang hebat iaitu Donnie Yen dan Sammo Hung.

Selain cite IP Man 2 ni, cite Storm Warriors plak akan ditayangkan kat TV3 jam 10.00 malam hari berikutnya 23-01-2012. cite ni pon dah lama jugak. tapi lom lapok dek zaman lagi. lakonan dua hero yang Cik Tulip suke iaitu Ekin Cheng dan Aaron Kwok. dulu mase zaman persekolahan femes ngan cite Storm Rider the series. setiap hari mesti tak pernah missed tengok cite tu. ulang banyak kali pon tak pernah jemu...sekali-sekala giler kuase conquer tv ape salahnye kan. hahaha...


Owkey tu jek yang Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: agak2 kalo request kat tv3 tayang semula Storm Riders the series tu akan mendapat sambutan hangat tak ek...

Tuesday, 17 January 2012

Ariana Mikhail

Assalamualaikum....Ariana Mikhail adalah drama terbaru yang mengisi slot Ratu di TV9 setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Ariana Mikhail dibintangi oleh pelakon2 yang best2 termasuklah heroin yang kiut+sweet orangya, Nora Danish dan hero nye plak adalah jejaka kacak Syed Hussein. drama ni turut dibintangi oleh Riezman Khuzaimi (lama dah rasenye dia ni tak berlakon), Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi la.  KLIK SINI untuk sinopsis cite Ariana Mikhail ihsan dari TV9

Cik Tulip suke tengok muka Nora Danish ni. sweet sangat...kan?? drama ni 15 episode jek. drama ni berlatar belakangkan negara yang terkenal dengan jolokan 'kota fesyen' terkemuka di dunia iaitu Paris. ha tengok kat pic kat atas ni pon da nampak Eiffel Tower tu. citer ni diarahkan oleh Syirin Hj. Khuzaimi iaitu kakak kepada salah seorang barisan pelakon citer Ariana Mikhail iaitu Riezman Khuzaimi. so jangan lupa saksikan citer Ariana Mikhail ni di slot Ratu TV9 yer. owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: nampak sweet jek Nora ngan Sein ni berlakon...hehe.

Wednesday, 28 December 2011

Tentang Dhia Bakal Berakhir Esok


Assalamualaikum...drama Tentang Dhia yang mengisi slot akasia bakal menamatkan jalan ceritanya esok hari. ouh kejap jek rasenye cite ni ditayangkan tetibe jek da sampai ke penghujungnye. tak sabar Cik Tulip nak tunggu esok. nak tawu ape ending cerita ni. adakah hubungan antara Dhia dan Zikir kembali pulih seperti dahulu? bagaimana keadaan Dhia setelah menjalani rawatan di hospital? ape pula reaksi Zikir andainya Dhia menceritakan tentang penyakit yang dihidapinya? ape yang akan berlaku kepada ibu mertua Dhia yang kejam tuh (ouh serious watak jahat ibu Zikir ni menjadi) watak dia betul2 buat semua penonton rasa marah sangat dengan tindakan dia yang mengamalkan ilmu hitam semata2 ingin menghancurkan perkahwinan anaknya sendiri (eh ke Cik Tulip jek yang emo lebey nie?huhu) apepun kita nantikan episod akhir drama Tentang Dhia esok jam 7.00 malam kat slot Akasia tentunya di TV3 (kemain lagi promote).

Owkey tu jek Cik Tulip nak share.daa~

Cik Tulip Menulis: selalu tersyasyul sebut Kerna Dhia..hehe...maybe lebih seswai kot

Tuesday, 20 December 2011

Merlin vs The Cave of The Golden Rose

Assalamualaikum....sape suke tengok cite Merlin?? ha mesti ramai yang suke kan. Cik Tulip antara ribuan peminat cite Merlin ni. Merlin sekarang da masuk Season 4. untuk this season, kejahatan Lady Morgana tak dapat di sangkal lagi. kejam3...Season 4 ni Prince Arthur dah di tabalkan menjadi raja setelah kemangkatan ayahanda beliau, Uther. bermulalah episode baru penduduk2 Camelot di bawah pemerintahan Prince Arthur ni. Last Sunday adalah episode pertama Merlin Season 4 yang di tayangkan kat TV3.

