Monday, 14 April 2014

Pengalaman Semalam di "Rumah Sakit"

Assalamualaikum kamu2 sekalian....sehatkah?....Cik Tulip baru sahaja dalam process menyihatkan badan almaklumla baru beberapa hari keluar dari hospital....sape kat sini suke duduk sepital ce angkat jari skit? Cik Tulip nak buat survey tak bergaji....lai...lai...lai...



Cik Tulip si insan terpilih ni telah dipaksa doctor bermalam di dalam wad....pengalaman bermalam semalam di wad memang takde langsung dalam pemikiran Cik Tulip... honestly, duduk sepital bakal membuatkan pesakit bertambah sakit mana taknya tide adalah sangat terganggu dek suara misi yang dok pok pek pok pek tak sesudah.....makanya hanya mampu tido nyenyak sejam sahaja...ye sejam sahaja... seronok sangat kan....kan....sudahnye balik jek umah terus qada' tido tak hengat......Malas cite banyak...sesi qada' tido tak abes lagi....kbai.....daa~

Cik Tulip Menulis: semoga Allah ampunkan segala dosa-dosaku.....

Friday, 11 April 2014

Insan Bernama Perempuan

Perempuan yang kuat itu ialah
Apabila hatinya hancur berderai
Tanpa mampu dicantumkan semula
Dia berusaha untuk bangun kembali
Berdiri teguh
Menjalani kehidupan yang penuh ranjau
Dengan senyuman yang indah
Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat
Tetapi untuk memujuk hatinya yang lara
Bahawa keyakinannya,
Kepercayaannya dan takdir hidupnya
Semuanya dalam genggaman
Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang

 
Cik Tulip Menulis: pada setiap senyuman yang terukir pasti terpalit 1001 kenangan suka dan duka