Friday, 1 February 2013

Home Made Triffle

Assalamualaikum.....2 hari lepas tetibe datang mood nak men'triffle'kan diri dengan resepi buatan sendiri...keh3....ni resepi orang malas macam Cik Tulip hehehe..(kes malas nak buat kecah kat dapo + nak cepat siap)...meh tengok hasilnya...

gambar versi kedekut tak hengat

hasil 'suduan' triffle di atas...ekeke

Bahan-bahannya:
kek pelangi (beli dah siap kat kedai 1Malaysia)
tepung kastard 
jelly (Cik Tulip pilih perisa strawberry dari Nona)
santan kelapa (Cik Tulip guna santan segera dalam kotak)
1 tin jagung manis

Cara-caranya:
1. memula, potong kek pelangi selebar lebih kurang 1 cm dan susun ke dalam bekas lutsinar (nak guna tupperware pon boleh)
2. pastu, masakkan jelly hingga mendidih (satu paket jelly + 400ml air)
3. tuangkan jelly yang telah masak tadi ke dalam tupperware berisi kek pelangi tadi dan sejukkan selama 10 minit di dalam dulang berisi air
4. masukkan 10 minit lagi ke dalam peti ais untuk disejukkan dengan kadar sesegera mungkin 
5. masakkan tepung kastard (1 cawan tepung kastard + 1 cawan santan kelapa + 6 cawan air)
6. setelah kastard yang dimasak tadi menjadi semakin jernih masukkan jagung manis (ikut suka anda nak masuk banyak mana..kalo taknak pon takpe)
7. setelah mendidih, tuangkan ke atas lapisan jelly...sejukkan di dalam peti ais....siap!

Owkey, tu jek Cik Tulip nak share...daa~

Cik Tulip Menulis: seeloknya guna tepung kastard jenama Bird Custard untuk mendapatkan texture kastard yang enak dan gebu....yang tu Cik Tulip guna jenama ape tah...texturenye jadi lembik sedikit...

Post a Comment