Friday 20 January 2012

Pulau Sibu

Assalamualaikum...entri pilihan untuk destinasi kali ini ialah Pulau Sibu, Mersing, Johor (mesti ramai yang ingat Pulau Sibu ni kat Sarawak kan) ekceli Cik Tulip pegi Pulau Sibu mase family day 2010 dengan sumer rakan2 sekerja-se'opis'-sekepala dan yang sama waktu dengannyer. fully sponsored by big boss (i loike). hehe...tengkiu bos.

Pulau Sibu ni memang cantik. kitorang ke pulau ni melalui Jeti Tanjung Leman. ape yang best kat pulau ni?? sume pon best bagi Cik Tulip. sesampai jek ke Sibu Island Resort ni korang akan disambut dengan welcome song yang sedap didengar dek telinga. rooms dorang pon selesa. erm yang best ade macam2 aktiviti yang korang2 sumer boleh join. Cik Tulip join archery, flying fox & snorkeling (hakikatnye saya tak pandai berenang so join kanak2 mandi di kawasan berkedalaman paras pinggang jek...ahaks) selain tu ada macam2 lagi aktiviti la. pihak resort ade sediakan schedule untuk setiap aktiviti mereka.

Makanan dia plak memang best la kan. haruslah makan seafood. kalo dah pegi pulau setakat nak makan nasi lauk ayam jek baik tak payah kan. huhu...makanan dihidangkan secara buffet so melantak lah selagi korang2 rase mampu disumbat ke dalam ruangan perut. dari appetizer sampai lah main course sume nye sedap.

Pulau Sibu sangat sesuai untuk holiday bersama family, kawan2 mahupon destinasi honeymoon. pulau tu sangat bersih plus korang akan rase macam environment friendly sebab kat sane haiwan seperti rusa dan burung merak dilepaskan tanpa dikurung di dalam sangkar pon. macam berada di safari pon yer jugak...hehe. apepon jom tengok pic2 kat Pulau Sibu yang cantik ni dulu...layans
 jeti Tanjung Leman
 gotcha....
 aktiviti berkayak juga korang2 sumer boleh try kat sini 
 cantik kan...
 aktiviti snorkeling....
 suke pic ni...tenang dan mendamaikan
 saya bangga jadi anak Johor :)
 ni time dinner kat sebelah pool
 peacock ni pon nak tumpang sekaki join kitorang makan2
 
ape tengok2??...

gambar ihsan dari incik yahoo & koleksi peribadi

Owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: antara kenangan termanis sepanjang bergelar sebahagian daripada warga kerja syarikat 

2 comments:

hyz said...

seyes cantik la.. sy org johor pn x penah sampai lg. huhuhu

Unknown said...

ni pon sebab bos buat family day kat sini. walopon sy asal johor tu la 1st time jejak kaki kat pulau sibu...hehe