Tuesday 1 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum kamu2 sekalian....Setia Hujung Nyawa adalah drama terbaru yang mengisi slot Akasia setiap jam 7.00 hingga 8.00 malam di TV3....cerita ini dibintangi oleh dua pelakon muda Amar Ashraf dan Nelydia Senrose...


Cerita ini adalah antara drama2 terbitan TV3 yang diadaptasi daripada novel terbitan Alaf 21 yang ditulis oleh Fatin Nabila...



Drama ni berkisar tentang Ersalina lakonan Nelydia Senrose yang dipaksa berkahwin dengan Zain Hakimi lakonan Amar Ashraf atas desakan ibunya, Puan Haliza lakonan Raja Ema untuk membantu keluarga Datin Adibah (Zila Bakarin) iaitu ibu kepada Zain demi menutup malu gara-gara tunangan Zain, Sofea yang melarikan diri sewaktu majlis perkahwinan mereka hanya tinggal seminggu lagi...



Pada mulanya mereka enggan disatukan tetapi demi menjaga hati kedua orang tua, mereka redha...pada mulanya Zain dan Ersalina sukar mencapai persefahaman. pelbagai perselisihan timbul antara mereka...tetapi setelah dua bulan hidup bersama cinta mereka mula berputik...belum sempat mereka menikmati kebahagiaan berumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar...konflik mula melanda keluarga mereka...apakah yang akan berlaku seterusnya? Nantikan kesudahan cerita ini....

Cik Tulip Menulis: Nelydia dan Amar nampak serasi melakonkan watak hero dan heroin cerita ini...nampak sweet gittew...

No comments: