Sunday, 2 December 2012

Consumer Fair 2012

Assalamualaikum...semalam Cik Tulip berkesempatan berkunjung ke Expo Pengguna yang sedang berlangsung di MITC...khabarnya lebih 300 buah kedai dan 5 buah negara yang terdapat di sana....


Malangnya ape yang diwar-warkan tidak seperti apa yang ada di depan mata.....event ni Cik Tulip rasakan kurang mendapat sambutan dari para peserta. Hanya terdapat 4 negara sahaja yang memeriahkan expo ini iaitu Malaysia sebagai negara penganjur, Brunei Darussalam, Filipina dan negara jiran kita, Indonesia.

Tidak semua negeri di Malaysia yang mengambil bahagian...pengunjung rata-rata tampak kecewa setelah keluar dari expo ini....erm...apepon Cik Tulip bangga dengan hasil kerja tangan masyarakat Brunei Darussalam...songket tenunannya sangat cantik dan halus....harganya sangat berpatutan....pada yang berada sekitar Melaka, jika anda masih tidak tahu ke mana ingin membawa anak anda berhujung minggu, anda bolehlah bawa mereka ke MITC kerana pelbagai aktiviti menarik untuk anak2 anda menanti di sana....

Erm..sebagai tanda support Cik Tulip ada singgah di gerai menjual jeruk dari Penang dan sedikit ole2 dari Brunei..nantikan update tentang ole2 Brunei dari Cik Tulip yer...daa~

Cik Tulip Menulis: Selalu ke MITC sebagai tanda support setiap event yang mereka anjurkan...buat kaum hawa yang menggemari tudung dari Pearl Haya, korang boleh la ke sana kerana ada discount menrik menanti korang.....

1 comment:

Diari Si Froggie said...

tak ada gambar suasana disana eh dear? macam best je expo tu.. hehe.