Saturday, 14 April 2012

Tipah Tertipu Daa....

Assalamualaikum kamu2 kesayangan Cik Tulip. sehatkah anda di hari ini? ha korang pernah tak ditipu oleh insan yang tak bertanggungjawab? kepada korang2 yang pernah, kita senasib lah yer....


Nak dijadikan citer. Cik Tulip dapat offer untuk jadi part time tuition teacher. ajar bebudak lower secondary atau lebih tepatnyer, bebudak form 1 sampai la form 3. ajar subjek sains. dah pegi interview bagai dan dah diterima bekerja pon. ingatkan boleh pilih la tuition center yang ada kat mana since iklannye ada state location nye. tetibe owner tu cakap kene ajar kat dua tempat berbeza lokasi dan jaraknye boleh tahan jauh la...ok fine. masih boleh diterima.

Bila tanya jadual, dia bagi jadual untuk seminggu & 2 class aje. yang lain katanya bila jadual dah susun baru dia bagi...erm ok la. tanya plak chapter mana nak start. dia cakap nanti dia sms sebab dia tak ingat. erk...tak ingat?? pastu Cik Tulip tanya plak lokasi pusat tuition tu senang nanti Cik Tulip terus gerak ke sana jek. almaklumlah tempat interview tu adalah pejabat operasi pusat tuition tu manakala kelas nye kat tempat lain plak. punya la susuah nye dia nak bagi peta mahupon landmark di mana class tu bakal berlangsung. dia suruh  Cik Tulip datang pejabat yang terletak di kawasan bandar yang sangat jem.

Ouh bengang juga la lokasi class adalah sangat P&C walhal kita ni tenaga pengajar kot. di hari kejadian di mana  Cik Tulip nak datang mengajar tu  Cik Tulip pon cakap la  Cik Tulip nak tunggu kat kawasan pusat tuition tu jek. petang adalah waktu kemuncak jem ditambah pula dengan kenderaan yang berpusu-pusu pulang. dia tetap taknak bagitahu lokasi pusat tuition tu. sesampai di area yang  Cik Tulip janji nak tunggu tu,  Cik Tulip call la. kejap cakap suruh tunggu sini. kejap lagi suruh tunggu sana plak. call kejap2 sebab line putus2. beberapa kali jugak la.

Last sekali dia boleh plak off kan henpon dia.. perghh...menyirap darah saya. dah la datang dari jauh. pusing punya la pusing sebab dia putar belit cakap lokasi mana nak tuju. dasar kaum penipu. perabis duit minyak jek. orang macam ni kalo buka bisnes memang cepatlah lingkup. sampai bila pon tak kan maju lah.... kalo benda ni berlaku kat korang mesti korang hangin kan....

Owkey tu jek  Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: moral of the story - jangan sesekali percayakan 'insan' itu dan sedara sekutunya...ouh...
Post a Comment