Assalamualaikum....ha ni sambungan kisah jenjalan di hujung minggu membuang masa. setelah gagal mendapatkan tiket wayang seperti yang di ceritakan kat SINI, Cik Tulip mencuba nasib lagi di hari Isnin (tabahkan saya). sesampai jek ke Alamanda tanpa berlenggang-kangkung lagi terus menuju ke kaunter GSC Alamanda. tapi semalam punya queue adalah lebih panjang kuasa dua dari hari Sabtu aritu...fuhh...dasyat betul mereka2 ni. seawal mungkin dah sampai Alamanda (erk pukul 12 tu dikira awal ker??) hampa tak kesudahan...last2 si peneman setia pon mengeluarkan idea yang paling bernas (bernas ke??bolehla) iaitu pegi mengubat hati yang kecewa-duka-dan-lara kat SACC Mall Shah Alam untuk mencari kasut beliau.
Sesampai jek kat SACC Mall terus jek pusing2 tanpa hala tuju yang nyata. sane sini sales manjang. nak shopping tetibe takde mood (padahal gaji belom masuk lagi...fuhh selamat) kalo tak habis sume nak di beli. ouh tamak haloba sungguh. lepas puas jenjalan kat SACC Mall pegi Plaza Alam Sentral plak. masuk2 jek terus menuju ke segenap pelosok kedai yang jual kasut. bukan Cik Tulip punya ea, tapi orang sebelah (yang menemani saya lettew) pastu pegi usha Samsung Galaxy Note plak (eh apsal saya tetibe suke kat Galaxy Note ni) tetibe jek rase tergoda ngan Galaxy Note ni. cantik-menarik-tertarik plak. kasut tak jumpa, Galaxy Note plak yang dicari. eh...eh...eh...lari dari tujuan asal ni. sebelum berangkat pulang haruslah memenuhkan perut dengan makanan. malas nak pikir panjang terus jek ajak orang sebelah makan char-kuew-teow kat kedai luar Plaza Alam Sentral tu. makanan dia owkey la. erk nama kedai tak dapat dikenal pasti. haap maaf, kesulitan amat dikesali. owkey tu jek Cik Tulip nak share.daa~
Cik Tulip Menulis: kesakitan kaki gara2 pakai high-heel yang tak berapa nak banyak inchinye selama dua hari berturut2 masih terasa hingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment