Showing posts with label Destinasi. Show all posts
Showing posts with label Destinasi. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

Unsung Places Di TV3

Assalamualaikum....hah arini Cik Tulip secara tak sengaja (eceh ayat) tertengok TV3...time tu citer Unsung Places sedang ditayangkan..(jangan tanya Cik Tulip ape tu unsung sebab Cik Tulip pon tak tawu...hehe)..episode kali ni cik kak pengacara tu melawat negara matahari terbit iaitu Jepun..destinasi pilihan adalah pasar tertua di Takayama (eh rasenyer dah betol da nama tempat tu Cik Tulip sebut)


Dalam episode tadi cik kak pengacara melawat beberapa tempat yang terkenal dengan produk kraftangannya...memang cantik2...selain tu si pengacara juga berpeluang merasa pengalaman membuat sendiri mee apetah tadi namanya...serious lupe...haha..hape pon tak boleh...Cik Tulip cukup kagum dengan negara Jepun...dari bab teknologi, makanan dan juga cara mereka menjaga kesihatan terutama kecantikan kulit mereka....nah Cik Tulip sajikan mata korang dengan gambar2 menarik antara 10 tempat menarik yang dikenali sebagai "unsung" places

Note: "unsung" places are the places that get overlooked because of accesibility or sometimes just more popular among neighbours atau diterjemahkan sebagai tempat2 yang jarang diketahui oleh para pelancong yang hanya popular di kalangan masyarakat setempat  

Takayama, Japan

Utrecht, Netherlands

Gujarat, India

Aberdeen, Scotland

Owkey, tu jek yang Cik Tulip nak share...daa~

Cik Tulip Menulis: teringin nak melancong ke Jepun dan Korea...alasan nak ke Jepun sebab nak tengok budaya hidup mereka di samping teknologi2 canggih ciptaan mereka & nak ke Korea sebab nak tengok binaan2 rumah mereka yang buat Cik Tulip impressed..

Monday, 13 February 2012

i-City the Eye's Catching City


Assalamualaikum....dah bersawang da blog ni rasenye. punyala lama tak jenguk sini. insyaAllah start arini kembali active menghapdate blog Cik Tulip ni. last weekend adalah weekend yang sibuk. sabtu aritu turun Shah Alam gara2 mencari bilik2 kosong yang bakal didiami awal bulan depan. InsyaAllah....macam2 ragam manusia Cik Tulip jumpa. housemat owkey, condition bilik plak tak seswai...ouh cerewet sungguh saya nieh. almaklumlah apabila kita dah bekerja ni rasenye tak seswai da nak share bilik...ye dak?..cam takde privasi plak kan...

Cari punya cari hingga ke Maghrib...di kala itu terasa dah mula give up. tapi ade 1 lagi umah yang belom dijenguk..so pegi hiburkan hati kat i-City. serious punya la lama belajar kat sane dolu tapi tak pernah jejakkan kaki ke i-City walopon sekali...hadeiii....padahal i-City tu sekangkang kera jek dari UiTM. huhu...

Erm setakat cuci2 mata tengok lampu2 bergemilauan jek boleh la...cam takde pape yang menarik sangat pon bagi Cik Tulip kat sana since Cik Tulip ni lebih suka tengok keindahan alam sekitar yang menghijau dan laut yang biru (erk biru la sangat kan laut nye). pada yang suke tengok lampu pelbagai warna dan bentuk boleh la berkunjung ke sana especially family yang punya anak2 kecil. surely dorang seronok bila dibawa ke sini. terhibur seketika tengok gelagat2 si cilik ni. apepon pujian diberikan pada empunya idea yang mewujudkan i-City ni. nah ni ade beberapa pic buat cuci2 mata korang2 sumer. Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

  
Cik Tulip Menulis: alhamdulillah berkat kesabaran cari bilik hingga ke malam membuahkan hasil. thanks to Aunty Nora yang sangat baik hati bagi saya sewa kat sane.

Friday, 20 January 2012

Pulau Sibu

Assalamualaikum...entri pilihan untuk destinasi kali ini ialah Pulau Sibu, Mersing, Johor (mesti ramai yang ingat Pulau Sibu ni kat Sarawak kan) ekceli Cik Tulip pegi Pulau Sibu mase family day 2010 dengan sumer rakan2 sekerja-se'opis'-sekepala dan yang sama waktu dengannyer. fully sponsored by big boss (i loike). hehe...tengkiu bos.

Pulau Sibu ni memang cantik. kitorang ke pulau ni melalui Jeti Tanjung Leman. ape yang best kat pulau ni?? sume pon best bagi Cik Tulip. sesampai jek ke Sibu Island Resort ni korang akan disambut dengan welcome song yang sedap didengar dek telinga. rooms dorang pon selesa. erm yang best ade macam2 aktiviti yang korang2 sumer boleh join. Cik Tulip join archery, flying fox & snorkeling (hakikatnye saya tak pandai berenang so join kanak2 mandi di kawasan berkedalaman paras pinggang jek...ahaks) selain tu ada macam2 lagi aktiviti la. pihak resort ade sediakan schedule untuk setiap aktiviti mereka.

Makanan dia plak memang best la kan. haruslah makan seafood. kalo dah pegi pulau setakat nak makan nasi lauk ayam jek baik tak payah kan. huhu...makanan dihidangkan secara buffet so melantak lah selagi korang2 rase mampu disumbat ke dalam ruangan perut. dari appetizer sampai lah main course sume nye sedap.

Pulau Sibu sangat sesuai untuk holiday bersama family, kawan2 mahupon destinasi honeymoon. pulau tu sangat bersih plus korang akan rase macam environment friendly sebab kat sane haiwan seperti rusa dan burung merak dilepaskan tanpa dikurung di dalam sangkar pon. macam berada di safari pon yer jugak...hehe. apepon jom tengok pic2 kat Pulau Sibu yang cantik ni dulu...layans
 jeti Tanjung Leman
 gotcha....
 aktiviti berkayak juga korang2 sumer boleh try kat sini 
 cantik kan...
 aktiviti snorkeling....
 suke pic ni...tenang dan mendamaikan
 saya bangga jadi anak Johor :)
 ni time dinner kat sebelah pool
 peacock ni pon nak tumpang sekaki join kitorang makan2
 
ape tengok2??...

gambar ihsan dari incik yahoo & koleksi peribadi

Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: antara kenangan termanis sepanjang bergelar sebahagian daripada warga kerja syarikat 

Wednesday, 11 January 2012

Dubai Yang Ohsem

Assalamualaikum....petang2 cenggini mata pon mulalah mengantuk. ditambah pula dengan cuaca mendung kelabu kat luar sane tu. sesuai sangat la dengan mood t.i.d.u.r....ouh ape kate kite segarkan mata yang mengantuk ni dengan gambar2 menarik yang didatangkan khas dari Dubai...hehe...(mode:verangan)
01

02
03


04

05
06

07

08

09


10

Amacam?cantik kan?bangunan2 kat atas ni ada yang dah siap dibina, ada yang dalam pembinaan dan ada jugak yang bakal dibina. owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: pernah jejakkan kaki ke Dubai sekali jek mase tahun 2002. sekali jejakkan kaki ke sini pasti nak datang lagi