ha sape plak suke tengok cite The Cave of The Golden Rose?? hah ade yang tak pena dengar @ tengok cite ni??cite ni famos-amos di zaman 90-an dolu2. cite dia tak banyak beza ngan Merlin sebab dua2 cite ni berdasarkan kuasa magic di kalangan raja2 zaman dolu2. ni pon cite febret Cik Tulip tau. teringat mase memula cite ni di tayangkan kat TV2. mase tu Cik Tulip masih di sekolah menengah lagi. cite ni di tayangkan pukul seploh malam. so Cik Tulip bersama-sama dengan sepupu Cik Tulip curi2 tengok cite ni. hehehe...kang kalo kedapatan = kantoi ngan atok kang ha tak memasal dia buka kitab doploh-dua muka surat panjang berjela..hikhik

Dedua cite ni sekarang di siarkan pada hari Ahad jam seploh malam. dua2 cite pon best. tayang pada waktu dan ketika yang sama plak tu. Merlin kat TV3, The Cave of The Golden Rose plak kat TV9. ouh tetibe konflik dalam diri...haha. at last Cik Tulip buat keputusan untuk tengok cite Merlin kat TV3 sebab The Cave of The Golden Rose da pena tengok so kengkononnye tak la ralat sangat...aiseh.... almaklumla umah Cik Tulip takde astro . ok tu jek Cik Tulip nak share.daa~

Cik Tulip Menulis: pelik bin ajaib nape stesen tv suke tayangkan cite best2 setiap ari Ahad jam seploh ke atas. kenape ekk?

Thursday, 8 December 2011

Home Sweet Home

Assalamualaikum....hujung2 taun ni cuaca sejuk & dingin jek kan...terasa cam berada d Korea plak...ahaks....macam la pena pegi pon...mode:verangan berada di Korea berjumpa penyanyi2 kpop yang hensem2 & pelakon2 yang kiut+macho=sangat gojes...

Eh ni da lari dari topik perbincangan da ni. Cik Tulip ni peminat cite2 Korea 'n' penyanyi2 kpop jugak..ha sungguh tak d sangka kan. tapi cam da lama jek tak layan cite Korea ni. last cite Korea yang Cik Tulip tengok adalah Secret Garden

Cite ni unik siket bagi Cik Tulip. walopon unik tapi masih seiring dengan konsep cite Korea yang cintan-cintun tuh. Ape yang membuatkan Cik Tulip suke cite ni antaranye termasuklah design2 umah dorang...pergh memang santek sangat...sape yang pena tengok cite Full House?ala yang femes d amor tu. mesti ramai yang mengatakan umah tu santek kan? ha design umah dalam cite Secret Garden ni pon tak kurang hebatnye. jom cuci2 mate tengok umah si dua pelakon kacak Secret Garden ni...
Pandangan dari luar umah hero cite Secret Garden ni (Cik Tulip sebenarnye da lupe nama hero tu...haha) tengok umah ni tetibe teringat zaman skola dulu time cikgu soh lukis gambo umah.ha gini le patternnye kan kowang sume lukis? ha jom tengok dalam umah dia plak.....tadaaa

cantik tak? Cik Tulip suke part kat mana bilik dia terletak.ha....ce teka mana bilik dia....ha..kt atas sini
okey malas taip bebanyak. kite skodeng umah dowang jom....




memang bahgie tak terkata la kalo dapat umah cenggini. jadi surirumah tangga la Cik Tulip...hakhak...korean ni sume agaknye memang creative kot sebab leh design umah2 yang gojes+superb cenggini. hope pasni Malaysian pon leh jadi cam dowang. punya arkitek+engineer+designer yang hebat2. ok daa~

Cik Tulip Menulis : ni la antara sebab laen kenape Cik Tulip suke tengok cite Korea. bukan sebab hero+heroin encem+kiut+gojes jek ea