Thursday, 29 December 2011

HTC Rhyme: All From One All For You

Assalamualaikum....salam petang Khamis buat semua readers. harini Cik Tulip nak share pasal henpon HTC (always the smartest choice) iaitu HTC Rhyme. ni rupe paras henpon yang hensem + osem ni.

HTC Rhyme ni didatangkan dengan accessories seperti headset yang stylo habis, ade docking station owkey untuk 'park' henpon ni. once dah 'park' henpon kat docking station tu henpon boleh berubah (ala2 transformer) jadi alarm clock + music center. tak caye?? ha jom tengok video ni kejap

henpon ni seswai sangat la untuk gegel yang handbag nye besar gedabak (motif beli handbag besar2: menyenangkan sebab kang sumer boleh sumbat kat dalam handbag). handbag kalo dah besar gedabak confirm la nak cari henpon yang kiut-miut tu susah nak jumpa kan. so bila ada incoming call, cube bertali purple akan menyala blink2 gitu (seperti yang ditunjukkan dalam video kat bawah ni) menandakan henpon kat dalam beg tu tengah jerit2 mintak diangkat segera (henpon kowang ade??) 
ha takde la tetibe jek rase gegaran berpusat di dalam handbag pastu hegeh2 nak selongkar sumer barang yang ada kat dalam handbag ala2 poket doraemon tu. setelah henpon keluar dari tempat persembunyiannye, caller tu pon da letak henpon dia da. kena plak bofren yang call. fuhh sure dia hangin kengkononnye kite sengaja takmo angkat tepon...ha betul tak?

Harga dia plak dalam range rm1460 - rm1540. murah la siket dari Galaxy Note tu kan...ianya didatangkan dalam 3 warna iaitu Clearwater, Hourglass, Plum (kaler purple) dengan platform Android OS, v2.3.4 (Gingerbread), camera 5 megapixel dan VGA facing camera (ada dua yer). dari komen2 yang Cik Tulip baca mereka cakap bateri dia owkey la. tak macam Sony Ericsson Xperia X8 (erk bukan nak condemn sony ye) tapi honestly bateri Xperia X8 tak tahan lama. mesti nak kena cas hari2 (berdasarkan pengalaman sebenar pengguna Xperia X8 iaitu saya) owkey tu jek Cik Tulip nak share. daa~

Cik Tulip Menulis: tetibe jek cam nak letak henpon ni dalam wishlist saya...erk...

No comments: