Monday, 26 March 2012

Vivo American Pizza & Panini

Assalamualaikum buat kamu2 kesayangan Cik Tulip. lama bebenor kan Cik Tulip tak menghapdate blog ni. sesi mengadaptasikan diri di tempat baru.hehe...
ha ce tengok logo kat atas ni. last sunday Cik Tulip pegi melantak kat sini. boleh tahan jugak la tempat ni.Vivo Pizza yang Cik Tulip terjah adalah terletak kat Aeon Bukit Tinggi. menu yang kami order ialah...tadaaa....
Calamari & Onion Rings
A popular platter of battered jumbo squid rings served with bread crumbed onion rings & tomato or chilli sauce for dips

dengan yang ni juga 


Crispy Crumbed Chicken Tenderloin
Bite sized chicken fillet coated with specially seasoned breadcrumbs, deep fried till golden

menu cenggini seswai untuk kudapan di petang hari. memang crunchy di tambah plak dengan iced mocha ngan iced black coffee...pergh memang best dinikmati di kala cuaca panas..nak tawu ape lagi menu best kat Vivo ni ha boleh la KLIK SINI

owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: dah pernah try buat crispy crumbed chicken tu hasil tangan Cik Tulip. ada masa nanti Cik Tulip share resepinyer.

Sunday, 11 March 2012

Pelangi Selepas Hujan

Assalamualaikum pembaca2 blog Cik Tulip. arini Cik Tulip nak share 1 artikel dari I Luv Islam. jom sama2 kite bace

Tukar persepsi. Ujian = Rebah. Tetapi selepas itu? Ujian = Bangkit kembali. Pandang hadapan. Teruskan.

Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?
Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?
Jadi, jangan putus asa.
Jangan pernah putus asa.
Rahmat Allah sentiasa ada insha Allah.
Insha Allah.
Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. Dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa.

Sumber: Artikel iluvislam.com

Cik Tulip Menulis: setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....

Saturday, 10 March 2012

HTC One XL

Assalamualaikum...entri kali ni Cik Tulip nak share tentang HTC One XL. sebelum Cik Tulip mengulas dengan lebih lanjut lagi, meh join Cik Tulip cuci mata jap






Ha dah puas cuci mata kan. ape yang specialnya tentang henpon ni? ha ia menggunakan platform Android 4.0 Ice Cream Sandwich. total storage henpon ni 16G dengan RAM 1G, beats audio, wireless 4G (LTE) dengan screen 4.7inc. nak tawu ape lagi yang best tentang HTC One XL ni korang sumer boleh KLIK SINI
henpon ni baru lagi diperkenalkan. tarikh sebenar bila ianya akan berada di pasaran dijangka pada suku kedua (dah macam pembentangan budget la plak kan) so stay tune. owkey, tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: kegilaan tahap tertimggi dengan henpon HTC ni...ouh bilakah bakal memilikinya...

Wednesday, 7 March 2012

Problem & Solution


melarikan diri seketika dari masalah adalah jalan terbaik
sekaligus mampu memberi ruang kepada akal 
untuk berfikir secara logik 
tanpa dipengaruhi oleh ketidak stabilan emosi

esok yang datang diharapkan memberi sinar penyelesaian
kepada segala masalah yang membebani fikiran
lantaran itu kita selalu memujuk diri dengan mengatakan
bersabarlah wahai hati kelak kamu akan senang

sesungguhnya insan2 kerdil di muka bumi ini
takkan mampu menandingi kekuasaan-Nya
Allah takkan menguji insan2 yang Dia rasakan 
tidak mampu untuk mengharungi dugaan dengan sebuah penyelesaian.

 Cik Tulip Menulis: menggagahkan diri mencoret sesuatu di blog tersayam...hikhik

Monday, 5 March 2012

PIKOM PC Fair 2012 Schedule

Assalamualaikum...sehat tak korang2 sumer. arini Cik Tulip nak buat entri pendek jek pasal PC Fair. ni schedule untuk tahun ni...
 
PIKOM PC FAIR 2012(I) Schedule (dates & venues)

 
 
Sowie di atas kelewatan Cik Tulip menghapdate tarikh terkini di mana PC Fair ini dilangsungkan....hehe...jangan marah yer especially yang berada di Penang. owkey, tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: sorry buat rakan2 blogger tak sempat nak terjah blog korang sumer gara2 menghadapi situasi adaptation di umah baru, tempat kije baru dan rakan2 baru. blog korang sumer bakal Cik Tulip terjah dalam sehari dua lagi hokkey...

Saturday, 3 March 2012

Si Kacak Bergaya Samsung MV800

Assalamualaikum...Cik Tulip nak share cite pasal gadget plak arini. gadget yang nak Cik Tulip ceritakan ni adalah si kacak dan si cantik menawan Samsung MV800. ha sejauh mana kacak dan cantiknye beliau boleh la tengok pic2 kat bawah ni




 
180 degree angle 


alahai smart la plak camera nieh

 
merah nampak garang 

ha tengok...boleh snap muke sendiri dengan mudah

antara keistimewaan Samsung MV800

nak tawu lebih lanjut tentang spec camera ni korang boleh KLIK SINI malangnya harga sebenar camera ni gagal dikesan..hehe...owkey,daa~

Cik Tulip Menulis: nak mintak orang hadiahkan kamera ni leh tak...huhu

Thursday, 1 March 2012

Mohd Chan Abdullah Restoran Makanan Cina Muslim

Assalamualaikum...arini Cik Tulip nak buat entri makan2 kat Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Abdullah Chan. ha ni la rupe paras restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi


Tanpa berlengah lagi ape kate kite skodeng satu persatu menu yang Cik Tulip & colleague makan kat sini sempena Farewell Lunch kami.

 
raja segala menu yang dihidangkan...aha....best gak nieh. rasa masam2 siket
 
ayam digoreng bersama rencah ape tah. tapi memang sedap
ni plak sayur ala2 salad tu (serius tataw la ape nama sayo tuh) digoreng bersama sos tiram
ni paling Cik Tulip suka...udang goreng butter (eh betul da rasanya digoreng dengan butter kan?) ada colleague Cik Tulip cakap yang bersawang bagai tu halia...kehkehkeh..
febret dulu kini dan selamanya sotong goreng tepung...best2
dua imej di atas ni saje diletakkan oleh Cik Tulip bagi korang2 sumer rasa kecur....sllllrrrpp
 
muke memasing yang dah tak sabar nak mentekedarah...hehe...thanks a lot guys. kowang memang best
(sila fokus ke deretan makanan di atas meja. kami berlapan jek mencekiknye)


restoran Mohd Chan Abdullah ni ada beberapa cawangan. nak tawu kat mana lagi cawangannye, ha sila kelik sinie ha pasni korang2 boleh la try makan2 kat restoran cina muslim hasil cadangan Cik Tulip ni yer. owkey, tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: sekali sekala makan beradap dengan kengkawan opis dapat mengeratkan silaturrahim di samping memutuskan urat2 tertentu gara2 ketawa berlebihan