Assalamualaikum...gambar sape plak ni Cik Tulip tepek kat entri Cik Tulip ni???ni lah Sammy Simorangkir iaitu penyanyi yang menyanyikan lagu Sedang Apa Dan Dimana OST citer Ariana Mikail. ha kepada reader2 yang layan citer ni mesti pernah dengar lagu ni kan. jom layan jap lagu ni...(kengkonon tengah feeling2 ade kat kota Paris)
Before ni pernah tanya kat cik osmet adakah beliau kenal dengan penyanyi ni. dia pon gagal merungkai persoalan yang Cik Tulip ajukan. Cik Tulip cakap la kat cik osmet yang sore penyanyi ni macam sore vokalis Kerispatih laaa....sekali Google...tuuu diaaa...Hendra Samuel Simorangkir atau lebih sering disapa Sammy ini adalah vokalis Kerispatih (ihsan dari Wikipedia) memang tak salah dan silap lagi sangkaan Cik Tulip. ramalanku benar belaka...haha...
Cik Tulip memang suke dengar lagu2 Kerispatih ni. cam best jek didengar dek halwa telinga (halwa telinga??ahh...gasak) nak kata Cik Tulip ni kipas-susah-mati atau bahasa omputihnye kite sebut die-hard fan Kerispatih ni tak jugak. huhu...just suke dengar melody lagu2 mereka...cewahh....owkey malas nak merepek dengan lebih lanjut lagi. daa~
Cik Tulip Menulis: Music expresses that which cannot be said and on which it is impossible to be silent.
Assalamualaikum....selamat kembali bekerja setelah 2 ari cuti sakan. huhu...semalam mesti ramai yang melekat kat depan tv kan tengok AJL 26. Cik Tulip pon antara ribuan penonton AJL 26. rata2 persembahan artis malam tadi owkey la bagi Cik Tulip. lagu Awan Nano telah dinobatkan sebagai juara AJL 26. di samping tu Hafiz juga telah merangkul hadiah untuk vokal terbaik. tak dinafikan vokal hafiz memang mantap. apepon karya M.Nasir memang tak pernah mengecewakan. jom layan jap lagu Awan Nano...
haa...sempoi habis la hafiz nyer persembahan. pakai seluar track ngan t-shirt round neck jek. owh tempat kedua plak dinobatkan kepada 3 Suara Beribu Sesalan.
dan tempat ketiga plak dinobatkan kepada Faizal Tahir Karma.
so overall lagu2 yang bertanding ni best2 belaka. just Cik Tulip agak terkilan dengan lagu Sedetik Lebih nyanyian Jac. lagu tu Cik Tulip rasa lebih sesuai dinyanyikan oleh Anuar Zain sendiri sebab vokal Anuar memang best dan mendayu2. tak mustahil lagu Sedetik Lebih tu boleh menang anugerah vokal terbaik. siapa tahu kan....owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~
Cik Tulip Menulis: dah lama tak tengok final AJL....