Tuesday 14 February 2012

Putrajaya Hot Air Balloon 2012


Assalamualaikum...Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 edisi ke-4 kembali lagi. fiesta ni akan bermula pada 15 hingga 18 Mac 2012. fiesta kali ini menapilkan 25 belon udara panas dari 12 negara.

Fiesta tahunan ini pastinya bakal menjadi event yang ditunggu-tunggu dan mampu menarik ramai pelancong dan pengunjung datang membanjiri Putrajaya. fiesta ini pastinya memberikan inspirasi kepada para penonton sekali lagi dengan belon-belon udara panas ini yang datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.

Fiesta 2012 dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.

"Ini acara yang membanggakan Malaysia, dan ia benar-benar acara antarabangsa yang berasal sepenuhnya dari negara ini yang menarik penyertaan warga tempatan dan asing dari seluruh dunia," katanya. - dipetik dari BERNAMA

2 comments:

Anum said...

yeye
nak pg

Unknown said...

jom2....hehe...cik tulip siap mark kat kalendar lagi event nieh...hehe