Tuesday, 20 December 2011

Rahsia Di Sebalik 5 Jari

Assalamualaikum...tatkala petang menjelma kelopak mate pon seolah2 menampung bebanan yang amat berat sehingga ke satu tahap kelopak mata hampir2 tertutup. ouh rase seperti ingin men'selotep'kan kelopak mata bersama2 dengan jiran sebelah umahnye cik kening agar ianye sentiasa terbuka sambil jari-jemari sibuk menjalankan kerja2 menaip segala species document yang perlu di siapkan dengan kadar sesegera mungkin. apabila fokus mulai menghilang, jari-jemari pon sibuk membelek2 sebuah majalah. tatkala itulah terpandangkan sebuah artikel yang menarik minat para mata membaca satu-persatu perkataan yang tertulis...hakhak... owkey cukup mukadimahnye

pernahkah korang sume ungkap rahsia di sebalik kejadian manusia diciptakan oleh Allah yang mempunyai 5 jari tangan kanan & 5 jari tangan kiri? sambil2 melayan para mate2 yang mengantuk tu jom kite tengok Rahsia di Sebalik 5 Jari

Jari Ibu
* bersaiz besar dan pendek
* lambang kematangan & kehebatan seseorang & ianya juga adalah simbolik kepada insan yang mempunyai pengalaman yang banyak sehingga layak untuk du jadikan pakar rujuk
* peringatan kepada manusia: supaya menjadi insan berguna dan membimbing masyarakat ke arah kebenaran iaitu agama Allah s.w.t

Jari Telunjuk
* ianya mengungkap satu & Allah Yang Maha Esa ketika menunaikan solat
* lambang ketokohan iaitu sebagai penunjuk dan contoh teladan kepada insan yang melihatnya
* peringatan kepada manusia: supaya sentiasa tertunjuk ke arah yang benar tanpa diselindungi oleh maksiat

Jari Hantu/Tengah
* adalah jari yang terpanjang
* ianya mengungkap zaman remaja yang kita tinggalkan dan alam dewasa pula datang menjengah
* di peringkat usia 30-an dan ke atas kehidupan seseorang telah menjadi stabil & pada saat inilah datangnye hantu2 yang terdiri daripada hantu hasad, hantu ego, hantu tamak & segala species hantu yang samseng mula membuat kacau
* peringatan kepada manusia: tatkala inilah keimanan manusia diuji dan cara terbaik untuk menghindarkan diri adalah dengan menggandakan amal ibadat

Jari Manis
* lebih manis apabila tersarung sebentuk cincin
* lambang kehidupan manusia iaitu apabila memasuki usia remaja yang penuh kemanisan terpalit seribu dugaan & cabaran di mana segala amalan yang wajib telah pun dipertanggungjawabkan kepada mereka
* peringatan kepada manusia: 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya

Jari Kelingking
* bersaiz kecil dan kerdil
* lambang seorang manusia yang bermula dari kecil yang mengingatkan kita di saat usia kanak-kanak yang masih mentah inilah segala bimbingan amat diperlukan bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'

Owkey tu jek Cik Tulip nak share.daa~

Cik Tulip Menulis: ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah. tadahlah dengan hati yang merendah kepada Allah

No comments: