Thursday 1 December 2011

Misteri Jalan Lama Yang Sangat Misteri

Assalamualaikum....ha entri arini Cik Tulip nak cite pasal muvi Misteri Jalan Lama. sebuah filem "supernatural" arahan Afdlin Shauki. sebelum Cik Tulip menjadi pengulas tak bertauliah jom layan jap trailer Misteri Jalan Lama ....


Memula Cik Tulip tengok trailer tu cam menarik lebih-lebih lagi cite arahan Afdlin mesti ada keunikan dalam filem yang beliau hasilkan. lelebih lagi pelakon-pelakon nye boleh tahan jugak la hebatnye. ada Que Haidar,Hans Isaac,Vanida Imran & Dato' Ahmad Tamimi Siregar. Cik Tulip budget cite ni mesti ala-ala mistik. sekali tengok...begitu "mistik" sekali hokkey...

Intro cite ni menarik la bagi Cik Tulip sebab wujudnye unsur mistik kat situ. sampai pertengahan cite,time dorang ke alam lain tu masih bole di terima dek kewarasan akal fikiran la...bila part lawan-lawan tu memang sangat tak logik. tetiba bertukar menjadi pahlawan greek plak ala-ala cite Immortals (tapi cite Immortals ni best wo bagi Cik Tulip), ade kapal ala-ala kapal portugis kt melaka tu plak...atoyai rase nyesal lak sebab tengok cite nie...rase klaka pon ade jugak...hakhak. macam mana la nak support industri filem malaysia kalo kualiti cite tak mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

Eh lupe plak nak cite sinopsis cite nie....cite nie bermula dengan selepas kematian isteri Iskandar (Dato' Ahmad Tamimi Siregar) ketika melahirkan cahaya mata kedua mereka (both mom & baby meninggal), Iskandar telah pulang ke kampung melalui sebatang jalan lama. Iskandar hampir terlanggar dengan seorang perempuan yg sedang mendukung anak lelaki nya. perempuan tu telah menyerahkan bayinye kepada Iskandar dengan syarat setelah bayi itu berusia 25thn dia mesti di kembalikan kepada perempuan tu semula. bayi tu diberi nama Ilya (Que Haidar). Ilya dan Indra (Hans Isaac,anak sulung Iskandar) punya dua watak berbeza. Indra ni suke berjudi & race kete, Ilya plak baik & dialah yg mewarisi perniagaan Iskandar.

Setelah usia Ilya sehari sebelum genap umurnye 25thn Iskandar telah pergi semula ke jalan lama di mana dia berjumpa dengan Ilya & ibunye untuk meminta izin utk terus membela Ilya. Malangnye Iskandar telah di timpa kemalangan & dia telah meninggal dunia. Iskandar ade meninggalkan wasiat kepada Indra dan ketika Indra & Ilya melalui jalan lama tu utk pulang ke kampung bermulalah episode cerita tak berape nak logik mereka kat 'dunia lain'...

Nak tawu ape jadi pastu.... ha tengok la cite tu dulu ea. Ok daa ~

No comments: