Showing posts with label Jemari Menaip. Show all posts
Showing posts with label Jemari Menaip. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

Kala Hujan Turun

Assalamualaikum pembaca blog kesayanganku.....sehat ke idok?...harap2nyer kalian sehat2 belaka....hah...tengok tajuk entri dah macam title scary movie ye dok? tapi bukan cite seram yang Cik Tulip nak sampaikan tapi mengenai hobi pelik Cik Tulip....(eh pelik ke? ade haku kesah)....meh baca lagi....korang baca korang nilaikanlah sendiri okies?

 
 
Haa....biar gambar di atas berbicara....eh...eh....biar Cik Tulip menyampaikan bicara merujuk kepada gambor di atas....Cik Tulip sangat la suka bau hujan...maksudnya bila first sekali tatkala titisan-titisan hujan gugur membasahi bumi yang kering kontang...perghhh....ala2 puitis gittew ayat kan....haa....bau ujan tu bagi Cik Tulip sangat fresh dan mendamaikan....hah apee? korang tak nampak titisan hujan dalam gambor kat atas? ce kelik ada pic untuk kadar pembesaran gambar yang hakiki...ce kelik sekarang...dah? tak nampak jugak?? there must be something wrong with your eyes....bahaye2....
 
 
Berbalik kepada cite tadi....pelikkah hobiku itu??....lagi satu Cik Tulip jugak suke bau fresh bila orang potong rumput tu...haa...bukan menebas rumput taw...potong rumput gaye bersungguh-sungguh macam abang2 yang kije potong rumput tepi jalan kat highway secara berjemaah tu...haa....bau rumput tu pon best....hahahaha.....pelik ke tak pelik hobi haku nieh korang nilaikanlah sendirik key...daa~
 
Nota Kaki Tanpa Bau: mahap ler gambor tak secantik mane...kite gune camera dsl2cam jek....
 
Cik Tulip Menulis: terasa seperti alien plak bila punya hobi pelik2 yang amat ni....welcome to the alienated world of Cik Tulip......kui...kui..kui



Monday, 14 April 2014

Pengalaman Semalam di "Rumah Sakit"

Assalamualaikum kamu2 sekalian....sehatkah?....Cik Tulip baru sahaja dalam process menyihatkan badan almaklumla baru beberapa hari keluar dari hospital....sape kat sini suke duduk sepital ce angkat jari skit? Cik Tulip nak buat survey tak bergaji....lai...lai...lai...



Cik Tulip si insan terpilih ni telah dipaksa doctor bermalam di dalam wad....pengalaman bermalam semalam di wad memang takde langsung dalam pemikiran Cik Tulip... honestly, duduk sepital bakal membuatkan pesakit bertambah sakit mana taknya tide adalah sangat terganggu dek suara misi yang dok pok pek pok pek tak sesudah.....makanya hanya mampu tido nyenyak sejam sahaja...ye sejam sahaja... seronok sangat kan....kan....sudahnye balik jek umah terus qada' tido tak hengat......Malas cite banyak...sesi qada' tido tak abes lagi....kbai.....daa~

Cik Tulip Menulis: semoga Allah ampunkan segala dosa-dosaku.....

Sunday, 9 March 2014

Pray4MH370: Biar Gambar Berbicara

Terlalu banyak spekulasi yang akhirnya membuatkan hati keluarga penumpang2 yang terlibat meruntun kesedihan

Waiting for all of you to come back

Teary eyes....

The unity of 1Malaysia

Aminnn...Ya Rabb...

Cik Tulip Menulis: Hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa semoga dipermudahkan urusan pencarian MH370 serta penumpang dan anak kapalnya...In syaaa Allah

Sunday, 15 September 2013

Kematian Tragis Dalam Kes Tembak-menembak

Assalamualaikum wahai pembaca2 entri blog Cik Tulip....harini Cik Tulip nak share berita sedih yang berlaku semalam....ni Cik Tulip sertakan sedikit petikan berita yang dilaporkan...

LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang. 
Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang. 

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.
Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.


Kejadian tembak-menembak ini meragut nyawa rakan sekolah Cik Tulip sendiri....arwah bukan sahaja rakan malah saudara Cik Tulip sendiri....bapa arwah sangat dikenali di sini dengan nama Adam Daging.orangnya bukan sahaja baik malah peramah..pantang nampak saudara mahupun orang yang dikenali, pasti arwah ringan mulut untuk menyapa

Menurut keluarga suspek ni cemburu orangnya....setelah suspek memukul isterinya,dia kemudiannya menembak isterinya dibahagian perut lalu mengunci isterinya di kediaman mereka di Felda Cempelak.suspek kemudiannya membawa anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun lalu memandu ke rumah bapa mertua suspek...Setibanya di rumah mertuanya,suspek terus mencari ibu mertuanya tetapi dia gagal menemuinya.suspek dikatakan berbual-bual bersama bapa mertuanya yang kebetulan ingin keluar ke surau untuk menunaikan solat maghrib...


Menurut jiran mereka terdengar bunyi letupan yang sebenarnya tembakan yang dilepaskan oleh suspek...suspek menembak kepala bapa mertuanya sebelum menembak dirinya di bahagian kepala juga...suspek meninggal di tempat kejadian.....Bapa mertua mangsa yang masih bernyawa ketika itu dikejarkan ke hospital....Malangnya Allah lebih sayangkan arwah.apabila ditanya kepada anak mangsa dimanakah ibunya...anak mangsa yang berusia tiga tahun hanya menjawab...ibu...beng2....Polis terus ke rumah mangsa dan menjumpai mayat mangsa di belakang pintu rumahnya.....

Begitulah berakhirnya kisah sedih yang sangat meruntun hati keluarga dan sahabat2 yang mengenali kedua2 mangsa....semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa

Cik Tulip Menulis: tak mampu menahan air mata melihat keadaan keluarga arwah terutama pabila terkenangkan nasib si anak yang berstatus yatim piatu...tiada lagi sapaan dari bapa arwah setiap kali kami berkunjung ke pasar mahupun pasar tani....Ya Allah tabahkan hati keluarga mangsa dalam menghadapi dugaan dari-Mu

Nota Kaki Cik Tulip: sedih bila terbaca dalam FB apabila isu ini dipolitikkan..sebagai seorang sahabat dan saudara terdekat mangsa isu ini tidak perlu dipolitikkan...jagalah hati ahli keluarga yang meratapi pemergian insan tersayang...hormatilah mereka..kita kan saudara seislam

Saturday, 8 June 2013

Apabila Status Berubah

Assalamualaikum...salam sayang buat pembaca blog Cik Tulip....pertama sekali Cik Tulip nak ucapkan syukur di atas nikmat pemberian Allah yang tak ternilai ini...sungguh setiap dugaan yang diberi pasti ada ganjaran disebaliknya...apa yang diperlukan hanya perlu bersabar..dan terus bersabar

Last week on 31st May result psikometrik test MARA keluar...dan seperti biasa he's the one yang akan check dulu my result....hasilnya.....result nya adalah seperti berikut...

" Tahniah! Anda telah berjaya ditawarkan bantuan pinjaman pelajaran MARA bersyarat bagi Program Pasca Siswazah Luar Negara 2013. Maklumat pengajian anda sedang dikemaskini. Sila layari sistem ini pada 7 Jun 2013 untuk semakan surat tawaran dan dokumen berkaitan "

Agak2 nya mesti kalian semua dah boleh agak apa perasaan Cik Tulip kan...gumbira tak terkata....bersyukur dengan nikmat pemberian dari-Nya.....tup...tup semalam check semula web MARA dengan niat nak kemaskini tiba-tiba status berubah kepada.....

" Harap Maaf. Permohonan anda tidak dapat dipertimbangkan...."

tak memasal mamat ni menjadi mangsa keadaan...

APAKAH????? muke haruslah frustrated giler since 5 minutes before check email ada new email dari pihak universiti...Alhamdulillah dapat conditional offer from Newcastle Uni...tapiiiiii....

Ape yang bermain di fikiran sape plak nak tanggung aku belajar kat sana nanti kalo pinjaman MARA tak lulus? perlukah aku tolak mentah2 tawaran tu? rupa2 nya bukan Cik Tulip seorang jek yang hadapi masalah tu..ramai lagi senasib dengan Cik Tulip ..so...Monday morning haruslah call pihak MARA bertanyakan perihal tersebut kan.....ouhh....owkey tu jek Cik Tulip nak share buat masa ni...nanti Cik Tulip update lagi...doakan yang terbaik untuk Cik Tulip yer...daa~

Cik Tulip Menulis: tak mampu diolah dengan kata2 apa perasaan yang bermain di fikiran kala ini...

Thursday, 2 May 2013

Kisah Seorang Psikopat yang Berakhir Di Sini

Assalamualaikum sekalian umat manusia yang menghuni alam ini.....sehat kah? ape nak taip nieh??? itulah ayat yang selalu terngiang-ngiang di sebalik telinga kecil ini....menaip tanpa arah tuju dan haluan memang cenggini la rupe parasnya....di harapkan anda membaca dengan penuh sabar dan tabah setiap patah kata yang cuba disampaikan oleh penulis bernama Cik Tulip ini.....sudah...sudah...

Tajuk tak tentu hala idea yang nak disampaikan pon tak tentu hala lah nampak gayanya....meh sini duduk dendiam dengar ape Cik Tulip nak citer....alkisah Cik Tulip ke MJII (merujuk kepada MARA Japan Industrial Institute) Isnin lalu untuk mengambil psikometrik test....dengan berbekalkan ZERO...yer kosong ilmu tentang lokasi kejadian (duduk Bangi dekat 2 tahun tapi sumpah tak pernah sampai Beranang) Cik Tulip minta bantuan seorang hamba Allah ni...alhamdulillah dengan bantuannya Cik Tulip berjaya sampai dengan selamatnya ke destinasi tujuan...

Manusia paling kalut lagi mengarut di situ tak lain tak bukan sayalah (menuding jari ke muka sendiri) dengan form yang tak complete dan idea tak seberapa tentang soalan yang bakal ditanya...tup...tup sampai tengok dah ramai manusia berbaris menghantar form mereka....tetiba timbul persoalan...layakkah aku di sini??? aahhhh lupakan persoalan itu

Setelah diberi keizinan masuk ke dewan, manusia di luar mula berpusu-pusu masuk saling tak tumpah macam kambing masuk kandang...masuk dewan exam dengan perasaan nebes tak hengat....masing2 sibuk mencari tempat duduk sesuai....semestinya dan seharusnyalah sebelah-menyebelah dengan rakan kan...Cik Tulip si "lone ranger" yang dah memang terbiasa ini hanya mengikut langkah kaki membawa hala tujunya...dah jumpa kerusi yang dihajati terus duduk tanpa menoleh ke belakang.....baca doa dan terus duduk dendiam dengar arahan pemeriksa.........

"Anda boleh mula menjawab sekarang"....tanpa berlengah lagi terus mula menjawab dengan membuka buku soalan muka pertama....tergamam seketika...erk....enterprenuership?? eh salah eja daa... entrepreneurship?? last tengok perkataan ni adalah 5 tahun yang lepas (setelah ditambah ditolak dihitung dan dikira mengikut formula Cik Tulip).....ape lagi jawab mengikut logik akal....maaf saya ni budak sains bila kena cite bab bisnes dan ekonomi otak terus jem dari berfikir..bak kata omputeh bumper-to-bumper....sejam kemudian hantar kertas jawapan dan kertas soalan....bertawakal kepada Allah semoga dimurahkan rezeki...keluar dewan dalam keadaan blur 7 saat terus meluru ke kereta dan berdezzzzuuppp pulang untuk menghadap muka anak murid yang bakal menjawab mid-year examnya....alkisah psikometrik test si bintang psikopat = Cik Tulip yang begitu psiko tamat di situ....

Cik Tulip Menulis: jauh di sudut hati mengharapkan sesuatu...sesuatu yang belum pasti dimiliki...

Monday, 31 December 2012

2012...Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum.....di harapkan kamu sumer sehat walafiat...pejam celik, pejam celik tahun 2012 bakal meninggalkan beberapa jam lagi saat entri ini ditulis...pasti banyak kenangan pahit dan manis yang kalian sumer dah tempuh sepanjang tahun ini kan??

Bagi Cik Tulip tahun 2012 adalah tahun yang banyak duka dari suka....tak semua yang rancang menjadi kenyataan....walaupun setiap perkara itu datang tanpa diundang, hati tetap redha dengan setiap perkara yang berlaku...tapi itu semua adalah cabaran dalam kehidupan....cabaran mematangkan setiap individu....tutup buku lama...buka buku baru

Semoga dengan kedatangan tahun 2013 ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya...azam Cik Tulip?? erm...Cik Tulip dalam proses nak buka sebuah pusat tuisyen...in shaa Allah akan diuruskan sendiri oleh Cik Tulip ..doakan semoga Allah permudahkan urusan Cik Tulip yer...

Tak pernah lupa ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat rakan2 blogger semua...kata2 semangat dari kalian buat Cik Tulip sentiasa tersenyum dan terus tabah menghadapi setiap ujian dari-Nya...doa Cik Tulip  semoga kalian terus success dalam mencapai setiap azam dan impian yang kalian inginkan...semoga Allah permudahkan urusan kita...in shaaa Allah...salam sayang dari Cik Tulip...


Cik Tulip Menulis: bersyukur dengan nikmat pemberian Allah...

Wednesday, 21 November 2012

Dia Bukan Milikku



Mencintai seseorang adalah hak kita
Namun untuk memiliki seseorang yang kita cintai
Tanpa ikatan sah lagi halal itu bukanlah hak kita
Lepaskanlah dia pergi

Jangan sesekali kita takut untuk melepaskan 
Sesuatu yang belum menjadi milik kita
Seandainya Allah menjadikan dia untuk kita
Dia pasti akan jadi milik kita jua akhirnya

Seandainya dia tercipta bukan untuk kita
Janganlah bersedih
Allah pasti akan menggantikan dia
Dengan seseorang yang jauh lebih baik

Jangan pernah takut 
Kehilangan sesuatu yang bukan milik kita


Cik Tulip Menulis: kuatkan semangat menempuhi dugaan dari-Nya...walaupon luaran nampak owkey, tetapi hati di dalam hanya Allah saja yang tahu..kuatlah kamu wahai hati

Thursday, 15 November 2012

Perjalanan Hidup


Dalam kita mengharungi sebuah kehidupan
Kita tidak pernah lari dari melalui pelabagai jalanan
Adakalanya jalan itu kelihatan lurus dan mudah dilalui
Ada ketikanya jalan yang dilalui penuh berliku-liku


Kaki akan terus menapak
Langkah demi langkah
Sehinggalah sampai di sebuah persimpangan
Tatkala itu kebuntuan melanda diri
Jalan manakah yang perlu ku ikuti?


Adakalanya kita tertanya-tanya pada diri sendiri
Kenapakah diri ini sering ditimpa kesusahan?
Kenapakah kita sentiasa diuji?


Teruskanlah langkahmu 
Walau sejerih manapun dugaan yang menanti
Kelak pasti ada sesuatu 
Yang menantimu di penghujungnya


Bergembiralah dan bersyukurlah wahai teman kerana
Syurga itu memang tersedia
Untuk mereka yang susah dan
Berjaya melepasi setiap ujian dari-Nya


Kerana Dia Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk hambanya

Cik Tulip Menulis: sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan...insyaAllah

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum....alhamdulillah bersyukur kita masih lagi diberi peluang untuk menjadi khalifah di Bumi Allah ini...dengan bermulanya tahun baru Hijrah ini maka genaplah setahun usia blog ini...alhamdulillah...semoga kalian semua diberkati Allah selalu..amin...
owkey tu jek Cik Tulip nak share...daa~


Cik Tulip Menulis: mari membina azam baru...

Monday, 23 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum....hopefully Cik Tulip belum terlambat lagi untuk ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak buat rakan2 blogger yang selalu datang support blog Cik Tulip yang tak seberapa nieh....

Bersempena bulan baik ni, Cik Tulip nak menyusun 10 jari memohon ampun & maaf andai ada terkasar bahasa, terguris hati dengan kata2 mahupun tingkah laku Cik Tulip yer. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. selamat menjalani ibadah puasa dan solat sunat terawih. mudah-mudahan amalan dan doa2 kalian diberkati Allah....insyaAllah...


Cik Tulip Menulis: first time sambut besday di bulan penuh berkat ni...semoga dirahmati Allah selalu...amin

Sunday, 11 March 2012

Pelangi Selepas Hujan

Assalamualaikum pembaca2 blog Cik Tulip. arini Cik Tulip nak share 1 artikel dari I Luv Islam. jom sama2 kite bace

Tukar persepsi. Ujian = Rebah. Tetapi selepas itu? Ujian = Bangkit kembali. Pandang hadapan. Teruskan.

Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?
Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?
Jadi, jangan putus asa.
Jangan pernah putus asa.
Rahmat Allah sentiasa ada insha Allah.
Insha Allah.
Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. Dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa.

Sumber: Artikel iluvislam.com

Cik Tulip Menulis: setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....

Tuesday, 7 February 2012

Back To Basic

Assalamualaikum....lama sungguh tak buka blog sendirik. kebizian yang melampau2 ditambah pula dengan urusan pindah randah yang bakal berlangsung hujung bulan ni. ouh terasa sedey la plak bila memikirkan bangi yang bakal ditinggalkan. walopon baru dua tahun kat sini tapi terasa seperti dah bertahun2 lamanya menetap di bangi.

Ape kaitan tajuk entri dengan cite ni?huhu...start next month Cik Tulip akan migrate ke Shah Alam pulak. bumi Shah Alam yang lama ditinggalkan. tempat baru, persekitaran baru, rumah baru, housemate baru, kije baru, task baru...kembali memerah otak dengan istilah2 dan segala species instruments. bau2 chemical kat lab dan segala teori2 yang telah lama ditinggalkan. so starting from today kenalah reprogramme semula maklumat yang disimpan di dalam kotak fikiran. back to basic.

Semoga Allah permudahkan segalanya...insyaAllah.

Cik Tulip Menulis: mengimbau kenangan masa mula2 masuk kerja dulu...

Thursday, 26 January 2012

Rajuk Si Hati


terkadang dirasakan sukar untuk memuaskan hati setiap insan. 
tatkala masalah kian buruk, berdiam diri dirasakan adalah jalan yang terbaik.
runsing jikalau tersalah kata bakal mengeruhkan keadaan
terlajak perahu boleh diundur semula, terlajak kata buruk padahnya
saat itu pengorbanan hadir tanpa dipaksa
jauh di lubuk hati berkata 'sampai bilakah daku harus berkorban'
demi sebuah kebahagian, ego diri diketepikan
rajuk di hati dipujuk sendiri
kata-kata maaf diluahkan
semoga yang hadir ialah sinar kebahagiaan

Sunday, 15 January 2012

Ahad Punya Cerita

Sunday Graphic #24
Sunday | Forward this Picture
Assalamualaikum...hah korang sumer sehat tak? Cik Tulip tetibe jek selsema ni (bukan selsema burung hokkey) mesti arini ramai yang menghabiskan mase jenjalan ke destinasi pilihan korang2 sumer kan? Cik Tulip arini duduk umah dendiam jek. mode: malas nak men'drive'kan diri ke mana2 (kalaulah saya ada driver...)

Tetibe teragak nak tengok tv. buka jek tv comel kat ruang tamu tu kuar la siaran kat tv3. cite Maria Mariana. owkey tukar plak tv8.selalu time2 kol 3 camtu ade cite Jepun. Cik Tulip memang suke tengok cite Jepun dengan Korea sebab hero+heroin nye sumer handsome+kiut miut. tapi arini takde plak cite Jepun. yang ada cume dokumentari pasal Chinese New Year. buka plak tv7. cite ape tah. tak best pon. buka plak tv9,cite kartun (tak menepati ciri2 cerita pilihan hati langsung) tv2 plak cite tamil (hoho....citer ni lagi la saya tak layan) last2 kembali semula ke tv3.

Setelah 10 minit tengok cite Maria Mariana tu baru perasan. kalo tak silap Cik Tulip last month pon ade disiarkan cite Maria Mariana ni kat tv3 jam 3 petang di hari ahad. kalo tak siar citer Maria Mariana mesti siarkan cite Anak Mami. eh da takde cite laen lagi ker? rasenye banyak jek lagi citer2 retro yang best2. contohnya Azura, Isabella, citer2 lakonan Os, A.R Badul, citer Abang '92 ke dan banyak lagi la. bosan jugak asik dok siar citer yang sama jek setiap bulan kan.

Last2 Cik Tulip amik keputusan untuk tutup tv jek. hapdate blog lagi best. huhu....tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Thursday, 12 January 2012

Kindness Keeps The World Afloat


Assalamualaikum...selamat pagi sumer. wah pepagi Cik Tulip da sumbat entri baru kan...huhu...ape pon jom layan video ni dulu


Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~ (malas nak taip panjang berjela-jela....the video tells everything)

Cik Tulip Menulis: buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas.....sila isi tempat kosong dengan perkataan yang korang2 sume rase sesuai

Saturday, 31 December 2011

Hye-hye Bye-bye

Assalamualaikum....sehatkah kamu2 sumer? Cik Tulip doakan agar korang2 sume sehat2 selalu. yang tak berapa nak sehat tu jangan lupe makan ubat dan banyakkan berehat yer...owkey arini adalah hari terakhir kita di tahun 2011. tak dinafikan tahun ni antara tahun yang banyak meninggalkan kenangan pahit-manis dalam kehidupan Cik Tulip. kalo nak cerita pasal azam tahun ni, memang Cik Tulip rasa macam takde satu pon yang tercapai...ahaks (eh ada ke azam 2011 yang saya buat awal taun dulu ek?)

Tak kisah la whether tercapai atau tak azam korang2 sumer yang penting perkara yang dah berlalu biarlah ianya berlalu dan setiap pahit-manis yang berlaku sepanjang 2011 ni dijadikan suatu kenangan yang tak ternilai harganya. same-same la kite say babai (angkat tangan kanan dan melambai dengan gaya Miss World)kat tahun 2011 yang bakal menutup tirainye tepat jam 11.59 malam nanti.

