Wednesday 4 January 2012

New Gadget for 2012

Assalamualaikum...lama dah tak meng'hapdate' blog ni gara2 mode cuti terlampau di kampung halaman...hikhik. rase macam tak nak kembali bertugas jek. ouh andai kata bos bagi cuti sebulan, pasti hatiku riang gumbira (banyak santek muka kamu Cik Tulip) tu angan2 Cik Tulip Jenin yang tak mungkin jadi kenyataan yer..harap maklum
Owh arini bukan nak cite pasal angan2 tapi nak cite pasal Gadget 2012 yang bakal menghangatkan pasaran di tahun 2012 ni. antaranya termasuklah :-

Ice Cream Sandwich Tablets

ni bukan species eskrem sandwich yang boleh di makan tu yer....

Asus Eee Pad ni antara contoh tablet yang menggunakan ICS (Ice Cream Sandwich a.k.a android 4.0). ICS ni adalah android versi terbaru. istimewanya ICS ni ialah ianya multitasking, screen lock yang unik, home screen folders yang memudahkan kita mengklasifikasikan aplikasi2 menarik dan macam2 lagi lah. nak tahu lebih lanjut tentang ICS ni boleh KLIK SINI

Windows 8 Tablet

Windows 8  tampak menarik kerana ianya menggunakan muka Metro UI versi baru yang kebanyakannya digunakan oleh Windows Phone. menu screennya disusun dalam susunan segi-empat-tepat dan segi-empat-sama seperti "Live Tiles". ianya boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian si pengguna.. Windows 8 sesuai digunakan kat desktop, notebook and ofkos tablet.. Samsung dan HP adalah antara pengeluar terawal yang menggunakan tablet Windows 8 ni.

Samsung Galaxy S III

camni kot rupe paras Galaxy S III tu nanti...
Rumors mengatakan Galaxy S III ialah henpon yang mempunyai ciri2 seperti screen 720p, quad-core processor, menggunakan android 4.0 (ICS) and ade 3D. bukan TV sahaja yang ada 3D yer, henpon pon da makin maju. dasyat2 gadget masa kini
OLED

nampak real kan gambar burung tu....
OLED = Organic Light Emitting Diode ni berasaskan diod pemancar cahaya organik. TV terbaru keluaran LG bersaiz paparan 55 inci ni 1000 kali lebih laju berbanding LED/LCD TV yang berada di pasaran sekarang. kalo kita tengok TV ni nampak lebih natural and kaler dia sangat accurate (terutama kaler merah, hijau, biru dan putih)

Ultrabooks

lebih kurang cenggini la bentuk ultrabooks tu....
Intel telah memperkenalkan Ultrabooks iaitu laptop yang di'design'kan mempunyai ciri2 seperti sangat nipis, ringan, jangka hayat bateri yang tahan lama dan mempunyai kelajuan yang lebih bagus dari laptop2 yang sedia ada. dijangka pada 2013 Ultrabooks ni akan menggantikan species2 laptop yang ada sekarang (ouh sangat jeles sebab di zaman saya menuntut di U dulu kena hangkut laptop besar gedabak+berat tak hengat)
 
Sebenarnya ada banyak lagi gadget2 baru yang bakal memasuki pasaran pada tahun 2012 ni mengikut angka giliran memasing. tapi cukup la 5 tu jek dulu ea. Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~
 
Cik Tulip Menulis: sangat teruja tengok gadget2 yang canggih manggih masa kini s-pecially henpon

2 comments:

Anum said...

semakin hari semakin canggih gadget2 nie

Unknown said...

kan?...masing2 compete nak hasilkan gadget yang lebih canggih dari yang sebelumnya