So ari Ahadnye mode jenjalan sambil window shopping bersama 'partner dating' bersama. venue pilihan = Mid Valley Megamall. Aktiviti window shopping dimulakan dengan men'sardin'kan diri kat dalam koc wanita dari stesen komuter UKM ke stesen Mid Valley. sampai2 jek kat Mid terasa seperti di awang-awangan. tetibe cam nampak bintang2 berkeliaran di sekeliling lingkungan penglihatan. terlihat jek kelibat sahabat tersayang tanpa segan silu terus mengajak beliau pegi mentedarah kat food court-nye. menu mentedarah tengah ari ahad Cik Tulip bersama sahabat tersayang adalah ikan pari+lala bakar & sotong bakar. erk bakar ke? tataw la dia masak ala ape ni tapi memang sedap hingga menjilat jari..haha
Perut kenyang hati pon girang....hehe...aktiviti cuci2 mata di teruskan dengan mengikut langkah kaki ke sana dan ke mari melihat perkataan sales sane sini..tetibe terpandangkan pokok krismas yang tinggi melampai...ouh sungguh teruja...hehe.
Last port lepak kami sebelum berangkat pulang mengharungi lautan manusia dan men'sardin'kan diri sekali lagi di dalam komuter adalah dengan men'Gelato Fruity'kan perut dengan eskrem oreo+burio (eh ke bario ek...alamak lupe name eskrem sedap tu) rase hazelnut...makan takleh tamak haloba. kang tak abis. so kami share berdua eskrem berkenaan...terasa kesedapan eksrem tu hingga terbawa2 ke dalam mimpi...kehkehkeh...sangat la tipu kan...Ok tu jek Cik Tulip nak share.daa~

Cik Tulip Menulis: mesti kowang sume tak caya kan kalo Cik Tulip cakap yang takde 1 barang pon yang berjaya menggoda Cik Tulip untuk membelinye kecuali makanan untuk santapan pagi dan malam Cik Tulip iaitu roti...hehe
No comments:
Post a Comment