Thursday 12 January 2012

The Darkest Hour


Assalamualaikum....ouh arini cuaca mendung kelabu lagi. time2 cenggini best tido nieh. tapi apekan daya kerja lebih diutamakan. almaklumlah kite ni kuli jek. owkey arini nak review cite The Darkest Hour plak. jom layan dulu preview citer ni

Filem ni menceritakan tentang kedatangan (tak diundang) alien ke bumi Moscow. alien tu Cik Tulip tengok cam obor2 jek tapi ianya berwarna orange-kekuningan...ala senang cakap saling tak tumpah macam api la. motif utama kedatangan alien ni adalah untuk menyedut segala species mineral termasuklah tenaga2 seperti air, api, elektrik etc yang ada kat bumi. bumi kita kan kaya dengan pelbagai mineral. alien ni perlukan mineral ni untuk meneruskan kehidupan.

Bukan setakat mineral ngan tenaga jek dia sedut, motif laen dia jugak untuk musnahkan kehidupan kat bumi ni. habis sumer species hidupan (manusia & haiwan) mati menjadi abu. jumlah alien yang turun ke bumi umangaih tak terbilang dek jari apatah lagi dibilang oleh alat pembilang @ counter tu.

Alien ni susah nak dibunuh. mana taknye alien ni transparent. kita tak boleh nampak dia tapi dia bole detect kite taw melalui body heat (da macam citer predator la plak). lebih scary bila menjalankan misi menyelamatkan diri di siang hari. haaa...da nama pon transparent so mana la nampak dia kat depan mata kan. tetibe jek terlanggar menatang ni terus jadi abu. dalam cite ni adela geng2 otai yang kijenye membunuh alien ni.

Overall cite ni owkey la bagi Cik Tulip. tapi ade sikit yang kurang iaitu jumlah alien yang dibunuh dalam cite ni sikit bebenor. tak puas lagi tengok dorang lawan2 ngan alien ni da abes da citer. adei... apepon citer ni best la untuk ditonton di kala kelapangan. Cik Tulip bagi 3.5/5 untuk cite ni. owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: mase 1st alien ni turun ke bumi cantik sangat...

3 comments:

hyz said...

x besh citer ni. nyesal tgk kat wayang

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

da tengok jugak.... masa nak trun tu memang cantik. tp kurg menyengat cite ni..

Unknown said...

hyz:agak menyesal jugak la. preview cite nampak best hakikatnye biasa2 jek
aina:yup kureng sengat...hehe..ending dia agak mengecewakan