So jom reramai say hye kat tahun 2012 yang bakal menjelma esok hari. hope dengan kehadiran tahun baru ni adalah lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. ape azam baru korang2 sumer? untuk tahun baru yang bakal tiba ni Cik Tulip berharap  dapat :-
*job baru yang lebih baik dari sekarang untuk kesenangan masa depan*
*part-time job yang mampu mengisi masa lapang dan menokok tambah pendapatan yang sedia ada*
*mengumpul modal dan mengintai peluang untuk membuka bisness sendiri...online bisness...insyaAllah*
*further study lagi.....hopefully this time boleh blaja  kat oversea plak...nak jugak tengok negara jiran2 dan negara2 yang tak berapa nak berada dalam lingkungan kejiranan....hoyeah*
erk cam banyak jek lagi...nanti2 rajin kang senaraikan lagi..hehe

Owkey, tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: selamat tahun baru 2012 kepada reader2 sekalian dan tak mungkin dilupakan kengkawan blogger sekalian yang datang support kat sini....tenkiu3

Tuesday, 20 December 2011

Rahsia Di Sebalik 5 Jari

Assalamualaikum...tatkala petang menjelma kelopak mate pon seolah2 menampung bebanan yang amat berat sehingga ke satu tahap kelopak mata hampir2 tertutup. ouh rase seperti ingin men'selotep'kan kelopak mata bersama2 dengan jiran sebelah umahnye cik kening agar ianye sentiasa terbuka sambil jari-jemari sibuk menjalankan kerja2 menaip segala species document yang perlu di siapkan dengan kadar sesegera mungkin. apabila fokus mulai menghilang, jari-jemari pon sibuk membelek2 sebuah majalah. tatkala itulah terpandangkan sebuah artikel yang menarik minat para mata membaca satu-persatu perkataan yang tertulis...hakhak... owkey cukup mukadimahnye

pernahkah korang sume ungkap rahsia di sebalik kejadian manusia diciptakan oleh Allah yang mempunyai 5 jari tangan kanan & 5 jari tangan kiri? sambil2 melayan para mate2 yang mengantuk tu jom kite tengok Rahsia di Sebalik 5 Jari

Jari Ibu
* bersaiz besar dan pendek
* lambang kematangan & kehebatan seseorang & ianya juga adalah simbolik kepada insan yang mempunyai pengalaman yang banyak sehingga layak untuk du jadikan pakar rujuk
* peringatan kepada manusia: supaya menjadi insan berguna dan membimbing masyarakat ke arah kebenaran iaitu agama Allah s.w.t

Jari Telunjuk
* ianya mengungkap satu & Allah Yang Maha Esa ketika menunaikan solat
* lambang ketokohan iaitu sebagai penunjuk dan contoh teladan kepada insan yang melihatnya
* peringatan kepada manusia: supaya sentiasa tertunjuk ke arah yang benar tanpa diselindungi oleh maksiat

Jari Hantu/Tengah
* adalah jari yang terpanjang
* ianya mengungkap zaman remaja yang kita tinggalkan dan alam dewasa pula datang menjengah
* di peringkat usia 30-an dan ke atas kehidupan seseorang telah menjadi stabil & pada saat inilah datangnye hantu2 yang terdiri daripada hantu hasad, hantu ego, hantu tamak & segala species hantu yang samseng mula membuat kacau
* peringatan kepada manusia: tatkala inilah keimanan manusia diuji dan cara terbaik untuk menghindarkan diri adalah dengan menggandakan amal ibadat

Jari Manis
* lebih manis apabila tersarung sebentuk cincin
* lambang kehidupan manusia iaitu apabila memasuki usia remaja yang penuh kemanisan terpalit seribu dugaan & cabaran di mana segala amalan yang wajib telah pun dipertanggungjawabkan kepada mereka
* peringatan kepada manusia: 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya

Jari Kelingking
* bersaiz kecil dan kerdil
* lambang seorang manusia yang bermula dari kecil yang mengingatkan kita di saat usia kanak-kanak yang masih mentah inilah segala bimbingan amat diperlukan bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'

Owkey tu jek Cik Tulip nak share.daa~

Cik Tulip Menulis: ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah. tadahlah dengan hati yang merendah kepada Allah