Assalamualaikum...tatkala petang menjelma kelopak mate pon seolah
2 menampung bebanan yang amat berat sehingga ke satu tahap kelopak mata hampir
2 tertutup. ouh rase seperti ingin men'selotep'kan kelopak mata bersama
2 dengan jiran sebelah umahnye cik kening agar ianye sentiasa terbuka sambil jari-jemari sibuk menjalankan kerja
2 menaip segala species document yang perlu di siapkan dengan kadar sesegera mungkin. apabila fokus mulai menghilang, jari-jemari pon sibuk membelek
2 sebuah majalah. tatkala itulah terpandangkan sebuah artikel yang menarik minat para mata membaca satu-persatu perkataan yang tertulis...hakhak... owkey cukup mukadimahnye
pernahkah korang sume ungkap rahsia di sebalik kejadian manusia diciptakan oleh Allah yang mempunyai 5 jari tangan kanan & 5 jari tangan kiri? sambil
2 melayan para mate
2 yang mengantuk tu jom kite tengok Rahsia di Sebalik 5 Jari
Jari Ibu
* bersaiz besar dan pendek
* lambang kematangan & kehebatan seseorang & ianya juga adalah simbolik kepada insan yang mempunyai pengalaman yang banyak sehingga layak untuk du jadikan pakar rujuk
* peringatan kepada manusia: supaya menjadi insan berguna dan membimbing masyarakat ke arah kebenaran iaitu agama Allah s.w.t
Jari Telunjuk
* ianya mengungkap satu & Allah Yang Maha Esa ketika menunaikan solat
* lambang ketokohan iaitu sebagai penunjuk dan contoh teladan kepada insan yang melihatnya
* peringatan kepada manusia: supaya sentiasa tertunjuk ke arah yang benar tanpa diselindungi oleh maksiat
Jari Hantu/Tengah
* adalah jari yang terpanjang
* ianya mengungkap zaman remaja yang kita tinggalkan dan alam dewasa pula datang menjengah
* di peringkat usia 30-an dan ke atas kehidupan seseorang telah menjadi stabil & pada saat inilah datangnye hantu2 yang terdiri daripada hantu hasad, hantu ego, hantu tamak & segala species hantu yang samseng mula membuat kacau
* peringatan kepada manusia: tatkala inilah keimanan manusia diuji dan cara terbaik untuk menghindarkan diri adalah dengan menggandakan amal ibadat
Jari Manis
* lebih manis apabila tersarung sebentuk cincin
* lambang kehidupan manusia iaitu apabila memasuki usia remaja yang penuh kemanisan terpalit seribu dugaan & cabaran di mana segala amalan yang wajib telah pun dipertanggungjawabkan kepada mereka
* peringatan kepada manusia: 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya
Jari Kelingking
* bersaiz kecil dan kerdil
* lambang seorang manusia yang bermula dari kecil yang mengingatkan kita di saat usia kanak-kanak yang masih mentah inilah segala bimbingan amat diperlukan bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'
Owkey tu jek Cik Tulip nak share.daa~
Cik Tulip Menulis: ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah. tadahlah dengan hati yang merendah kepada Allah